BAB 39 : ANNIS

7 1 0
                                    

"Qaseem!!!!!" Laung Aaliyah kuat di tepi telinga Izhar. Izhar menggeliat.

"Hish! Apa ni jerit-jerit ni? Orang tak sukalah." Ujar Izhar lembut. Matanya masih tertutup. Kepala Aaliyah yang dekat dengannya itu ditolak lembut.

"Qaseem. Dah pukul 11:30 dah ni. Bangunlah!" Aaliyah masih lagi berusaha untuk mengejutkan suaminya itu. Digoncang-goncang lengan suaminya itu.

Tiba-tiba Izhar bertindak menarik Aaliyah memasuki dakapannya. Pelukan dikemaskan. Matanya masih terkatup rapat.

"Rasanya aku kena buat macam ni untuk bagi kau senyap." Ujar Izhar dengan suara serak basahnya. Aaliyah melepaskan keluhan kecil lalu dia menolak lengan Izhar yang memeluknya. Tubuhnya dibebaskan dari pelukan Izhar.

"Takde, takde. Bangun juga." Aaliyah menarik tangan Izhar untuk bangun namun lelaki itu boleh pula mengeraskan badannya.

"Taknak...malas..." Rungut Izhar.

Akhirnya bangun juga Izhar setelah penat Aaliyah menyuruhnya untuk bangun.

"Haih...susah jugak eh nak bangunkan Qaseem. Macam manalah ibu selalu kejut Qaseem tiap-tiap pagi." Ujar Aaliyah sambil mengemas katil. Izhar terdiam. Dia kembali teringat dimana ibunya selalu mengejutnya bangun pagi. Dia selalu tidur lambat jadi bangun pun lambatlah jawabnya dan disebabkan itulah dirinya selalu lambat datang ke sekolah.

Hanya Puan Zulaikha sahajalah yang boleh membuatkan dia bangun awal pagi kerana cara ibunya itu mengejutkannya sangat UNIK.

Setiap kali dia malas mahu bangun pagi, pasti Puan Zulaikha akan menyimbah dirinya dengan air yang dibawa menggunakan baldi kemudian telinganya bernanah penuh dengan bebelan ibunya.

Tiada siapa yang boleh mengalahkan ibunya. Permaisuri hatinya.

"Buat apa lagi tercegat kat situ? Pergilah mandi." Bebel Aaliyah apabila melihat Izhar sedang berdiam diri. Izhar yang mendengarkan itu sudah tersenyum penuh makna. Langkah kakinya dibawa menuju ke sang isteri yang masih lagi sedang sibuk mengemas katil.

"Haih. Selimut ni karang kalau aku bunuh, rasanya mati tak? Aku dah rapikan, dia pergi mengembang. Sakit hati." Bebel Aaliyah sendirian tanpa menyedari Izhar sudah pun berada di belakangnya. Izhar menahan tawa apabila mendengar bebelan Aaliyah. Boleh pula isterinya itu mahu membunuh benda yang tidak bernyawa.

Perlahan tangannya naik merangkul pinggang isterinya. Dek kerana terkejut, Aaliyah terus terlompat ke atas katil. Habis bersepah semula katilnya itu.

"Kau dah kenapa?" Soal Izhar pelik.

"Heh! Ka...Qaseem tu yang dah kenapa?! Main pegang-pegang pinggang orang pula. Tak ada pinggang sendiri ke?! Orang sensitif tau!" Marah Aaliyah. Dirinya turun dari katil lalu kembali merapikan katil.

"Hish! Habis sepah balik katil ni!" Rungut Aaliyah tidak puas hati.

"Pasal tu je pun nak marah." Aaliyah menjeling tajam ke arah suaminya.

"Liyah dah mandi?" Soal Izhar tiba-tiba.

"Belum. Kenapa? Pergilah mandi dulu. Karang kalau Liyah mandi dulu, Qaseem kena tunggu sampai jadi tengkorak. Liyah mandi lama tau." Ujar Aaliyah. Izhar tersenyum senget mendengarkan itu.

Tanpa amaran, Izhar menarik tubuh Aaliyah memasuki bilik mandi lalu pintu bilik mandi ditutup.

"Jom mandi sama-sama." Serentak dengan itu, Izhar membuka pancuran air sehingga membuatkan mereka berdua basah di bawah pancuran air tersebut.

"Nak pergi mana?" Soal Izhar.

"Nak pergi mall. Jomlah. Qaseem ikutlah. Liyah tak ada siapa-siapa nak teman." Rungut Aaliyah.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now