PROLOG

143 8 10
                                    

"Huaaaaaa" nguap Aaliyah sebaik sahaja bangun dari tidurnya yang agak tidak lena.

Dengan badan yang masih lemah, dia tetap berjalan mengambil tuala untuk mandi, membersihkan dirinya.

Malam semalam, Aaliyah hampir tidak tidur kerana asiknya menonton filem Jepun. Minatnya terhadap filem Jepun sangatlah WOW.

Aaliyah bersiap untuk berangkat pergi ke sekolah. Mata Aaliyah seperti mata panda kerana 'berpesta' malam tadi padahal matanya memang selalu begitu tetapi kali ni agak lebih teruk. Ini disebabkan kerana ayahnya tiada di rumah malam semalam kerana shift malam. Jika ayahnya tiada di rumah pada malam hari dia pasti akan 'berpesta'.

"Yo geng!" Jerit Aaliyah sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke dalam kelas dan bertemu dengan rakannya.

"Ceh, hidup lagi minah ni. Ingatkan dah Innalillah dah. Kalau boleh lambat lagi datang sampai tak datang terus!" Marah seorang sahabatnya yang bernama Athena.

"Alaa rilek laa, itupun nak marah." ujar Aaliya. Athena pula hanya memberikan jelingan tajam yang khas kepada Aaliyah.

"We we we we, aku ada jumpa sorang tiktoker dari Rusia, hensem gile. Ahhh!!" Terhenti perbuatan Athena apabila ada seorang lagi rakan mereka tiba-tiba datang.

"Ye, Alya, ye. Hensem sangat ke?" Tanya Athena. "Hensem gile! Ni gambar dia" "Uishh hensemnya, bakal menantu mak aku ni." Suara yang kedengaran itu membuatkan Alya dan Athena pusing kepala memandang gerangan seorang perempuan itu atas bawah.

"Heleh, banyak cantik muka kau nak jadikan dia menantu mak kau!" Marah Alya apabila seseorang mahu merampas crushnya. "Woi, korang apahal tiba gaduh pasal mamat Rusia ni, jumpa pun tak, ada hati nak jadikan dia menantu mak korang. Cuba jadi macam aku, tenang je hidup tak ada crush, tak ada cinta cinta ni, tak ada....." Belum sempat Aaliyah menyambung, kata-katanya sudah dipotong oleh Athena. "Eh dahlah, dua orang tu gaduh, sorang ni pulak banyak cakap. Menyemak tahu tak." Ujar Athena, marah.

"Engkau Aaliyah, cakap macam tu nanti sampai ke tua pun kau tak kahwin". Ujar Alya tanpa menghiraukan kata-kata Athena.

"Biarlah tak kahwin sekali pun, biar aku jadi single forever, baru aman." Balas Aaliyah semula. "Tapi kan, orang yang tak nak kahwin ni selalunya kahwin paling awal." Ujar Alya semula. Tidak terlupa senyuman mengusik itu. "Hah, tak percaya aku!" Balas Aaliyah apabila di usik. "Lantak kau la, Aaliyah." Alya bersuara.

*Selepas rehat

Aaliyah yang berasa badannya sangat letih dikeranakan tidak cukup tidur memutuskan untuk tidur. Kebetulan mereka baru lepas habis exam akhir tahun jadi guru pun tidak selalunya masuk ke kelas.

Aaliyah terbangun dan sedar dia sepertinya bukan di kelas lagi tetapi di....

"Hah Apa ni! Siapa kahwin ni!" Aaliyah jelas terkejut dikeranakan dia sedar-sedar sahaja dia sudah berada di majlis perkahwinan dan sekarang dia memakai gaun putih yang cantik tersarung di tubuhnya.

'A-aku...' "AKU DAH KAHWIN!!!" Tiba-tiba muncul sesosok tubuh lelaki yang kemas berpakaian baju melayu putih. Muka itu dia kenal. Izhar Al-Qaseem. Classmatenya yang jarang dia berbicara. Tidak. Bukan jarang tetapi tidak pernah tiba-tiba menjadi pasangan hidupnya. Aaliyah yang terkejut itu semakin terkejut.

Terbangun Aaliyah daripada mimpinya yang agak pelik itu. Dadanya turun naik mencari nafas. Mujurlah mimpi. Dia sedikit lega tapi kenapa mimpi kali ni agak pelik. Dia memang selalu mimpi yang pelik-pelik tetapi tidak sepelik mimpi ini. Kata-kata Alya pada pagi tadi terngiang-ngiang di telinganya. "Tapi kan, orang yang tak nak kahwin ni selalunya kahwin paling awal."

Aaliyah mengetuk-ngetuk kepalanya sehingga ada seseorang bersuara. "Woi, engkau apahal dok ketuk-ketuk kepala tu. Tahulah kepala kau tu keras. Pelik aku tengok kau ni sejak bangun tadi gelabah semacam." Ujar Athena yang risau melihat rakannya mengetuk kepala sendiri.

Aaliyah hanya membuat muka blur. Dia kembali berfikir. 'Dalam banyak-banyak orang, kenapa mamat tu?' Katanya di dalam hati. Sungguh dia terasa berdebar. Tidak tahu kenapa perasaan itu muncul.

Matanya terkalih ke sekumpulan lelaki masuk ke dalam kelas. Matanya bertemu dengan mata hitam yang tiada menunjukkan perasaan. Aaliyah terus menjatuhkan diri dari kerusi seraya menyorok ke bawah meja.

"Woi, kau apahal, buang tebiat ke tiba duduk bawah meja ni" Jerit Athena.

Aaliyah tidak mengendahkan suara Athena. Jantungnya bagai hendak terkeluar, debarannya itu semakin laju. Dia mengeluh kuat seraya memegang dadanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa begitu. Adakah mungkin dia tertangkap cinta dengan Izhar hanya disebabkan oleh mimpi tersebut?






Ni hanya PROLOG je tau 😌
Bila baca balik cringe la pulak kan tapi takpe la, publish jelakan
Btw, Athena ni orangnye garang au tapi penyayang gituu
Author busy mungkin akan jarang update so faham faham la ye

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now