BAB 15 : MEMORI

13 1 0
                                    

Aaliyah terbangun dari tidurnya apabila alarm telefonnya berbunyi. Sedar tak sedar sudah masuk waktu Subuh. Boleh pula dia terlelap. Nasib sahaja sempat menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak pada malam semalam.

Dia lekas bangun untuk mengambil wuduk. Mahu menunaikan solat Subuh.









Setelah selesai solat, Aaliyah mengambil angin di balkoni hospital. Mahu menenangkan hatinya. Tiba-tiba ada suara yang menyapanya lalu dia berpaling menghadap suara garau itu.

"Aku tengok engkau ni sayang sangat kat murid kau." Ujar Izhar.

Aaliyah hanya diam.

"Kau yakin ke nak tinggalkan karrier kau sebagai guru?" Soal Izhar kepada Aaliyah.

Aaliyah masih diam. Tidak tahu mahu menjawab apa.

"Murid kau tu dah tunggu kau." Ujar Izhar kembali apabila sudah lama mereka berdiam diri.

"Huh?"

Izhar meninggalkan Aaliyah yang masih terkebil-kebil itu.

Aaliyah melangkah menuju bilik Shah.

Terbuntang matanya melihat Shah sedang seronok menikmati buah anggur. Perlahan-lahan pintu bilik dibuka.

"Eh! Aaliyah! Nak rasa sikit ke anggur ni. Sedap mat!" Ujar Shah selamba lalu mengambil telefonnya untuk mendail seseorang. Speaker ditekan.

"Helo, Mar." Sapa Shah di telefon.

"Ha ye. On the way ni." Jelas Omar.

Aaliyah yang mendengar itu langsung tidak memahami.

"Bila kamu bangun?" Soal Aaliyah. Terkejut beruk melihat muridnya itu santai memakan buah anggur.

"Lah. Kau tak tahu ke?" Soalan dibalas soalan.

"Sebab tak tahulah cikgu tanya."

"Malam tadi."

"What?!"

"Eh bukan malam. Pukul 1 pagi macam tu."

Ternganga Aaliyah mendengar itu.

"Asal cikgu baru tahu sekarang?" Tanya Aaliyah

"Entah." Jawab Shah selamba seraya memasukkan buah anggur ke dalam mulutnya.

"Rasanya engkau orang last tahu." Ujar Shah.

"Huh?"

"Semua orang dah tahu we. Bapak aku, adik aku, Cikgu Khai, Izhar. Satu sekolah tahu. Kau je sesat baru tahu sekarang."

Terkelip-kelip mata Aaliyah memandang Shah.

"Amboi kau. Punya aku penat jaga kau sepanjang malam." Marah Aaliyah. Tiada lagi berkamu-kamu. Hanya 'beraku kau'

"Kau tak jaga. Kau tidur je." Jawab Shah selamba.

Tiba-tiba pintu bilik Shah dikuak dari luar. Terpancul muka Omar, Harith, Ilham dan Keith. Aaliyah tidak mengendahkan mereka lalu mendekati Shah dengan perasaan geram.

Lantas Omar menahan tubuh Aaliyah daripada berbuat apa-apa.

"Hoi! Dia tu sakit." Ujar Omar seraya menahan lengan Aaliyah.

"Lagi sakit hati aku tau. Eiiiiiii." Balas Aaliyah geram.


Aaliyah pergi ke balai polis untuk bertemu dengan Khairul.

"Ada apa nak jumpa aku?" Tanya Khairul kasar.

"Asal kau serang murid aku?" Soal Aaliyah tegas.

Pecah tawa sinis Khairul.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now