•BAB 31•

7K 454 14
                                    

"REALLY, Anaqi?" Soal Aralyn memandang Anaqi sebaik saja mereka berdua berada di hadapan sebuah kawasan yang agak lapang tanpa sebarang manusia pun yang kelihatan di situ.

Anaqi senyum sambil angguk.

"Kau nak ajak aku main go kart?" Sekali lagi Anaqi angguk tapi dahi Aralyn berkerut, dia pandang sekeliling trek itu sebelum tatapannya kembali terhala pada suaminya.

"Kita berdua je ke yang ada kat sini?" Soal Aralyn.

"Aku sewa tempat ni khas untuk first date kita as husband and wife. Plus, aku tak suka ada orang ganggu masa aku dengan kau sebab kita akan jarang spend time berdua kalau aku dipanggil."

Senyuman dimple Aralyn mula terukir, dia tidak mengharapkan apa-apa pun kerana dia masih belajar mencintai suaminya ini walaupun tidak dapat diungkap secara zahir lagi. Tapi, ini menampakkan kesungguhan Anaqi sebagai suami dan dia hargainya.

Tangan dia naik menyentuh pipi suaminya lalu diusap lembut.

"You're being so sweet right now." Ucapnya lembut.

"Am I? But I guess my sweetness is only for you." Anaqi kenyit mata ke arah isterinya membuatkan Aralyn cubit lembut pipi suaminya itu.

Anaqi ketawa.

"Shall we, young lady?"

Aralyn jatuhkan kepala, mereka terus ke kart yang sudah berada di atas trek siap dengan helmet lagi.

"Jom bet." Ajak Aralyn bila mereka berdua sudah duduk di dalam kart masing-masing bersama enjin yang sudah dihidupkan.

Anaqi jungkit kening. Bet? Interesting.

"Okay, what is it?"

"Kalau aku menang, kau kena jerit yang kau sayang aku kuat-kuat kat sini." Cabar Aralyn buat Anaqi senyum lucu, entah macam kelakar pun ada kalau dia sendiri buat macam tu tapi...

"Aku setuju. Tapi kalau aku menang, kau kena beritahu perasaan sebenar kau kat aku sepanjang kita dah jadi suami isteri for almost two weeks ni, deal?"

"Deal!"

Belum sempat mereka nak bergerak ke garis perlumbaan, ada satu kart muncul menarik perhatian pasangan itu. Siap pakai baju racing full set pula tu macam nak pergi pertandingan racing.

Langsung dahi mereka berlapis di balik helmet fullface itu sambil memandang satu sama lain sebelum lihat balik kart yang baru muncul tadi.

"Sampai hati kau, Anaqi. Tak ajak kitorang main go kart sekali." Suara itu buat Anaqi hela nafas, tahu dah siapa makhluk asing yang muncul entah dari mana ni.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Qidran.

Tapi kejap? Kitorang?

"Siapa lagi yang ada dengan kau?"

Tengku Qidran tunding ke satu arah, terus Anaqi dan Aralyn menoleh. Ada Irvan dan Jebat, siap bawa makanan ringan lagi macam mereka tengah duduk kat Sepang tengok race.

"Kitorang diheret anak Denzel tu, kalau nak marah atau maki sila pergi pada dia. Kami tidak bersalah." Irvan dah cakap awal-awal yang dia dan Jebat tidak bersalah dalam hal ini kerana mereka diheret mengejut oleh Tengku Qidran.

Aralyn pula sudah hela nafas panjang, kacau betul malaun seorang ni.

Anaqi pula sudah bagi jelingan maut pada Tengku Qidran, walaupun lelaki itu pakai helmet fullface tapi dia tahu ada sengihan kambing di balik helmet tersebut.

"Kalau aku menang, korang berdua kena belanja aku Ferrari. Kalau aku kalah, korang boleh hempuk aku pakai helmet." Tiba-tiba Tengku Qidran turut serta dalam mencabar itu membuatkan Anaqi dan Aralyn saling berpandangan.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now