•BAB 30•

7K 369 10
                                    

DUCATI PANIGALE yang ditunggang oleh Anaqi dan dibonceng isterinya itu berhenti di hadapan sebuah villa yang agak besar. Turun saja Aralyn daripada motor itu bersama Anaqi, terus tangannya ditarik lembut.

"Rumah siapa ni? Kenapa banyak sangat orang kat sini?" Soal Aralyn, daripada pintu gerbang untuk masuk saja sudah ada ramai lelaki berpakaian serba hitam bertali leher merah dengan ukiran naga emas lengkap bersenjata.

Anaqi toleh sekilas.

"Villa LRD."

"LRD?" Soal Aralyn.

"La Rouge Dragoon."

"Apa tu?"

"Aku akan beritahu kau pasal La Rouge nanti tapi sekarang, kita settlekan benda yang kau nak tu." Ujar Anaqi lembut.

Aralyn angguk faham, tapi dia akan tetap tanya pasal LRD sebab dah kerap sangat keluar dari mulut Anaqi dan abang ipar, Rhys.

Sampai saja di pintu, mereka disambut oleh Diluc yang sudah menanti kehadiran mereka dari tadi. Lelaki itu hanya memakai kemeja hitam disinsing lengan paras siku dan memakai tali leher merah sama seperti orang-orang yang berjaga di luar.

"He's alive?"

"Si, maestro." Jawab Diluc.

Anaqi toleh memandang Aralyn.

"Kau dah sedia nak hapuskan orang yang hancurkan hidup kau?" Anaqi bertanya lembut pada isterinya.

"I'm going to end this." Anaqi senyum nipis, sudah dapat agak jawapan itu daripada isterinya. Dia terus minta Diluc iringi mereka ke bilik yang dijadikan tempat Karios dikurung.

Sampai saja di bilik itu, Aralyn terus tatap tajam ke arah Karios yang tergantung diikat rantai besi pada badannya. Wajah gadis itu turut berubah dingin.

Karios sudah telan liur kesat melihat wajah itu.

"Aralyn..."

Aralyn tidak menyahut, kaki melangkah berdiri di hadapan lelaki tua itu. Dapat dia lihat lelaki itu sudah teruk dipukul dengan kaki yang berdarah, dia senyum sinis.

"The Great Karios di ambang kematian." Sindir Aralyn.

Karios ketap rahang.

"Lepaskan aku." Dia turun ego supaya Aralyn lepaskan dia kerana tahu yang dirinya takkan bernyawa selepas ini.

"Let you go? Lepas tu apa? Kau nak hantar lagi orang bunuh aku?"

Karios terdiam, semakin lebat senyuman sinis gadis itu terhadapnya.

"Lepas apa kau buat pada keluarga aku, kau rasa aku nak lepaskan kau macam tu je? Kau silap, Karios. Hari ni kau kena bayar hutang dengan aku because you owe me this time." Aralyn pandang Anaqi dan Diluc, mereka berdua dengan wajah tenang angguk saja memberi isyarat 'silakan'.

"Things that you need are there, Lady Aralyn." Diluc menunjuk ke meja yang berada di satu sudut tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Aralyn terus berjalan ke sana dengan langkah yang santai, dia memandang satu persatu objek di atas meja tersebut. Terdapat banyak alat yang dia boleh gunakan untuk cabut nyawa Karios. Ada pedang, pisau, sabit, gergaji, chainsaw dan banyak lagi.

"This is what I like." Kata Aralyn, jari dia mula memilih apa yang dia mahu gunakan dan satu benda telah menjadi pilihan.

Katana yang sudah digilap, dari pengamatannya...pedang itu sudah agak tajam bila dia lihat bilah itu memantulkan wajahnya sendiri.

Dia pusing menghadap Karios, terus langkah dibawa membuat lelaki itu jadi tidak tentua arah sambil meronta meminta dirinya dilepaskan.

"Kau! Minta Aralyn lepaskan aku!" Pinta Karios memandang Anaqi yang tenang duduk di sofa dengan kaki disilang.

Anaqi jungkit kening.

"Sorry, old man. I don't negotiate with someone who try to kill my wife." Membulat mata Karios mendengar sinisan Anaqi, bermakna lelaki yang berada di depannya itu suami kepada perempuan yang akan bunuh dia.

"Fuck..." Carutnya perlahan.

Zap!

"Argh!" Terjerit Karios bila sesuatu yang tajam dihayun pada kakinya, dia perlahan tunduk dan melihat sebelah kakinya sudah tiada. Semakin kuat dia menjerit dengan darah yang mengalir turun seperti air terjun.

Aralyn tayang muka tiada perasaan.

"This is just a beginning." Katanya mendatar sambil pedang itu berpusing di tangannya.

"Uuu...damn." Anaqi bersiul.

She's hot.

Diluc pula jadi pemerhati, no wonder cik puan dia yang seorang ni pernah jadi wanted...pembunuh brutal rupanya.

Zap!

Zap!

Tangan dan kaki Karios pula jadi sasaran, semakin kuat erangan lelaki tua itu tapi Aralyn makin menggila sampai katana itu sudah berada di leher Karios.

"Any last words?"

"Please..." Rayu Karios perlahan.

"Please? Okay then." Satu gerakan saja sudah membuat kepala Karios terpisah daripada badan, bergolek kepala itu bersama darah yang sudah banjir di atas lantai.

Pedang tadi terlepas dari tangan Aralyn, nafas ditarik dan dihembus perlahan. Rasa amarah tadi mula beransur reda setelah melihat mayat Karios yang sudah terpisah anggota tubuhnya.

Anaqi bangun. Isterinya itu didekati, dipandang gadis yang pakaiannya sudah basah bermandikan darah Karios tadi. Dengan selamba dia usap sisa cecair merah pekat itu dengan ibu jarinya.

"You good?" Soalnya lembut.

Aralyn senyum nipis, kepala dijatuhkan sikit sebagai ya.

"Let's clean you up, lepas tu aku bawa kau jalan-jalan."

"Tapi aku takde baju."

"Aku dah minta Reyanna uruskan baju kau semalam, ada kat atas." Kata Anaqi.

Aralyn akur, nampaknya suami dia sudah dapat agak yang dia akan bermandikan darah hari ni. Sebab tu dia dah sediakan awal-awal.

"Diluc, uruskan mayat tu." Arah Anaqi.

"Baik, maestro." Sempat Diluc menangkap isyarat Anaqi yang lelaki itu nak bertemu dengannya sekejap lagi lepas uruskan mayat Karios.

Dia angguk kemudian Anaqi iring Aralyn naik ke tingkat atas untuk tukar pakaian.

"KAU dah dapat trace orang yang hantar mesej tu?" Soal Anaqi.

"I still need time, maestro. Tapi saya akan dapatkan maklumat siapa pemilik nombor tu." Jawab Diluc tenang.

Anaqi hela nafas, dia angguk juga kerana dia faham Diluc akan dapatkan siapa orang yang berani ugut untuk bunuh isterinya. Tapi buat masa sekarang, dia harap tiada apa yang akan berlaku pada Aralyn.

"Nanti beritahu Rhys yang hal Karios dah settle, cakap yang aku dengan isteri aku nak keluar berdua. Jadi, tak boleh nak hantar diorang pergi hangar."

"Baik, maestro."

"Anaqi." Suara Aralyn memanggil membuatkan Anaqi menoleh, dia sedikit terpana melihat penampilan isterinya.

Aralyn memakai blouse berwarna putih dengan palazzo berwarna hitam, gaya yang simple tapi cukup menarik perhatian lagi-lagi bila wajah jelita itu mengenakan sedikit solekan tipis bersama rambut yang dibiar lepas bebas.

My wife is beautiful.

"Kau dah siap?" Soalnya sebaik sahaja gadis itu mendekat.

Aralyn angguk kemudian Anaqi hulur tangan. Pantas tangan itu disambut dan mereka berjalan ke arah superbike tadi.

Anaqi capai helmet kemudian disarungkan pada Aralyn, gadis itu hanya menurut tanpa membantah kemudian dia dibantu untuk naik atas motor berkuasa tinggi itu sebelum Anaqi naik bersama.

"Kita nak pergi mana?" Soal Aralyn sambil memeluk pinggang suaminya.

"Date."

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now