•BAB 4•

7.7K 482 9
                                    

SAAT Anaqi tiba di The Marquis Mansion, dia disambut oleh ramai orang gaji dan pengawal peribadi keluarga elit itu sebaik saja kakinya jejak masuk ke dalam rumah agam yang sudah lama dia tinggalkan.

"Welcome home, Maestro Rayn!"

'Still like old times.' Hati Anaqi berbisik.

Di hujung menuju ruang tamu, Anaqi melihat tiga sosok tubuh dua orang lelaki dan seorang wanita menanti dengan wajah penuh senyuman. Dengan penuh santai, Anaqi mengorak langkah mendekati mereka setelah Diluc meminta para orang gaji dan pengawal peribadi tadi untuk bersurai.

Berdiri saja Anaqi dihadapan tiga manusia itu, wanita lingkungan 40-an terus merangkul tubuhnya dengan erat.

"Finally, you're home. My little Rayn." Kata Puan Rossalia dengan nada cukup gembira, anaknya yang seorang ini sudah kembali setelah sekian lama meninggalkan Spain.

"Hai mama." Segaris senyuman terukir di bibir Anaqi seraya dia membalas pelukan mamanya.

Puan Rossalia melepaskan pelukan, digomol wajah Anaqi ke kiri dan kanan bagi melepas geram dengan anaknya yang tak pernah nak hubungi mereka selepas berpindah ke Malaysia untuk jadi salah seorang VAT69.

"Sampai hati Rayn mama ni tak call mama, kan? Setahun takpe tapi almost 7 years tak call mama ni." Bebel Puan Rossalia.

Itu dia bebelan Puan Rossalia Pearl sudah mari!

Anaqi garu belakang kepala. Alamak, baru sampai dah kena bebel.

"Hello little brother." Celah salah seorang dari dua lelaki tadi.

Anaqi toleh, dia angkat kening memandang lelaki itu.

"Duda Rhys Daryan Marquis." Sapa Anaqi dalam nada sindirian.

"Duda tu tak payahlah nak mention, taik." Hah Kan dah kena maki dengan Rhys, baru sampai dah ejek aku duda. Dasar adik bengong.

Anaqi jelir lidah pada abang sulung dia. Kisah pula aku. Dia toleh pandang tak lain tak bukan laki mama dia, Tuan Rays Devyan Marquis.

"Papa."

"Hello, boy. Long time no see." Ditepuk beberapa kali bahu Anaqi sebelum ditarik ke dalam pelukan.

Anaqi hanya angguk dengan senyuman nipis di wajahnya seperti biasa.

"Okay, sudah. Rhys ajak Rayn berborak kat ruang tamu dulu. Mama nak masak makanan special untuk Rayn but don't worry, mama dah pastikan masakan mama halal." Ujar Puan Rossalia.

Dalam keluarga The Marquis, hanya Anaqi saja yang beragama Islam manakala yang lain ialah non-muslim. Tapi, mereka tidak pernah buang Anaqi walaupun dia memeluk agama itu kerana mereka hormat pilihan ahli keluarga mereka.

Sebab itu juga nama Raid Anaqi tidak pernah disebut kerana ahli keluarga Marquis sudah terbiasa memanggil Anaqi dengan nama asalnya sebelum memeluk agama Islam iaitu...

Rayn Dezyan Marquis.

"Yes, ma'am." Turut Rhys, dia senggol lengan Anaqi beri isyarat untuk ke ruang tamu tapi Anaqi sempat bertanya sesuatu.

"Daisy mana?"

"Daisy?" Soalan Anaqi diulang lagi sekali oleh Rhys.

Anaqi angguk sekilas lalu Rhys mengerling jam tangan Rolex yang dipakai, dinaikkan buku lima dia dan satu persatu jari jemarinya mula keluar mengikut kiraan.

Dahi Anaqi sudah berkerut saat dia dengar suara kiraan Rhys mengikuti gerakan jari jemarinya.

3...

2...

1...

"And...bingo!" Terus jari telunjuk Rhys terhala pada pintu utama.

"Hello everybody! I'm...-" Terbantut terus ayat gadis itu saat melihat Anaqi.

"Omg! Is this a dream?" Tangan diangkat menekup mulut dengan wajah tidak percaya.

Anaqi senyum tipis pada gadis itu. Adik bongsu dia dan Rhys...

Reyanna Daisy Marquis.

"Hello, Daisy." Sapa Anaqi perlahan.

"Abang Rayn!"

Pantas Reyanna mengorak langkah memeluk tubuh abang keduanya itu dengan erat, tangisan mula pecah saat wajahnya menyembam dada bidang Anaqi.

"I miss you!" Ujarnya dalam tangisan, siapa je tak rindu abang sendiri.

Anaqi hanya diam dengan segaris senyuman yang masih terukir tadi, dia menggosok belakang tubuh Reyanna untuk beberapa kali.

"I miss you too, Daisy." Ungkap Anaqi perlahan, cukup hanya Reyanna saja yang dengar sebab kalau Rhys dengar Anaqi cakap macam tu...

Auto dibahan.

BANG!

Bang!

Bang!

Aralyn menjalankan latihan simulasi di sebuah gudang terbengkalai yang dia minta Caleb carikan sebagai tempat untuk dia melatih diri serta menguji strategi yang bakal dia gunakan nanti walaupun lokasi sebenarnya akan berada di hotel milik Kieran Ramsay.

Setiap sasaran yang dipasang seluruh ruang gudang itu menjadi sasaran peluru Glock APX milik Aralyn seraya dia mahu menguji peluru yang dia gunakan sama ada cukup kuat ataupun tidak andai kata dia bakal bertempur dengan pengawal bulletproof vest.

Bila ada panggilan masuk, dia menekan earpiece bagi menjawab panggilan yang masuk.

"Hello?"

"Rabbit." Suara itu kedengaran dalam panggilan itu cukup Aralyn kenali.

Karios.

"Apa kau nak?"

"Well, I'm just following your updates until d-day." Kedengaran sinis sahaja suara Karios di hujung talian membuatkan telinga Aralyn berdesing, mahu saja dia letak panggilan tapi dia perlu professional kerana ia urusan Outlaw.

"Kau tak payah peduli, cukup kau tahu aku buat kerja. Kau tu perlu pastikan yang takde trace aku lepas aku bunuh Kelvin." Tegas Aralyn, dia pasti Karios sudah uruskannya tapi dia tetap Rasa ragu-ragu andai kata dia meninggalkan jejak yang boleh membawa masalah pada dirinya serta Outlaw nanti.

Karios mendengar itu mengoyak senyuman sinis.

"Cukup kau tahu yang aku urus semua benda. So...do your job and bring success or the death will come for you." Itu yang Karios titipkan pada Aralyn sebelum panggilan dimatikan.

Rengusan kasar dihasilkan Aralyn, wajahnya diraup untuk beberapa kali sebelum dia membuang pandang ke arah sasaran yang masih belum menjadi sasaran peluru.

Bang!

Bang!

Bang!

Bertubi-tubi tembakan dilepaskan sehinggi peluru pada pistol yang digunakan itu kehabisan peluru, sasaran pun sudah hancur teruk. Kalau itu ialah tubuh manusia, pasti sudah penuh dengan peluru di seluruh anggota badan.

Nafas dia tercungap-cungap dan kedengaran tidak teratur, pistol terlepas dari tangan kemudian dia duduk bersandar pada dinding usang tersebut.

Jari telunjuk dan jari hantunya disatukan lalu dinaik pada nada bawah leher, dia lihat jam pada pergelangan tangannya.

10 saat.

Dia mengawal pernafasan dirinya untuk menghilangkan rasa amarah dalam dirinya. Bila nafas sudah teratur...dia pejamkan matanya dan muncul sesuatu dalam fikirannya.

"You don't deserve happiness because you're a monster that will destroy everything that you touch and love."

Dan saat ayat itu bergema dalam fikirannya, mata dia kembali terbuka luas dan terasa sesuatu yang sejuk mengalir di pipinya.

Pantas tangan kanannya naik menyentuh wajah dan...

Yes.

She cried.

"Fuck..." Carut Aralyn perlahan, dia cepat-cepat hapuskan air matanya sebelum dia bangkit dari duduknya untuk menyambung latihan yang terhenti tadi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now