KARIOS sedang menikmati masa dia bersama beberapa orang gadis seksi di bilik V.I.P yang terdapat di salah satu kelab malam yang menjadi tempat Outlaw bersembunyi.
Sedang dia berseronok melayan gadis-gadis itu, dia dikejutkan dengan kehadiran Avin yang muncul di pintu.
"Boss!"
Karios menoleh, dia merengus kasar.
"Aku dah kata jangan kacau aku bila aku tengah enjoy!" Jerkah Karios, dia bengang bila ada orang-orangnya mengganggu waktu dia menikmati keseronokan.
Avin yang termengah-mengah itu dipandang sebal.
"It's important, boss." Kata Avin dengan nada masih tersangkut mencari nafas, dia berlari dari tingkat bawah naik ke atas tadi.
Karios sudah hilang sabar, dia letak botol whiskey itu kasar di atas meja. Gadis yang duduk di atas ribanya itu diturunkan kemudian dia berdiri memandang Avin tajam.
"You said it's important but if it's not, my bullet through your head." Dingin Karios, dia maksudkan kata-katanya jika apa yang Avin kata penting ini rupanya sekadar ganggu masa.
"Rabbit is back, she's here."
Karios tersentak.
Rabbit is here.
Ayat itu buat Karios pandang Avin, tiada penipuan di wajah itu. Senyuman sinis dia terukir, baguslah kalau Aralyn sudah kembali dan dia sendiri ke sini tanpa perlu diheret.
"Call her in." Arah Karios dan Avin menurut.
Karios sempat suruh gadis-gadis tadi menanti dia di bilik tidur, dia mahu selesaikan urusan dengan Aralyn sebelum menyambung 'aktiviti' dia nanti.
Dalam beberapa minit, Aralyn muncul di dalam bilik tersebut bersama Avin. Karios Beri isyarat agar lelaki itu keluar membiarkan sahaja mereka berdua.
"So, you're still alive." Kata Karios, kerusi tinggi ditarik daripada bar kemudian dia pandang Aralyn yang berdiri statik tidak bergerak.
"Mind to tell me why you give my information as Outlaw to the cops?" Aralyn menyoal dingin kepada Karios.
Karios ketawa, dia sudah agak gadis itu akan bertanya tentang hal itu. Dia memandang sinis ke arah Aralyn yang melempar pandangan dingin ke arahnya.
"Well, it's not my fault kalau kau hilang tiba-tiba."
"Tapi itu tak bermaksud aku khianat korang!" Bentak Aralyn.
"I don't care, Rabbit. The moment you lost in mission...I'll consider you as traitor."
"But I already kill the target, so I'm not the traitor!" Aralyn semakin berang, buku lima sudah dikepal erat menanti masa untuk bertemu muka tua Karios.
Karios hanya ketawa sambil berdecit.
"Tch...tch...tch, Aralyn Zuhayra...kau nak tahu kenapa aku buat macam tu?" Soal Karios dengan nada yang cukup sinis.
Aralyn tidak menjawab, mata dia tajam ke arah Karios dengan wajah yang sangat dingin. Aura membunuh juga mula menyelubungi bilik tersebut namun ia tidak menggentarkan Karios.
"I'll tell you the reason, aku buat macam tu sebab dah sampai masa kau bayar hutang kau dengan aku." Itu buat dahi Aralyn berkerut.
"Hutang apa? Tak cukup aku berkhidmat dengan Outlaw selama ni sampai kau buat aku macam ni?" Nada Aralyn semakin tinggi. Dah banyak kali nyawa di hujung tanduk pun Karios masih nak kata dia berhutang?
What the hell!?
Karios geleng kepala bersama tawa yang cukup sinis di telinga Aralyn, dia mengeluarkan revolver dari belakang seluarnya kemudian muncung senjata api itu digosok pada pelipis kepala dengan mata masih tertumpu pada gadis itu.
"Kau tak berhutang dengan aku sebab Outlaw tapi kau berhutang nyawa dengan aku. And now it's time for me to collect your debt."
Aralyn semakin bingung, tidak faham dengan maksud ayat yang disampaikan oleh lelaki tua itu.
Nyawa?
"Apa maksud kau?" Aralyn menyoal.
Nyawa siapa yang ada kena mengena dengan Karios sampai dia kata aku berhutang nyawa orang dengannya?
"Kau akan tahu lepas aku cabut nyawa kau nanti." Seraya itu, dengan pantas Karios angkat dan acu senjata api enam peluru itu ke arah Aralyn yang dalam keadaan tidak bersedia.
Bang!
"Argh!" Satu tembakan terkena pada dada kiri Aralyn.
Terduduk gadis itu sambil memegang luka tembakan, dahinya berkerut menahan sakit sambil tubuh mengesot ke belakang bila Karios sudah mendekati.
"Aku nak aim kepala tapi kena dada pula. Nampaknya aku kena banyak training menembaklah." Sinis Karios yang kini mengacu revolver pada kepala Aralyn pula.
Aralyn sudah pejam mata, dia bukan tak boleh lawan tapi nafas dia makin tercungap-cungap kerana tembakan yang terkena padanya tadi. Tangan dia cuba untuk menghentikan pendarahan yang semakin banyak mengalir.
"Aku hutang nyawa siapa dengan kau...Karios?" Dengan nada menahan sakit Aralyn guna untuk menyoal Karios.
"Nyawa siapa? Kau betul nak tahu?" Serentak itu juga Karios hayun kaki pada perut Aralyn.
Buk!
Buk!
Buk!
Beberapa kali perut gadis itu ditendang oleh Karios sehingga hujung bibir Aralyn sudah mempunyai darah yang mengalir.
"Ergh..." Aralyn menutup mata, dahlah dia ditembak kemudian ditambah pula kena tendang dengan Karios.
Dasar pengecut! Pukul sasaran dalam keadaan sasaran tengah cedera dan tidak bersedia untuk berlawan.
"Kau tahu? Aku dah lama nak buat macam ni dengan kau and aku tak jangka hari untuk aku tarik nyawa kau akhirnya tiba."
Karios terasa senang hati, dia sudah lama menanti saat untuk dia hapuskan Aralyn setelah sekian lama.
Aralyn hanya mampu mendengar tanpa membalas, dia tidak berdaya sekarang ini kerana dia sudah kehilangan banyak darah.
"Kau nak tahu siapa yang buat aku nak cabut nyawa kau, kan?"
Masih lagi tiada balasan daripada Aralyn.
"You know, your mother used to be mine until she chose your father over me." Mendengarkan itu, mata Aralyn sedikit meluas.
Karios kenal arwah mama dengan papa?
"And from the moment your father takes her away, aku dah bersumpah yang aku akan kutip nyawa keturunan dia sebagai ganti dan sekarang aku nak kutip nyawa kau sebagai tuntutan terakhir lepas aku cabut nyawa diorang dulu, Aralyn Zuhayra Binti Amar Zuhair."
Karios sudah acu revolver pada Aralyn.
Aralyn mahu bergerak tapi tak boleh, kesakitan yang dia rasa sekarang membuatkan dia sukar gerakkan tubuh kerana dia tetap akan ditembak kalau dia bergerak walau seinci.
"Sampaikan salam aku pada keluarga kau di neraka!" Tawa jahat Karios bergema dalam bilik itu dengan jari sudah berada di picu untuk ditarik.
Aralyn sudah pejam mata, dalam hati dia mengharapkan kalau ada orang yang membantu dia dalam keadaan ini.
Tolong aku, Anaqi...
Nama Anaqi muncul di minda Aralyn tapi dia tahu lelaki itu tidak ada di sini dan kalau dia Mati di sini, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang jadi pada arwah mama dan papanya.
"See you in hell, Rabbit."
Bang!
"Argh!" Jeritan Karios buat mata Aralyn terbuka sedikit, dia lihat lelaki tua itu sudah terduduk memegang tangan yang berlumuran dengan darah.
Revolver tadi pun sudah jatuh di atas lantai.
Dalam masa yang sama, telinga Aralyn menangkap beberapa bunyi tembakan dan jeritan lalu satu suara menyapa dirinya.
"Young lady." Dan selepas itu, semua bertukar...
Gelap.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
Roman d'amourUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...