"LADY ARALYN jaga diri." Pesan Nara pada Aralyn, mereka semua sekarang berada di lapangan terbang Manila untuk menghantar Aralyn pergi.
Aralyn angguk kepala, wajah dia tenang tanpa senyuman.
"I will be fine, Nara. Kau jaga diri, sampaikan salam aku pada Fify dengan Becky juga." Nara akur, dia bersalaman dengan Aralyn.
Aralyn pandang Irvan, Tengku Qidran dan Diluc. Tiga jejaka itu hanya angguk kepala bersama ucapan selamat tinggal padanya. Kemudian, kepalanya menoleh melihat sekeliling seakan mencari sesuatu atau lebih tepat lagi...
Seseorang.
"Cari Anaqi ke tu?" Usik Tengku Qidran.
Aralyn tak menjawab, dia buat Tengku Qidran itu macam halimunan sampai tercengang Tengku Qidran dibuatnya.
"Anaqi nak jumpa kau kat sana, private." Tunjuk Irvan ke satu arah, dalam hati sudah berdekah bila Aralyn buat Tengku Qidran tidak wujud di situ.
Aralyn toleh, dia nampak Anaqi sedang berdiri di satu sudut dengan kedua belah tangan terletak elok dalam poket hoodie yang dipakai, kepalanya pun turut ditutup dengan hoodie tersebut.
Tanpa banyak soal, terus Aralyn berjalan ke arah Anaqi.
"Damn this girl, dia buat aku macam hantu je kat sini." Bebel Tengku Qidran kemudian dia pandang Diluc.
"Hah kau, Diluc. Bukan nak tolong...okay! Okay! Aku kalah!" Tengku Qidran menyergah bila belakang leher dia sudah dicekak oleh Diluc.
Irvan pula hanya geleng kepala, nasib baik Diluc cekak. Kalau aku...jangankan cekak, aku hentak terus kepala Tengku Qidran kat dinding airport ni.
Aralyn berdiri di hadapan Anaqi, dia pandang wajah tenang di balik hoodie itu.
"Kenapa kau tak berdiri dengan diorang kat sana je? Sampai nak cakap dengan aku pun private." Aralyn sempat tarik tali hoodie Anaqi untuk beberapa kali sebab dia terasa nak kacau Anaqi pula sebelum pergi.
Anaqi biar saja tingkah gadis itu, dia keluar sesuatu dari dalam poket kemudian diserah pada Aralyn.
Gadis itu memandang objek itu dan Anaqi silih berganti.
"Apa benda ni?"
"It's a phone, takkan bom pula." Sindir Anaqi, dah nampak bentuk telefon pun nak tanya lagi.
"For?"
"Telefon kau hilang, kan? So, guna telefon baru ni and ada nombor aku dalam tu." Anaqi tarik tangan Aralyn lalu diletak telefon tersebut di atas tapak tangan gadis itu.
"Nombor kau? Untuk apa kau letak nombor kau dalam telefon ni?" Soal Aralyn.
"Just in case kalau kau perlukan aku takpun...kau rindu aku." Seloroh Anaqi dengan nada datar.
Rindu?
Aralyn salah dengar ke? Dia tatap wajah lelaki itu dan ya, memang wajah itu sukar ditafsirkan oleh gadis itu.
Melihat Aralyn tidak memberi respon, Anaqi berkata lagi.
"Just keep my number on this phone. Jangan delete sebab kau tak tahu bila kau perlukan aku." Tenang sekali nada kedengaran di telinga Aralyn.
Aralyn masih lagi diam tapi dia tetap simpan telefon itu dalam poket seluarnya dan serentak itu, pengumuman penerbangan ke Malaysia mula kedengaran seluruh lapangan terbang.
"Pergilah." Kata Anaqi.
Aralyn angguk tapi dia masih belum berganjak dari depan Anaqi.
"Kenapa?" Sebelah kening lelaki itu terangkat pelik.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...