•BAB 12•

6.6K 509 41
                                    

ARALYN duduk di atas tanah sambil bersandar di batu besar berhampiran air terjun itu, dia tidak boleh bergerak banyak kerana kakinya terseliuh semasa dia terjatuh gaung ketika mendaki ditemani Nara serta beberapa orang pengawal peribadi Marquis.

Kayu yang diguna sebagai tongkat itu diletak di sebelah, kaki dia yang terseliuh itu ditarik perlahan walaupun terasa sakit pada kakinya itu.

Mahu mengurut dia tidak reti.

"Aduh...apalah malang sangat nasib aku." Kata Aralyn perlahan, dia dongak pandang langit yang kian gelap dan bunyi cengkerik mula kedengaran di sekeliling. Dalam beberapa minit lagi, kawasan ini akan jadi gelap gelita.

Dia capai beberapa ranting kayu serta daun kering kemudian disusun untuk dibuat unggun api. Untung saja dia bawa beg yang berisi sedikit makanan ringan, botol air minuman, pisau kecil serta pemetik api. First aid kit kecil pun dia ada bawa.

Cepat-cepat Aralyn nyalakan unggun api saat Hari semakin gelap. Beberapa saat kemudian, api kian menyala menerangi tempat Aralyn duduk. Bolehlah untuk halau serangga dan elak haiwan buas.

Coklat bar yang ada dalam beg itu dibuka dan dimakan perlahan bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong.

"Takde orang ke yang nak cari aku sampai jumpa?" Soal Aralyn sendirian, dia pandang sekeliling hutan yang sebahagiannya diterangi dengan unggun api sambil ditemani bunyi air terjun serta aliran sungai di hadapan mata.

Dia terus makan hingga habis sebelum akhirnya, terlelap kerana tidak mampu menahan Mata daripada terus bertahan.

ANAQI melangkah ke arah Diluc sebaik saja turun daripada helikopter yang mendarat di kawasan helipad, wajahnya kosong saja memandang orang kepercayaan Marquis itu.

"Have you found her?" Soalnya mendatar.

Gelengan kepala daripada Diluc itu membuatkan Anaqi merengus perlahan.

"Wah...tidak pernah ku sangka yang Raid Anaqi mempunyai pulau sendiri even aku pun ada pulau Denzel." Suara Tengku Qidran menggamit perhatian Anaqi dan Diluc, mereka tatap kosong wajah excited anak Denzel itu.

Irvan pula geleng kepala, masalah juga kalau ada orang yang jakun walaupun dah kaya ya ampun.

Anaqi pusing tubuh mendekati Irvan dan Tengku Qidran diikuti Diluc di belakang.

"Diluc."

"Maestro Rayn." Diluc menyahut bila dipanggil Anaqi.

"Ini Irvan Ul-Haq and ni yang wayar putus ni Tengku Qidran Denzel, aku percaya yang kau dah kenal diorang kan?" Anggukan daripada Diluc itu diberi sebagai jawapan kepada soalan yang Anaqi berikan.

Tengku Qidran tercengang, wayar putus kau panggil aku? Aku bukan wayar putus tau! Otak salah tune je.

"Kau bawa diorang balik villa." Diluc, Irvan dan Tengku Qidran memandang Anaqi bila arahan yang diberi kepada Diluc itu kedengaran agak tegas.

"Habis kau nak pergi mana?" Irvan bertanya.

"Aku nak cari Aralyn."

"Tapi maestro...-" Belum sempat Diluc berkata, ayatnya sudah disangkal oleh Anaqi terlebih dahulu.

"It's an order, Diluc Volkov." Akhirnya Diluc menurut, dia memandang Irvan dan Tengku Qidran.

"Signor Irvan, Signor Qidran. Follow me." Irvan pandang Anaqi manakala Tengku Qidran dan Diluc sudah berjalan dahulu menuju ke arah villa Anaqi.

"Kau betul taknak kitorang ikut?" Kepastian daripada Anaqi yang Irvan ingin tahu, mana tahu kalau komando sorang ni mahu mereka turut serta.

Anaqi angguk sekilas.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now