PAGI itu terasa janggal kerana Anaqi dan Aralyn masih mengenang insiden 'nyaris terbabas' semalam di pool.
Masing-masing cuba mengelak daripada bertembung. Anaqi ke dapur, Aralyn ke ruang tamu. Aralyn di ruang tamu, Anaqi pergi ke bilik bacaan di tingkat atas. Kalau terserempak, mereka sanggup reverse masuk balik bilik yang ada termasuk tandas.
Gelagat mereka itu diperhati oleh ahli keluarga Marquis termasuk Diluc.
"Dah kenapa diorang tu? Gaduh ke?" Soal Tuan Rays pada Puan Rossalia.
"I don't know, dear. Tak nampak macam gaduh pun diorang berdua. Rhys tahu ke diorang berdua tu kenapa?" Rhys angkat bahu, dia perhati saja pasangan suami isteri dengan dahi yang berkerut pelik dengan perangai mereka.
"Ini bukan gaduh ni, ini benda lain ni." Tebak Rhys.
"Kenapa pula?" Puan Rossalia bertanya.
"Kalau bergaduh rasanya bukan lawan cakap, diorang buka gelanggang wrestling tadi. Kak Aralyn kan fighter." Reyanna mencelah memberi jawapan bila abang sulung dia suruh jawab.
Tuan Rays dan Puan Rossalia angguk, apa yang anak bongsu mereka kata itu ialah satu fakta dan tidak boleh dinafikan. Silap-silap ada pertumpahan darah kalau Anaqi dan Aralyn bergaduh besar nanti.
"Tapi saya rasa saya tahu apa yang jadi." Diluc mencelah dan itu menarik perhatian Rhys, Reyanna, Tuan Rays dan Puan Rossalia.
"Cepat cakap." Pinta mereka serentak.
"Tapi kena minta izin dulu nak hack cctv, boleh?" Mereka kerut dahi tapi kepala diangguk jua kerana sifat ingin tahu mengenai Anaqi dan Aralyn itu sangat tinggi.
Diluc tanpa buang masa terus keluarkan telefon kemudian dia godam cctv yang berada di dalam mansion Marquis itu, dia lihat dulu beberapa rakaman malam semalam dan dia akhirnya perhati rakaman di kawasan private pool di tingkat bawah tanah.
"Rasanya ini sebab dia." Dihulur skrin telefon itu dan anak-beranak itu menonton rakaman yang Diluc mainkan.
Serta merta mereka ukir senyuman nakal sambil angguk kepala beberapa kali. Faham...faham. Patutlah seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Ini rupanya yang terjadi.
"I rasa kita dah kena balik Spain, kena bagi ruang kat diorang berdualah." Cadang Puan Rossalia.
"I pun rasa macam tu, kita kena balik and bagi diorang dating berdua. Rhys dengan Reyanna macam mana?" Tuan Rays memandang Rhys dan Reyanna meminta pendapat daripada mereka berdua.
"Rhys okay je, lagipun memang kena balik Spain sebab ada banyak kerja yang Rhys nak kena uruskan termasuk LRD." Ujar Rhys.
"Reyanna pun, kita punya branding pun nak update to latest brand. So, kita memang kena balik Spain as soon as possible." Reyanna pun turut bersuara.
"Okay then, Rhys suruh Rayn dengan Aralyn uruskan hal diorang dulu sebelum kita balik Spain. Kalau boleh esok diorang settlekan, esok juga kita balik." Kata Tuan Rays, dia mahu beri pasangan suami isteri itu ruang untuk lebih mengenai satu sama lain.
Puan Rossalia angguk dengan senyuman, setuju dengan cadangan suaminya itu.
"Okay then, Rhys pergi jumpa Rayn kat atas dulu and Diluc...jangan buat line clear ngendap cctv rumah ni." Diluc terkedip-kedip mata ke arah Rhys, majikan dia gila ke nak kata dia ngendap orang? Dia sayang nyawa lagi tau.
Yang lain sudah ketawa tengok wajah bingung Diluc.
"RAYN." Anaqi yang sedang duduk santai di bilik bacaan itu terus mendongak ke arah Rhys yang baru masuk ke dalam ruangan tersebut.
Sebelah kening Anaqi terangkat memandang Rhys.
"Kitorang nak balik." Terus tubuh Anaqi terangkat ke depan memandang abang sulung dia.
"Bila? Tiba-tiba je nak balik."
"Esok. Tapi papa nak kau dengan Aralyn settlekan orang tua tu sebelum kitorang balik esok." Dahi Anaqi berkerut.
"Kenapa korang macam rushing?'
"Bukan rushing tapi sebab aku dengan Reyanna banyak kerja yang kitorang nak kena uruskan, pasal Marquis Group lagi, LRD lagi. Lagipun, dah lama sangat kitorang bercuti ni." Terang Rhys, barulah Anaqi faham kenapa mereka kelihatan tergesa-gesa nak balik ke Sepanyol.
"Ada lagi sebab kenapa kitorang nak balik esok."
"Apa?"
"Dengar cerita ada orang tu frust semalam sebab nyaris terlajak." Tiba-tiba muka Anaqi jadi berderau, dia jeling ke arah Rhys dan senyuman nakal si duda itu mula kelihatan.
"Kau skodeng cctv eh?"
"Maknanya betul ah semalam nak terbabas tapi tak jadi?" Rhys sengaja main psikologi biar Anaqi tak tahu yang dia serta ahli keluarga yang lain dah mengintai mereka daripada rakaman cctv semalam.
Anaqi ketap bibir. Muka dia sudah panas membahang, rasa macam nak hempuk je muka abang dia yang jelas mengusik dia.
"Sebab terbabas tu jugalah kitorang nak bagi korang privacy and bagi korang honeymoon berdua dalam rumah ni." Semakin galak Rhys mengusik Anaqi.
"Diam."
"Kau malu ke? Sejak bila komando sorang ni reti malu? Kau bukan hati kering punya jantan ke?"
"Rhys, kau kalau aku bunuh kau kejap lagi...apa tak hasil tau." Anaqi sudah geram, isu ini tak boleh dipanjangkan sebab confirm Rhys akan simpan dan bahan dia pasal hal ini lagi 10 tahun akan datang.
"Uuuu...Rayn Dezyan Marquis pemalu siot." Terus saja Anaqi capai kusyen lalu dilempar ke arah Rhys namun Rhys pantas menangkap kusyen tersebut.
"So, ini dah menjawab persoalan kenapa kitorang semua nampak kau tidur kat ruang tamu pagi tadi." Kata Rhys seraya ketawa, punyalah mereka semua pelik melihat Anaqi tidur di ruang tamu siap pakai bathrobe bersama tuala yang menutup wajah.
Nasib baik Puan Rossalia tak kena sakit jantung bila dia ingat ada mayat terbaring atas sofa.
Anaqi sudah tidak tahu nak letak muka kat mana, ada juga dia panjat rak buku yang tinggi itu dan tinggal kat atas sana sampai hilang rasa malu.
"Dah, kau tak payah nak malu sangat dengan aku. Aku ni pernah kahwin and pernah cerai jadi aku faham dan malu anjing kau ni. I'm an expert." Penuh riak Rhys berkata sambil mendabik dada beberapa kali.
"Expert tapi kena cerai juga." Guman Anaqi perlahan tapi cukup untuk sampai ke telinga Rhys.
Pak!
"Aduh!" Anaqi gosok lengan dia yang kena tamparan Rhys.
"Sakit!"
"Padan muka kau, kutuk aku lagi. For your information, bukan aku kena cerai tapi aku yang cerai Rafanda Alexandre okay? Faham, Kan? Jadi sebelum aku hentak muka kau dengan lutut aku, kau cakap kat bini kau sekarang yang esok kau bawa dia jumpa Karios." Panjang lebat Rhys berkata sambil menolak bahu Anaqi beberapa kali.
"Yalah, yalah. Kau ni membebel macam perempuan, kau kena penyakit bebel Reyanna ke apa?"
"Eh, langau. Kau pergi sekarang jumpa bini kau." Halau Rhys buat Anaqi mencebik sebelum keluar dari bilik bacaan itu.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomansaUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...