•BAB 45•

7K 388 1
                                    

BANG!

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan itu mengejutkan Anaqi dari lena, lelaki itu bingkas bangun bila melihat isterinya tiada di sebelah. Singlet hitam yang berada atas lantai dikutip lalu disarung sambil dia turun ke tingkat bawah.

Sampai saja di pintu halaman rumah, dia lihat Aralyn sedang menembak sasaran di lapang sasar yang disediakan jika ada yang mahu berlatih menembak.

Dia mendekati isterinya lalu dipeluk tubuh itu daripada belakang membuatkan terangkat bahu wanita tersebut, Aralyn menoleh dan melihat Anaqi yang merehatkan dagu di bahunya.

"Why are you here so early in the morning, young lady?" Soal Anaqi dengan nada husky.

'Wow, my husband's voice in the morning is so sexy.' bisik hati Aralyn, dia tatap lelaki itu dengan gaya rambut messy kerana baru bangun daripada lena.

"Saja, dah lama dah tak menembak."

"Lain kali, ajak aku sekali. Jangan turun sorang-sorang, young lady." Lembut Anaqi berkata sambil mengucap bahu isterinya, dia menyatukan tangannya dengan tangan Aralyn yang memegang pistol lalu disasar pada sasaran yang sudah terletak elok di situ.

Bang!

Bang!

Bang!

"Headshot." Kata Anaqi berbisik di telinga Aralyn sebelum pipi gebu isterinya itu.

"Sayang..." Panggil Aralyn dengan nada meleret.

"Yes?"

"Boleh tak kita pergi balik Manila? I mean your island." Wajah Anaqi dan Aralyn saling memandang antara satu sama lain, pelukan masih lagi tidak direnggangkan.

"Our island, apa yang jadi milik aku adalah milik isteri aku dan anak-anak kita juga." Lembut saja Anaqi berkata sambil mengusap perut Aralyn yang kian menampakkan bentuk.

Aralyn angguk faham.

"Okay, boleh tak kita balik pulau kita kat Manila?" Aralyn betulkan soalan dia balik.

"Sure, nanti aku minta Diluc uruskan private jet kita ke Manila since cuti aku belum habis lagi ni." Ujar Anaqi lembut sambil membelai rambut isterinya.

Senyuman Aralyn semakin lebat, dia terus pusing tubuh merangkul erat leher suaminya.

"Sayang suami saya ni."

"Saya pun sayang young lady saya ni." Balas Anaqi pada ucapan Aralyn.

Baru saja Anaqi nak rapatkan bibir mereka, terbantut terus bila ada bunyi lain yang mencelah dari belakang.

Bang!

Bang!

Bang!

"Mana nyamuk tu? Mana?" Anaqi dan Aralyn memandang ke arah Tengku Qidran yang sedang melepaskan tembakan secara rambang.

"Apa benda lagi setan tu nak buat? Pagi-pagi lagi dah buat hal." Guman Anaqi perlahan, tak boleh cakap kuat-kuat sebab baby dalam perut isterinya itu mendengar.

Aralyn pula tidak tahu nak beri respon apa, memang dia tak boleh nak sangkal satu kebenaran yang Tengku Qidran memang ada saja bala yang akan dia timbulkan setiap hari dan setiap masa.

Irvan yang baru keluar dari guest house pun terkejut tengok rumah tetamu yang Anaqi sediakan itu sudah berlubang di dinding.

"Kau pahal ni macam orang tak betul? Ada masalah jiwa ke?" Soal Irvan.

Tengku Qidran pantas menoleh ke arah Irvan dengan wajah yang geram.

"Kau tahu tak semalam ada nyamuk gigit aku?"

"Tak tahu."

"Sabarlah mangkuk, aku tak habis cakap lagi." Marah Tengku Qidran bila Irvan memberi jawapan macam tu.

Irvan jungkit kening.

"Nyamuk tu dah buat badan aku gatal dengan bintik merah ni! Jadi aku nak tamatkan riwayat nyamuk tu hari ni juga!" Tengku Qidran menunjuk lengannya yang dipenuhi bintik-bintik merah.

"Kau ni bodoh tak boleh buat bincang sangat ni, orang bunuh nyamuk dengan tepuk tangan tak pun pakai ridsect. Tapi kau, nak guna pistol pula. Silap-silap kau letupkan guest house ni dengan rpg." Seloroh Irvan selamba.

"Diam kau, Van! Kau semalam dah nyaris ajak aku masuk liang lahad. Jangan sampai kau pula yang aku hantar ke liang lahad." Tengku Qidran marah Irvan, siap ungkit lagi kejadian Irvan pandu laju macam tiada hari esok.

Irvan buat muka mengejek, dia terus keluar sambil capai kunci kereta. Sempat dia pandang ke arah Anaqi dan Aralyn yang langsung tidak lepas tengok mereka daripada tadi.

Sebelah tangan dilambai ke arah mereka sebelum dia masuk ke dalam kereta setelah melihat Anaqi dan Aralyn membalas lambaiannya.

Baru saja dia mahu bergerak, Tengku Qidran tembak kereta Lamborghini Urus miliknya.

Tingkap diturunkan kemudian Irvan jengah.

"Eh bodoh! Kau pahal?"

"Jangan tinggal aku, hanat! Kalau kau balik sekarang, aku nak balik naik apa? Terbang?" Soal Tengku Qidran sambil masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah pemandu.

"Kereta aku dah berlubang, kau repair balik lubang yang kau buat pada kereta aku ni." Jeling Irvan pada Tengku Qidran yang buat muka bersalah, aku kaya jadi aku boleh bayar balik kos repair kereta kau yang kena tembak ni.

Hilang saja bayang kereta yang dipandu Irvan. Anaqi menunduk memandang Aralyn yang masih berada dalam pelukannya.

"Jom masuk mandi, baby besar aku ni dah kena mandi." Anaqi angkat isterinya.

"Yeay! Sayang mandikan!" Sorak Aralyn gembira.

Anaqi pun turut ketawa kecil melihat keletah ibu mengandung itu.

"MAESTRO RHYS."

Rhys yang sedang membaca laporan syarikat Marquis itu terhenti, dia mendongak ke arah Diluc yang baru masuk ke dalam pejabatnya.

"Kenapa, Diluc?"

"Maestro Rayn call Saya, dia minta saya sediakan private jet untuk ke Manila." Ujar Diluc tenang.

Kening Rhys terangkat mendengar ujaran Diluc, dia letak pen kemudian bersandar pada kerusi memandang orang kepercayaan Marquis itu.

"Kalau macam tu, uruskan." Cawan Kopi diambil dan dihirup perlahan.

"Tapi Maestro Rayn pun pesan, dia nak semua ahli keluarga Marquis ada sekali sebab nak surprise Lady Aralyn." Tersembur air Rhys dengar pernyataan Diluc, dia pandang orang kanannya itu dengan wajah terkejut tidak percaya.

Raid Anaqi a.k.a Rayn Dezyan Marquis nak surprise isteri dia?

Unexpected.

"Surprise apa dia nak buat?"

"Itu dia minta Maestro Rhys uruskan." Rhys tercengang, kejutan untuk orang lain...orang lain pula yang terjebak?

Apakah?

"Dia suruh aku buat surprise? Apa punya adik ni, bukan main nak surprise bini tapi aku juga yang kena urus." Rhys sudah usap dagu dia tu, otak tengah fikir apa nak kena buat ni.

Terus dia dapat idea nak buat apa tapi...dia toleh ke arah Diluc.

"Diluc, kau call Van dengan Qidz. Aku nak diorang pun ada sekali." Berkerut sudah dahi Diluc bila Rhys mahu dia bawa Irvan dan Tengku Qidran ke Manila sekali.

"Apa yang maestro nak buat?"

Rhys senyum misteri, dia buka telefon kemudian dia hantar satu link video pada Diluc membuatkan Diluc rasa pelik.

Oleh kerana ingin tahu, Diluc tekan pautan tersebut. Sekaligus mata dia membulat melihat apa yang ditayangkan.

"Maestro biar betul?" Soal Diluc tidak percaya.

"Kau pun aku nak ada sekali buat benda ni, jangan terfikir nak lari." Tercengang Diluc dibuatnya bila dia dengar arahan daripada Rhys.

Huwaa! Ini apa miska?

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now