•BAB 27•

7.1K 426 15
                                    

ARALYN perhati Anaqi yang sedang berenang dalam pool yang direka khas dalam rumah, ia terletak di tingkat bawah tanah. Boleh kata yang ia kolam renang dibina dengan reka bentuk yang agak cantik berkonsepkan seperti gua dengan pancuran air yang turun dari celah batu seakan air terjun.

Very unique.

"Young lady." Dia memandang suaminya.

"Come." Anaqi hulur tangannya mengajak Aralyn untuk mandi kolam bersama.

"Taknak." Aralyn geleng kepala.

"Sini." Anaqi sudah tegas tapi Aralyn masih lagi enggan menurut, sudahnya Anaqi sendiri keluar dari kolam untuk mendapatkan isterinya.

Aralyn yang lihat terus bangun untuk larikan diri tapi Anaqi pantas menangkap lalu dicempung isterinya itu.

"Anaqi! Aku taknak!" Aralyn meronta mahu turun tapi tak boleh, dia tepuk dada bidang suaminya yang hanya berseluar pendek itu pun masih tidak membuatkan dia dapat turun daripada didukung.

"Aku nak turun..." Suara manja Aralyn terkeluar tanpa sengaja.

Anaqi buat tak dengar walaupun ketar sikit lutut dia bila isterinya buat suara manja, pertama kali dengar pula tu.

"Anaqi...aku nak turun." Aralyn cengkam lembut pip Anaqi kemudian digoyang ke kiri dan kanan supaya lelaki itu turunkan dia.

"Betul kau nak turun?" Aralyn angguk.

"Okay." Aralyn senyum dimple tapi mati senyuman itu bila dia rasa tubuh dia bukan diturunkan tapi...

Debush!

Anaqi dan Aralyn selamat masuk ke dalam kolam.

"Raid Anaqi!" Aralyn meraup wajah sambil memandang tajam Anaqi yang sudah ketawa melihat di dalam keadaan basah kuyup tapi seketika, merdu juga tawa lelaki itu di telinganya kerana jarang dapat tengok suami dia ketawa ikhlas.

Kepala Aralyn digeleng, lupakan ketawa dia dulu. Ingat yang kau marah dia sebab bawa kau masuk sekali dalam kolam renang ni.

"Kau ni kan." Aralyn melompat ke arah Anaqi kemudian dibenam suaminya dalam air.

"Hah rasakan! Kenakan ak-argh!" Terjerit Aralyn bila Anaqi terus angkat kaki dia kemudian dipaut pada pinggang macam koala. Paling jahat, siap tarik badan dia masuk air sekali. Sudahnya sama-sama kena benam.

Lepas beberapa saat, baru mereka timbul. Terbatuk-batuk Aralyn manakala Anaqi pula hanya senyum sebab berjaya kenakan isteri dia.

"Kau jahat!" Dada Anaqi ditampar beberapa kali dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang bahu suaminya itu.

"Okay, okay. Young lady, I'm sorry." Anaqi menangkap tangan isterinya itu.

Aralyn terlalu bila mata dia bertembung dengan mata biru laut lelaki itu. Dia baru sedar yang jarak mereka sangat rapat kerana kaki dia masih memaut pinggang Anaqi dan tubuh mereka sudah hampir bertemu.

Mata biru laut Anaqi mula turun dari dahi hinggalah bibir delima Aralyn, begitu juga Aralyn yang ralit menilik bibir suaminya yang tidak pernah hisap rokok itu.

Saat bibir mereka hampir bertemu, Aralyn tersedar dan cepat-cepat dia jarakkan wajahnya dari wajah Anaqi.

"Err...aku nak naik dulu." Pinta Aralyn membuatkan Anaqi tersedar yang dia pun hampir terbabas tadi.

"Oh...okay." Dalam keadaan Aralyn masih paut pinggangnya macam koala, Anaqi pusing tubuhnya dan berjalan sebelum tubuh isterinya diangkat lalu diletak di tepi kolam renang tersebut.

Aralyn bangun dan capai tuala serta bathrobe yang memang disediakan khas untuk sesiapa yang menghabiskan masa di kolam renang itu.

"Aku naik tidur dulu." Kata Aralyn menghilangkan rasa janggal.

Anaqi pun angguk kepala tanpa menjawab, hilang saja bayang isterinya...

"Nasib baik tak terbabas tapi aku nak masalahnya...argh!" Anaqi benam diri sendiri dalam kolam renang.

Frust.

Aralyn yang berada di belakang pintu sudah pegang dada, laju jantung dia berdegup macam dia baru lepas lari pecut. Perasaan aneh bila bersama Anaqi dapat dia rasakan semakin bertambah cuma dia tak tahu perasaan apa.

"Is it love?"

"LEPASKAN aku!" Bentak Karios, seluruh tubuh dia digantung dengan rantai besi dan dia sendiri tidak tahu dia berada di mana tapi melihat sekeliling...dia berada dalam satu bilik yang mempunyai satu meja yang dipenuhi pelbagai senjata termasuk alat seksaan.

Karios telan liur kesat, dia tahu ini bilik seksaan cuma bilik ini jauh lebih teruk daripada bilik seksaan yang berada di mansion Outlaw kerana dinding bilik itu saja sudah dipenuhi dengan bekas percikan darah yang banyak bahkan bau hanyir darah pun kuat dalam bilik itu.

This is not a suffer room...it's more to death room.

Bunyi pintu dibuka membuatkan kepala dia terdongak melihat dua sosok tubuh jejaka tinggi lampai, sorang berkemeja manakala seorang lagi memakai sut hitam.

"Korang siapa? Lepaskan aku!'

Rhys ketawa sinis.

"Sorry dude, kau dah tempah kubur kau bila kau ganggu keluarga Marquis."

Tersentak Karios bila dia dengar nama keluarga itu.

Marquis?

"Bila masa aku kacau Marquis?" Soalnya berani bagi menyorok rasa gentar dengan Rhys.

"Aralyn Zuhayra." Sebaris nama itu buat wajah berani Karios berubah. Mata dia serta merta meluas memandang Rhys.

"Jangan kata yang..."

"Ya, dia ahli keluarga Marquis sekarang and you already make a big mistake when you decide to kill her." Sinis Rhys.

Wajah Karios semakin pucat, satu benda yang dia tidak jangka kerana dia ingat perempuan itu kahwin dengan orang biasa tapi nampaknya...dia silap sama sekali.

She's married to one of the Marquis's family member.

"Lepaskan aku, I'm sorry." Rayu Karios.

"Sorry, kuasa untuk lepaskan kau bukan kat tangan aku tapi kat tangan adik ipar aku. Jadi, you should beg for her not me cause I have nothing to do with a piece of shit like you." Datar saja nada yang Rhys gunakan kemudian dia pandang Diluc di sebelah.

"Diluc."

"Si, maestro?"

"Jaga makhluk ni sampai Rayn dengan isteri dia datang nanti, jangan bagi dia terlepas." Arah Rhys mendapat anggukan akur daripada Diluc.

Rhys pandang semula ke arah Karios.

"You know what, Karios?" Karios tidak menyahut, dia lihat saja ke arah Rhys tanpa suara. Dalam hati menyumpah juga kerana dia tidak boleh lepaskan diri dengan keadaannya sekarang. Ditambah lagi dengan kaki dia yang cedera semasa grenad meletup di mansion itu.

"You deserve to die though after what my sister-in-law told us about what you did, you're a definition of monster. Not her." Itu yang Rhys mahu kata, Aralyn sering kata dirinya seorang raksasa kerana bunuh pakcik dan makciknya sendiri sedangkan lelaki tua itu jauh lebih sial perangainya.

Karios terkedu, dia tidak dapat membalas kata-kata Rhys.

Rhys senyum sinis dan pusing tubuh untuk keluar bersama Diluc meninggalkan Karios yang sudah menjerit kuat minta dilepaskan, ada juga sumpah seranah yang diberikan tapi Rhys dan Diluc tak terasa apa.

Rasa nak pijak adalah.

"Sial-sialnya ku bertemu dengan cinta semu (semu)." Sempat lagi tu Rhys menganjing Karios.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now