•BAB 24•

6.6K 489 13
                                    

SELEPAS saja akad nikah di hospital, Anaqi terus bawa Aralyn pulang ke mansion Marquis kerana ia lebih selamat daripada mereka terus berada di hospital itu terlalu lama. Tambahan pula, Aralyn sudah beritahu yang Anaqi yang Karios mungkin dah arahkan orang-orang Outlaw untuk jejaknya.

Aralyn duduk bersila di atas katil, dia memandang sekeliling bilik tidur dia dan Anaqi yang terhias mewah serta luas.

Dalam hati, dia agak gementar kerana dia pernah dengar mengenai malam selepas perkahwinan dan dia tak tahu apa akan jadi. Kalau Anaqi buat pelik-pelik, memang dia hayun kaki dia ke muka lelaki itu.

Suami tak suami.

Klak!

Bunyi pintu tandas dibuka itu menarik perhatiannya, terus dia lihat satu sosok tubuh yang keluar dari bilik air.

Anaqi yang dalam keadaan berseluar tanpa baju mendedahkan tubuh sasa yang selama ini tidak pernah dilihat Aralyn bersama tuala di leher untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

Aralyn ketap bibir tanpa dia sedar.

Damn...this man's body is sexy like his face.

Mata dia terus menatap tubuh kekar Anaqi yang masih lagi tidak sedar yang dirinya diperhatikan oleh isteri sendiri dan apa yang lebih menarik perhatian Aralyn ialah parut-parut yang memang jelas kelihatan di tubuh suaminya itu.

"Does it hurt?" Terpacul soalan itu tanpa sedar membuatkan Anaqi pusing tubuh menghadap isterinya yang masih duduk bersila di tengah katil bersaiz queen itu.

Sebelah kening Anaqi terangkat.

Aralyn turun dari katil, dia berjalan merapati suaminya.

Kepala Anaqi menunduk ke arah isterinya memandangkan ketinggian gadis itu paras hanya dada sahaja.

Tangan Aralyn naik menyentuh beberapa parut yang berada di tubuh Anaqi, mulanya Anaqi terkejut dengan sentuhan tapi dia biarkan saja bila mata isterinya itu menilik satu persatu parut yang menjadi sebahagian tubuhnya.

"Does it hurt?" Soalan sama yang Aralyn tanya pada Anaqi.

"It used to but now it's like a trophy." Kepala Aralyn terangkat ke arah Anaqi.

"Trophy?"

"Ini hasil usaha aku untuk masuk VAT69 and hadiah untuk setiap operasi yang aku buat." Kata Anaqi.

Aralyn kembali memandang parut di tubuh suaminya. Parut yang panjang dari dada kiri hingga ke tepi sixpack sebelah kanan.

"Ini parut apa?"

Anaqi tunduk ke arah sentuhan jari jemari Aralyn kemudian dia ukir senyuman nipis.

"Ops Buaya."

"Buaya?"

"Kawasan operasi tu merupakan kawasan tempat tinggal buaya air tawar and kat situ ada satu markas penceroboh negara."

"Then what happened?"

"Aku bergelut dengan buaya masa aku dengan musuh jatuh dalam sungai tu. And hasilnya, gigi buaya tu tergarit pada badan masa nak baham aku dalam air." Jelas Anaqi, rasa kelakar pun ada bila ingat balik macam mana dia bergasak dengan buaya dalam air.

Nasib baik menang.

Aralyn angguk kepala, dalam hati dia agak kagum sebab suami dia ni boleh tahan berani juga bergelut dengan haiwan buas pakej dalam air lagi, nampak betul manly di situ.

"Dah puas tilik parut kat badan aku?" Jari Aralyn yang ralit menyentuh setiap parut suaminya tiu terhenti, dia angkat wajah dengan mata terkedip-kedip.

"Ke kau memang taknak bagi aku pakai baju?" Wajah Aralyn semakin merah. Dia sendiri boleh tak sedar dengan apa yang dia buat tadi.

Aralyn...kau dah kenapa, Aralyn Zuhayra.

Anaqi hampir sahaja ketawa bila melihat wajah merah isterinya itu.

"Kau nak belek parut aku lagi ke tak?"

"Taknak! Aku nak tidur!" Aralyn mengorak langkah laju untuk ke katil tapi sepantas kilat, lengannya ditarik dan pinggangnya sudah dirangkul Anaqi sebaik sahaja tubuhnya dipusing oleh suami.

Matanya berkelip lagi untuk beberapa kali.

"Kau buat apa -" Terbantut ayat Aralyn bila tangan Anaqi itu menyeluk masuk ke dalam baju pijama lengan panjang yang dia pakai, tangan kasar itu mengusap bahagian abdomen isterinya.

"Sekarang aku nak tanya, ini parut apa?"

Barulah Aralyn faham kenapa suami dia sentuh bahagian tubuh dia, nak bertanya pada perut yang berada di sisi tubuhnya.

"Karios."

"What did he do?" Soal Anaqi mendatar.

"Dia hayun parang masa tu sebab aku buat salah masa training dengan Outlaw dulu." Ujar Aralyn buat Anaqi ketap rahang.

Melihat wajah tegang Anaqi, Aralyn terus angkat kedua belah tangan menekup wajah suaminya itu. Dia tak tahu nak buat apa jadi dia cuba saja kerana wajah itu menunjukkan kemarahan.

Sentuhan isterinya itu membuatkan Anaqi terkedu tapi bila ibu jari gadis itu mengusap pipi, dia dapat rasakan yang amarah dalam dirinya tadi kian mereda.

"Jangan fikir, apa yang aku lalui sebelum ni bukan salah kau." Pesan Aralyn.

Anaqi angguk, dia hanyut dengan sentuhan Aralyn di wajahnya sebelum dia merapatkan dahi mereka. Aralyn pula tidak membantah dengan tindakan suaminya.

"Aku nak kau tahu yang aku ada dengan kau sekarang, jangan rasa kau sorang-sorang sebab kau ada aku." Kata Anaqi dengan nada yang cukup lembut.

Aralyn tidak melepaskan tautan di dahi mereka, dia angguk sedikit sebagai jawapan.

Anaqi jarakkan kepala mereka setelah beberapa minit dalam keadaan begitu, tangannya masih lagi mengusap pinggang Aralyn.

Satu kucupan dihadiahkan pada dahi gadis itu membuatkan tubuhnya sedikit mengeras kerana tidak menjangkakan sentuhan mengejut itu, dia tatap wajah suaminya.

"Jom tidur, kau penat." Kata Anaqi sambil melepaskan pelukan, dia capai t-shirt lalu disarung pada tubuhnya.

"Kau tak..." Aralyn ketap bibir, dia tidak tahu macam mana nak cakap pasal hal itu pada suaminya yang sudah angkat kening memandangnya.

"Aku tak...apa?" Soal Anaqi.

"Takde apa-apa lah, lupakan. Esok aku akan beritahu kau semua yang kau nak tahu pasal Outlaw." Aralyn cepat-cepat naik ke atas katil dan tutup tubuhnya dengan comforter, dia membelakangi Anaqi yang masih berdiri tidak jauh dari katil mereka.

Anaqi senyum sambil geleng kepala, dia tahu apa yang Aralyn nak tanya. Isteri dia nak tanya pasal malam pengantin tapi malu.

Haihlah...isteriku.

Aralyn merasakan belakang tubuh ada sesuatu yang berat menghempap, itu menandakan suami dia sudah berada di sebelah dan ini kali pertama ada lelaki yang tidur bersebelahan dengannya.

Tubuh Aralyn masih lagi membelakangi Anaqi tapi dia tersentak saat Ada satu tangan melingkar di perutnya, dia mahu menepis tapi tak jadi bila Anaqi kata sesuatu padanya.

"Aku taknak tuntut dalam keadaan kau yang baru nak baik dari sakit. Lagipun, aku nak kau jatuh cinta dengan aku dulu baru aku minta izin dengan kau." Ayat itu kedengaran romantis di telinga Aralyn.

Jantung dia pun agak berdegup lagi-lagi bila Anaqi kucup belakang lehernya sebelum terlena. Bibir dia menguntum senyum kerana dia dapat lihat satu sisi Anaqi yang dia tidak pernah tahu.

Guess time will decide when it's my turn to fall in love with him.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now