BERITA mengenai Outlaw ditumpaskan itu tersebut luas di seluruh negara, organisasi jenayah terbesar itu sudah dihapuskan dan pihak berkuasa masih lagi memburu sisa baki orang-orang daripada Outlaw yang sedang melarikan diri.
Aralyn yang tahu pasal itu turut berada puas cuma dia belum dapat tamatkan riwayat Karios dengan tangannya sendiri.
"Young lady."
Aralyn menoleh bila melihat suaminya itu melangkah masuk, masih lagi lengkap beruniform dan kelihatan segak. Terus dia bangun dari kerusi balkoni menghampiri lelaki itu.
"Kau tunaikan janji kau." Ujar Aralyn sebaik mendekati Anaqi.
"Belum lagi, kau belum habiskan Karios."
"Maksud kau?"
"Nanti aku bawa kau pada Karios." Ayat itu buat mata Aralyn membulat terkejut.
"Kau tangkap dia hidup-hidup?"
"Aku minta tolong Diluc masa operasi, jadi sekarang dia ada kat satu tempat yang memang khas untuk orang yang dah berani buat isteri aku sakit." Jujur Anaqi buat Aralyn geleng tidak percaya, suami dia tangkap Karios hidup-hidup!?
So unexpected.
"Kenapa? Kau ingat aku dah terus hapuskan dia? No, young lady. Aku dah janji untuk bawa dia pada kau so aku tunaikan janji aku dengan bawa dia hidup-hidup untuk kau sendiri uruskan nanti."
Aralyn sembunyi senyum, tipu dia tidak terharu kerana Anaqi betul-betul berpegang pada janji. Dia hulur tangan pada suaminya.
"Kenapa?"
"Nak tangan." Anaqi pun hulur tangan dia.
Cup!
Satu kucupan singgah di tangan Anaqi buat lelaki itu tersentak, mata dia menatap tidak percaya pada Aralyn yang tayang muka tenang macam tiada apa yang terjadi.
"Ini hadiah sebab pegang pada janji."
"Hadiah?" Aralyn angguk.
"Kau kalau ya pun nak bagi aku hadiah, baguslah kat pipi tak pun sini." Anaqi tunjuk bibirnya dengan jari telunjuk.
"Penumbuk nak?"
"Kalau untuk dapat ciuman kau pun aku kena berdepan dengan penumbuk, aku rela sebab untuk sentuhan isteri...aku berani ambil risiko." Laju tangan Anaqi memaut pinggang ramping Aralyn lalu ditariknya merapat sehingga tubuh mereka saling bertemu.
Aralyn sudah cemas bila wajah Anaqi semakin rapat dengannya, dia terus tahan muka suaminya dengan tapak tangan tapi dalam masa sesaat saja mata dia meluas tatkala bibir lelaki itu menyentuh tapak tangannya.
"Anaqi!"
"What?"
"Tak sukalah." Cebik Aralyn, bukan tak suka tapi malu sebenarnya.
"Tak suka cium tapak tangan? Dah tu nak mana? Pipi? Dahi? Mulut?" Balas Anaqi dengan nada bergurau.
Aralyn jeling tajam, malas mahu layan...dia pusing tubuh untuk keluar dari bilik tidur kerana dia teringat Puan Rossalia mahu dia menemani wanita itu memasak di dapur bersama Reyanna sekali.
"Hey..." Lengan Aralyn ditarik lembut menghentikan langkah itu, dia masih membelakangi suaminya.
"Young lady..."
"Apa? Aku nak turun bawa jumpa mama." Kata Aralyn, masih tidak memandang Anaqi di belakang.
Anaqi geleng kepala, dia sendiri rapatkan jarak mereka kemudian belakang kepala isterinya itu dikucup membuatkan Aralyn tersentak dengan tindakan suami dia.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...