•BAB 16•

6.7K 473 17
                                    

ARALYN terkedip-kedip memandang ke arah Anaqi.

"Kau boleh keluar dari pulau ni." Kata Anaqi saat melihat wajah Aralyn yang keliru, tapi dalam sesaat wajah itu sudah berubah bersama senyuman tipis terukir.

"Finally..."

Aralyn rasa lega dia dah boleh pergi dari pulau ini tapi ada sesuatu yang aneh dalam dirinya, otak dia suruh dia pergi tapi hati pula kata terus berada dekat sini.

"Aku akan uruskan flight kau untuk balik ke Malaysia."

"But I'm wanted." Ujar Aralyn, dia masih lagi dikehendaki jadi kenapa dia dihantar untuk balik ke Malaysia?

"You're not on the wanted list anymore."

"Hah?" Aralyn bingung.

Anaqi hela nafas panjang, muka lawa perangai criminal tapi pekak boleh tahan.

"Kau dah tak wanted lagi, polis dengan CIA pun takkan cari kau lepas ni. Tak kisahlah kalau kau buat apa sekalipun, sampai mati pun diorang takkan tangkap kau." Kali ini Aralyn terkejut.

What the hell!?

"But how?"

Anaqi pandang wajah gadis yang ingin tahu itu.

"Aku dah uruskan semuanya and kau takkan wanted lagi lepas ni. Jadi, kau tak payah risau. Semuanya okay untuk kau masa dalam dan luar negara."

Aralyn mendengarkan ayat itu terus tayang muka tidak percaya, kenapa lelaki yang dianggap musuh itu tolong dia sedangkan dia ni penjenayah yang dah bunuh ramai orang?

"Aku taknak terhutang budi dengan kau, plus we're not even friends. Aku ni musuh negara kau terutama orang macam kau." Kening Anaqi terjungkit sebelah mendengar kata-kata Aralyn.

"Orang macam aku?"

"Aku tahu kau siapa, Raid Anaqi or should I call Inspektor Raid Anaqi. One of the VAT69." Sinis Aralyn.

"Macam mana kau tahu?" Dengan tenang Anaqi bertanya pada gadis itu, tidak terkejut tapi dia mahu tahu juga bagaimana Aralyn dapat info mengenai siapa dirinya.

Aralyn dongak, dia membalas pandangan mata biru Anaqi.

"I have my own ways to know about your job but give me an answer why you help a criminal like me?" Aralyn mahu tahu. Mengenai kerja Anaqi itu, dia dapat tahu pun secara tak sengaja bila dia lihat uniform VAT69 itu dalam bilik Anaqi sewaktu dia lalu di hadapan bilik tidur lelaki itu.

Anaqi masih tidak lepas tatap wajah gadis itu sebelum dia tunduk sedikit menyamai paras ketinggian Aralyn.

"Sama macam kau, I have my own reason. Cukup kau tahu yang kau dah bebas dari buruan."

Aralyn berdecit, dia tidak dapat jawapan yang yang dia cari.

"Bila aku boleh keluar dari pulau kau ni?"

"Kau nak bila?"

"Esok."

"Okay then tapi aku nak kau ikut aku sebelum kau balik esok."

Kata-kata Anaqi itu buat Aralyn pelik, dia terus tolak tubuh lelaki itu bila dia perasan wajah itu berubah jadi wajah...

Nakal.

"Kau jangan macam-macam, Anaqi. Aku masih kuat nak pukul kau sampai patah riuk." Dingin Aralyn sambil bersedia kalau-kalau Anaqi mahu buat yang bukan-bukan padanya.

Anaqi ketawa kecil tapi kedengaran di telinga Aralyn dan dia rasa tawa itu merdu kerana lelaki itu tak pernah senyum ikhlas ataupun ketawa sepanjang dia kenal lelaki itu.

"Young lady, aku ni tak pernah lagi terfikir nak buat pelik-pelik dengan kau."

"Dah tu? Kau nak aku ikut kau untuk apa?"

"Don't ask much, young lady. Kau naik and bersiap. Pakai baju yang Becky dah sediakan untuk kau dalam bilik. Kau tak ikut, kau tak balik Malaysia." Arah Anaqi.

Aralyn mencebik, dia terus bangun dan baru dia perasan yang bengkak pada kaki sudah surut. Langkah dia sudah boleh berlari anak, terus saja dia keluar dari gym itu meninggalkan Anaqi seorang diri.

Anaqi perhati saja.

"Macam biasa takde terima kasih, kalau ada pun penumbuk, tolak ataupun lari." Kata Anaqi perlahan sambil geleng kepala.

KARIOS memandang tajam ke arah Avin, dia sangat berang dengan berita yang baru saja lelaki itu sampaikan mengenai Rabbit a.k.a Aralyn.

"Macam mana data wanted dia boleh hilang?" Jerkah Karios.

"Aku tak tahu, boss. Bila aku cuba hack, ada system lain yang halang aku daripada tembus system government."

Karios semakin bengang, tidak pernah lagi apa yang dia mahu jadi gagal. Lagi-lagi bila dia mahu hapuskan seseorang itu tapi sejak Aralyn hilang...macam-macam terjadi bila dia mahu tamatkan riwayat gadis itu.

"Fuck!"

Avin hanya mampu menekur lantai, kecut perut dia dengan wajah bengis Karios. Jelas sekali ini bukan perkara yang kecil kalau ketua Outlaw itu sudah menjadi berang di hadapannya dan juga beberapa orang bawahan Outlaw yang lain.

"Boss nak aku buat apa sekarang?" Soal Avin.

Karios diam, dia buang pandang ke tingkap yang memaparkan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Senyuman sinis kian terukir bila dia ada sesuatu yang muncul dalam kepalanya, dia pandang semula Avin.

"Kalau dia balik Malaysia, bawa dia balik Outlaw."

"Tapi -"

"Just do it, Python." Arah Karios menggunakan codename Avin.

Avin tidak bersuara selepas itu, dia angguk kepala faham dengan apa yang diarahkan kemudian dia bersama orang Outlaw yang lain keluar dari bilik itu membiarkan Karios sendirian.

Karios capai revolver miliknya kemudian dia bersandar pada meja, diisi satu persatu peluru ke dalam pistol enam peluru itu bersama senyuman sinis yang terukir.

"I have a good present for you, Rabbit." Karios sudah ada benda yang sesuai untuk Aralyn sebaik saja gadis itu kembali ke markas organisasi ini.

ARALYN pandang laluan di hadapan sebelum memandang Anaqi yang lengkap dengan tracksuit hitam manakala dia pula pakai tracksuit putih, inilah sebab dia suruh aku bersiap dan paksa aku ikut.

"Kau nak ajak aku hiking?"

"Yup. Hati tu aku takde nak bawa kau sampai kau jatuh gaung, now biar aku teman kau sampai puncak air terjun. So... let's go." Tutur Anaqi mendatar sambil mengorak langkah.

Aralyn angguk dan mengekor saja Anaqi, demi balik Malaysia...dia ikut apa yang Anaqi suruh asalkan bukan benda pelik-pelik. Dia takkan teragak nak hentak lelaki itu kalau dia diarah untuk benda yang bukan-bukan.

Dalam setengah jam kemudian, Anaqi toleh dan lihat Aralyn seperti sukar nak melalui laluan itu kerana ia berbukit dan mempunyai ajar berselirat yang timbul dari dalam tanah.

"Young lady." Aralyn dongak bila Anaqi panggil, takde young lady lain kat sini yang dia panggil. Kalau ada pun bunian yang dia tak nampak.

"Apa?"

Anaqi hulur tangan padanya.

"For?"

"Kau nak jatuh lagi ke nak pegang tangan aku sampai kau rasa selamat?" Aralyn terkedu.

Dia berkira-kira sebenarnya tapi bila mengenangkan memori jatuh gaung, dia pegang erat tangan Anaqi kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Anaqi sembunyi senyum, dia tidak melepaskan pegangan tangan Aralyn sepanjang dia daki ke atas. Aralyn pun sama, dia rasa macam selamat bila lelaki itu ada bersama kali ini.

Dan tanpa mereka sedari, ada tiga makhluk yang mengikut mereka dari belakang.

"Wow, romantiknya..." Tengku Qidran tongkat dagu pada pokok di sebelah.

Irvan tidak kata apa, dia senyum manakala Diluc pula sedang sibuk hantar gambar pada Rhys kerana itu arahan daripada duda itu.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now