•BAB 49•

2.3K 89 1
                                    

PINTU dibuka. Semalam Aralyn tak dapat tidur sebab rindukan bau badan Anaqi. Itulah, semalam nak sangat merajuk halau suami tidur luar... kan dah menyesal tak dapat tidur lena semalam. Ikutkan sangat ego sebab tak dapat aiskrim.

Bila menjengah ke bawah. Aralyn tak nampak kelibat Anaqi. Hati tiba-tiba rasa nak menangis pula bila tak nampak suami depan mata. Tangan naik usap perut yang semakin sarat menanti masa untuk melahirkan.

"Baby... daddy mana? Daddy marah mummy ke?"

"Eh... Ara dah bangun? Mari turun sarapan dengan mama papa." Puan Rossalia menyapa bersama senyuman lebar pada mak buyung itu. Tuan Rays yang sedang baca surat khabar di kepala meja pun turut dongak memandang menantunya dengan senyuman.

"Morning Ara." Tuan Rays menegur.

"Morning mama, papa." Aralyn paksa senyum. Kaki turun tangga dengan penuh hati-hati dan mendekati meja makan. Ingatkan ada mama papa saja, rupanya ada dua lagi jejaka cukup dikenali ada di situ.

Siapa lagi kalau bukan Irvan dan Tengku Qidran.

"Korang buat apa kat sini?" Soalnya sambil duduk.

"Kau tak nampak aku tengah main snooker pakai sudu kopi ni?" Tengku Qidran menyoal dengan nada menyindir. Dah kalau orang kat sini pagi-pagi dekat meja makan, haruslah sarapan.

Aralyn jeling tajam. Menyakitkan hati saja kalau tanya Tengku Qidran. Dia toleh pada Irvan yang tenang hidup jus oren.

"Van, apa kau buat kat-" Tak sempat habiskan ayat, Irvan angkat sesuatu yang ada di kaki kerusi yang diduduki.

Terkedip-kedip mata Aralyn melihat tempat letak kon aiskrim yang diangkat Irvan bertulis jenama Godiva. Jangan-jangan...

"Anaqi minta tolong aku belikan aiskrim ni untuk kau semalam. Jadi, pagi-pagi aku dah suruh orang Godiva buka kedai sebab nak belikan aiskrim mengidam kau." Irvan memberi penerangan seakan tahu apa bermain dalam fikiran Aralyn.

Rasa sebak menyapa Aralyn.

Melihat tubir mata menantunya sudah bertakung, Puan Rossalia jadi gelabah sendiri.

"Ara kenapa menangis?" Tangan mama itu mengusap lengan Aralyn yang sudah sembam wajah ke bahunya. Terhinjut-hinjut menantu seorang ini melepaskan esakan.

"Hiks... Hiks... Ara rasa bersalah sebab halau abang semalam. Mesti abang marah Ara, sebab tu dia tak ada kat meja makan." Alahai mak buyung seorang ni.

"Eee... Gediknya minah ni. Bukan dia jenis hati kering punya orang ke?" Bisik Tengku Qidran di telinga Irvan.

"Diam, Qidz." Keras Irvan berbisik. Mahu meraung lagi teruk mak buyung tu nanti. Buatnya sampai ke telinga Anaqi yang Tengku Qidran kutuk isterinya, mahu dia bawa 4x4 rempuh anak Tengku tu nanti.

Tengku Qidran mencebik.

Tuan Rays pula geleng kepala tengok Tengku Qidran. Macam manalah kalau Qidz ni kahwin? Pengsan isterinya nanti.

"Mana ada Anaqi marah Ara. Dia tak ada kat sini sebab panggilan tugas." Aralyn dongak pada Puan Rossalia. Anaqi ada panggilan tugas? Kenapa dia tak tahu?

"Kenapa Ara tak tahu?"

"Anaqi nak beritahu semalam tapi dah lewat. Ara pun dah tidur. Jadi, dia pesan kalau Ara cari terus beritahu dia pergi operasi. Dalam beberapa hari lagi dia balik." Puan Rossalia memberi penjelasan, dalam masa yang sama cipta alasan supaya menantunya tidak menangis lagi. Bukan apa, emosi ibu mengandung sangat sensitif. Silap kata, naya saja nanti sebab dia pun pernah mengandung.

Aralyn sambung nangis dalam pelukan Puan Rossalia. Hah sudah... macam mana nak buat ni? Puan Rossalia pandang suaminya meminta bantuan tapi Tuan Rays kerut dahi pandang skrin telefon baca artikel cara-cara tangkap iguana.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now