•BAB 52 | THE END•

5.5K 168 9
                                    

"ASSALAMUALAIKUM..." Salam diberi Anaqi semasa berjalan masuk ke dalam rumah. Beg pakaian dia letak di atas lantai berdekatan dengan bilik membasuh bersama mata melilau mencari kelibat insan penting.

"Waalaikummussalam." Sahutan dari ruang tamu menjadi sasaran kaki Anaqi. Sampai saja di situ, dia lihat Aralyn sedang baring sambil tongkat dagu memandang anak lelaki mereka yang lena diulit mimpi.

Nampak saja kelibat Anaqi, perlahan Aralyn bangkit menyalam tangan suaminya. Dahinya turun menjadi dikucup sebaik saja angkat wajah.

"Dia baru tidur ke?" Anaqi ambil tempat di sisi bayi kecil yang kini berusia enam bulan itu. Jari telunjuknya naik mencucuk lembut beberapa kali pipi gebu. Geram!

"Haah. Dia dah kerjakan mumny lepas tu buang kes. Pandai tidur time daddy balik." Adu Aralyn.

Anaqi ketawa kecil, tangan mengusap kepala isterinya.

"Kesian isteri abang ni penat jaga baby Rayden." Kata Anaqi dengan nada perlahan.

Rayden Zufar menjadi nama pilihan Anaqi dan Aralyn.

"Tak penat pun, daddy... Rayden ni teman mummy buat kerja rumah pakej dia pun bagi mummy kerja melayan dia." Aralyn bersuara sambil sebelah tangan Rayden diangkat lalu digoncang sedikit.

Anaqi senyum. Sejak jadi ibu ni, makin nampak perubahan Aralyn. Dah semakin pandai masak, menguruskan rumah dan anak. Bukan nak kata isterinya tinggalkan dunia mempertahankan diri tapi sesekali dia akan ajak Anaqi berlawan supaya skill tidak berkarat. Latihan menembak pun kadang-kadang ada dalam sebulan tiga ke empat kali.

"Abang dah makan belum?" Soal Aralyn, dari di sisi Rayden kini dia sudah berubah ke sisi suami. Ambil peluang nak masa berdua dengan encik suami kacak ni. Nanti anak bangun dah kena beri tumpuan pada anak pula.

"Belum. Young lady masak boleh?"

"Boleh, abang nak makan apa?"

"Surprise me, young lady." Pinta Anaqi. Dia telan saja apa yang isteri masak asalkan bukan batu, kayu, pasir dan seumpama dengannya.

"Okay, boleh. Abang mandi dulu lepas tu turun tengokkan Rayden." Anaqi angguk. Dia bangun dan berlari naik ke atas membersihkan diri.

Seusai bersihkan diri. Anaqi sarung singlet dan seluar track hitam. Masa turun, telinga sudah menangkap satu suara kecil sedang ketawa riang di ruang tamu.

Dia dah bangun!

Anaqi percepatkan langkah dan ternyata dia nampak Rayden sudah bangun siap bersila hadap Aralyn. Tangan yang macam tayar michelin itu bertepuk satu sama lain beberapa kali bersama gelak tawa indah pada deria pancaindera seorang Raid Anaqi.

"Rayden." Dengar saja suara Anaqi, Rayden terus toleh. Makin melebar senyuman menampakkan gusi itu melihat daddynya sudah ada. Kedua belah tangan dia angkat meminta supaya Anaqi mendukung.

Anaqi apa lagi, laju saja angkat Rayden kemudian dia kemam pipi gebu itu. Makin suka si kecil itu kena gomol dengan daddy dia.

Aralyn senyum saja melihat anak-beranak itu. Inilah rutin paling membahagiakan setiap kali Anaqi balik dari operasi.

Sekarang Anaqi tidak terlibat dengan operasi yang memakan masa lebih dari seminggu. Paling lama pun lima hari, jika tidak maka dia hanya akan berada di balai uruskan kes-kes di IPD saja kalau ada panggilan.

"Sekarang daddy dah punch card, mummy nak masak. Daddy jaga Rayden elok-elok, jangan bagi anak main pistol pula." Dengan nada mengusik Aralyn berkata mengundang tawa Anaqi. Awal lagi nak bagi anak main pistol, sayang...

"Abang, Ara lupa nak cakap yang malam ni kita ada BBQ kat rumah mama dengan papa. Van, Qidz dengan Jebat pun ada."

"Oh ya? Malam nanti kita pergi..." Kata Anaqi. Rayden dipangku sambil sebelah tangan memegang mainan untuk mengalih perhatian si kecil itu sebentar.

"Young lady." Aralyn toleh pada Anaqi.

"Make me a hot chocolate. Make sure it hot like you." Satu kenyitan mata Anaqi beri pada Aralyn buat wanita itu tersenyum bersama mata memincing arah suaminya.

"Gatal."

"Eleh, padahal suka." Anaqi mengusik sebelum sambung melayan Rayden.

"BAT! Apa ni? Kata nak tolong aku bakar ayam!" Tengku Qidran membebel. Tangan dari tadi tak berhenti kipas ayam atas pit BBQ itu. Peluh tak usah cakap memang sudah basah dah ni.

"Sabarlah! Kau tak nampak aku buat susu untuk anak aku ni?" Marah Jebat sambil bancuh susu untuk anak keduanya bersama Hawa iaitu Darizh Mikaylee. Anak sulung, Daniall Zander pula tengah tolong Irvan dan Rhys di pit BBQ lagi satu.

"Kecoh betullah kau, kipas jelah sorang-sorang." Kata Rhys pada Tengku Qidran.

"Kau diam, duda! Apahal Diluc tu tak tolong kat sini? Kenapa dia buat kerja senang-senang?" Tengku Qidran tak puas hati. Mahu tak panas kalau Diluc punya tugas uruskan makanan ringan dan pencuci mulut sedangkan dia pula berpanas sambil bakar ayam.

"Sebab kau banyak mulut. Bebel aje dari tadi. Van dengan aku even berborak pun dah dekat dua pinggan besar ayam bakar dah siap. Tinggal nak bakar daging je ni. Kau tu, satu ayam pun tak angkat lagi. Siap hangus pula tu!" Tengku Qidran langsung tunduk dan mata serta-merta membulat besar.

"Oh no! My ayam bakar hot hot! Jangan hangus! Jangan hangus!" Entah mana datang bijaknya si Tengku Qidran, dia pergi ambil hos kemudian dia hala pada pit BBQ itu.

"Qidz! Kau buat apa tu?"

"Aku nak selamatkan ayam aku dari rentung! Allahuakbar!" Habis basah pit BBQ itu terkena tembakan hos air yang Tengku Qidran pegang.

"Qidz!" Serentak mereka menjerit.

"Oh no! Dah padam! Ayam aku basah! Macam mana nak makan ni!" Tengku Qidran terus telan liur kesat tengah Rhys dan Diluc sudah beri renungan maut padanya.

"Memang mati kau Qidz! Aku dah penat dengan perangai kau! Sini!" Rhys sinsing lengan baju sebelum dia kejar Tengku Qidran yang sudah larikan diri. Diluc pun turut membantu sebab dia marah separuh ayam yang dia peram dari semalam sudah basah.

Ayam aku!

"Van! Tolong aku!" Laung Tengku Qidran.

Irvan buat pekak. Dia layan Daniall saja dari tadi. Kau buat hal tapi aku tak nak campur.

Anaqi dan Aralyn yang memerhati dari tadi hanya geleng kepala. Rayden sudah dibawa pergi Reyanna, maklumlah maksu kesayangan jumpa anak buah kesayangan.

"ABANG buat apa?" Anaqi yang ralit menikmati angin malam di tepi kolam tersentak bila Aralyn tiba-tiba peluk dari belakang.

Senyuman dia ukir buat isterinya sambil tarik wanita itu ke depan menghadapnya. Rambut Aralyn panjang yang terjuntai dia elus ke belakang telinga.

"Abang fikir apa?" Soal Aralyn dongak pandang suaminya dengan kedua belah tangan merangku leher.

"Nothing, cuma terfikir something."

"Apa?"

"Banyak benda yang kita dah lalui tapi alhamdulillah, kita kat sini juga akhirnya. You here with me and Rayden." Ujar Anaqi lembut mengusap pipi isterinya.

Aralyn angguk setuju.

"Yes, kalau bukan sebab kita terserempak dulu... mesti abang tak selamatkan Ara dulu. And kita tak akan ada baby Rayden dengan kita."

"Takdir kan penuh misteri, young lady." Anaqi rapatkan dahinya dengan dahi Aralyn. Mata mereka secara spontan terpejam sendiri dan ada angin sepoi-sepoi menyapa diri mereka tapi tiada kedinginan terasa melainkan hangat pelukan satu sama lain.

"Terima kasih bersama dengan abang, young lady." Ucap Anaqi.

"Sama-sama abang, terima kasih juga pilih Aralyn sebagai teman abang sampai bila-bila." Balas Aralyn.

"Kan abang pernah cakap dulu..." Anaqi berdehem sejenak sebelum bersuara kembali.

"Kau bukan pilihan." Dengan nada serious Anaqi berkata mengimbau kembali ayat yang dia guna masa melamar Aralyn dulu.

"Aip! No kau aku..." Usik Aralyn sebelum mereka berdua ketawa bersama dengan angin malam bertemankan bulan bintang menghiasi langit menjadi saksi cinta mereka berdua.

Bahagia.

Itulah mereka sekarang.

TAMAT

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now