•BAB 22•

6.9K 493 34
                                    

"KAU gila ke apa nak aku jadi isteri kau? Ada banyak lagi perempuan yang kau boleh pilih kat luar sana. Kenapa aku juga yang kau nak?"

"Sebab kau bukan pilihan." Terkedu lagi Aralyn dengan jawapan selamba Anaqi, kenapa lelaki ini ada saja jawapan untuk bidas dia sampai dia pun boleh mati kata?

"Can you tell me what's the main reason sampai kau nak aku kahwin dengan kau?" Soal Aralyn dengan nada yang tegas.

Anaqi diam sejenak.

Aralyn pula menanti jawapan daripada lelaki itu.

"The main reason, aku jatuh cinta dengan kau and the other reason...aku nak tolong kau keluar dari mimpi ngeri yang Karios dah buat pada kau."

"Mimpi ngeri yang Karios buat?"

"Aku dengar apa yang Karios cakap pasal keluarga kau sebelum aku ambush dia and aku nak tolong kau hapuskan mimpi ngeri tu." Kali ini Aralyn tersentak.

"Jadi kau tahu?" Dia menyoal Anaqi mendatar.

"Yes."

Aralyn diam kemudian dia kembali memandang Anaqi saat tangannya digamit oleh lelaki itu dan apa yang buat dia terkejut ialah saat satu objek disarung pada jari manisnya.

Cincin.

"Jadi Mrs Anaqi aku and aku akan tolong kau uruskan Karios." Lembut saja nada yang Anaqi gunakan seakan memujuk dirinya dan itu buat hati Aralyn berdebar, satu rasa aneh kian muncul dalam dirinya.

Anaqi menanti jawapan Aralyn, dalam hati dia sudah berdoa supaya jangan ditolak kalau tidak memang 7 keturunan dia dibahan oleh Rhys sebab lamaran ditolak.

"Aku terima."

Anaqi ukir segaris senyuman.

"Tapi dengan syarat." Mati terus senyuman itu, ada syarat?

"Apa?"

"Aku nak kau hancurkan organisasi Outlaw and bawa Karios pada aku, aku sendiri nak cabut nyawa jantan tua tu." Pinta Aralyn, itu yang dia mahu Anaqi buat untuk dia kalau lelaki itu nak dia menerima lamaran.

"I can do it but untuk annihilate Outlaw, kau kena share maklumat pasal organization tu and aku sendiri akan bawa Karios pada kau." Anaqi bersetuju dengan syarat Aralyn kerana ia mudah jika Aralyn kongsi maklumat.

"Okay, the deal is seal. Aku terima lamaran kau, Raid Anaqi." Dan serentak itu Aralyn terkaku saat dia lihat senyuman Anaqi.

Bukan smirk atau sinis.

Senyuman manis yang ikhlas.

Dub dab!

Dub dab!

Dub dab!

Damn my heart beating like hell when I saw the smile.

Aralyn paling wajah ke arah lain, tak boleh tahan tengok senyuman manis Anaqi. Betullah orang cakap yang orang muka kosong, dingin dan tak berperasaan ni kalau senyum...lembu lalu pun reverse balik nak tengok senyuman tu.

"Kau kenapa?" Soal Anaqi pelik bila Aralyn pandang tempat lain.

"Takde apa-apa." Aralyn geleng kepala beberapa kali.

"Okay then." Anaqi senyum lucu, dia nampak telinga gadis itu merah. Malu ke tu?

Sengaja dia rapatkan sedikit wajahnya ke telinga Aralyn lalu...

"A killer knows how to blush, huh?"

Mata Aralyn membulat, dia paling wajah ke arah Anaqi dan...

Cup!

Bibir mereka bertemu secara tidak sengaja, mata Anaqi dan Aralyn membulat lalu...

Buk!

"Aduh..." Anaqi terduduk di atas lantai sambil memegang pipinya, dalam keadaan sakit pun tumbukan Aralyn masih lagi padu.

"Kenapa kau cium aku?"

"Aku pula salah? Kau yang pusing tiba-tiba patutnya aku yang tanya kenapa kau cium aku, kalau nak pun tunggulah lepas kahwin nanti." Balas Anaqi buat Aralyn geram.

"Kau yang rapat dengan aku."

"Aku rapat tapi bukan aku yang cium. Jadi salah siapa?"

"Anaqi." Aralyn jeling Anaqi.

"Okay fine, kau menang." Anaqi mengalah, dia sudah malas nak berdebar dengan Aralyn. Cukuplah dia tahu lamarannya sudah diterima gadis itu.

"Anaqi..." Anaqi angkat wajah bila Aralyn memanggil.

"Macam mana dengan keluarga Marquis? Boleh ke keluarga kau tu terima perempuan macam aku ni?" Soal Aralyn ingin tahu, dia perlu bersedia andai kata keluarga elit itu membantah.

Bantah perkahwinan dia dan Anaqi takpe tapi dia perlu berjaga-jaga kalau keluarga itu hantar pasukan pembunuh untuk buru dia pula.

Anaqi senyum, dia bangun dan berdiri di sisi katil Aralyn. Tangannya naik mengusap kepala gadis itu membuatnya sedikit tersentak tapi tidak menepis kerana usapan itu seakan memberi ketenangan.

"Keluarga Marquis bukan keluarga yang akan paksa atau bantah keputusan dalam hidup seseorang. Plus, diorang sokong apa yang aku buat sekarang untuk lamar kau." Jelas Anaqi.

Barulah hati Aralyn rasa lega tapi untuk sesaat, dia angkat wajah ke arah Anaqi balik.

"Diorang tahu pasal aku?"

"Tahu." Liur ditelan kesat tapi dia terus bertanya satu soalan.

"Diorang kata apa?"

"They didn't judge you, they accepted you."

"Kau tipu, kau nak jaga hati aku je kan?" Aralyn jegil mata, dia masih sukar nak percaya beberapa bait kata Anaqi.

"Kalau kau tak percaya kau tunggu masa nikah esok."

"Esok!?" Membulat mata Aralyn, nikah esok?

Tadi lamar, esok kahwin. Senang betul kau buat kerja, Anaqi!

"Ya, esok. Kita akan kahwin dalam wad ni memandangkan kau sakit and aku taknak tunggu lama. Jadi, kita proceed terus esok." Aralyn rasa nak pitam, lelaki ni memang selalu buat keputusan tanpa berbincang dengannya dulu.

"Kau memang suka buat keputusan tak berbincang dengan aku eh?"

"Untuk kali ni ya, tapi lepas kahwin...aku akan bincang dengan kau." Seloroh Anaqi buat Aralyn mendengus bila hidungnya dicuit.

"Aku turun beli makan, kau nak tak?"

"Just buy anything." Jawab Aralyn, perut dia sudah dari berkeroncong daripada tadi. Nak cakap dengan Anaqi yang dia lapar, segan. Jadi dia tunggu sampai lelaki itu mahu keluar beli makan.

"Okay, kau rehat and jangan terfikir nak lari."

"Buat apa aku nak lari? Aku tahu kalau aku keluar dari bilik ni je, silap-silap ada orang Outlaw tengah standby nak bunuh aku." Aralyn jeling ke atas, ingat dia tak tahu ke apa yang berada dalam fikiran Anaqi.

"Aku pesan je, aku nak ada pengantin perempuan aku esok."

Hilang saja Anaqi dari wad itu, Aralyn hela nafas. Dia bersandar pada tikam yang dinaikkan tadi sambil mata memandang cincin bertakhta permata yang tersarung elok di jari manisnya.

Bibirnya mengukir senyuman dimple tanpa dia sedar.

Dia rasa dia buat keputusan gila tapi dalam masa yang sama, ini mungkin Jalan untuk dia dapat hidup tenang sebaik saja dia dapat tuntut bela nyawa ibu bapanya.

Karios.

Itulah sasaran utama dia sekarang dan yang akan bantu dia dapatkan lelaki tua itu ialah bakal suami dia sendiri.

Rayn Dezyan Marquis a.k.a Raid Anaqi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now