Aaliyah memandang Izhar yang sedang gelak ketawa bersama rakannya. Tidak sampai satu saat lagi Aaliyah telah jatuhkan pandangannya dari Izhar. Dia tidak mahu terkantoi memandang pujaan hatinya. Lagi pun ada batasnya juga.
Ya, Aaliyah memang menyimpan rasa cinta terhadap Izhar tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu tentang perasaannya kepada sesiapa. Bahkan, sahabat baiknya pun tidak mengetahui apa-apa. Hanya dia dan Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui apa yang dirasakannya saat ini.
Walaupun begitu, Aaliyah tetap act cool di hadapan orang-orang.
Sejujurnya, hatinya terasa sedikit sakit apabila melihat kemesraan Izhar kepada Annis tetapi dia tidak pernah melihat muka Annis, dia hanya pernah melihat sosok Annis dari belakang sahaja. Ya, Annis, teman wanita Izhar.
Tetapi akhir-akhir ini dia melihat seperti Izhar tidak lagi rapat dengan Annis, Adakah mereka putus? Tanya Aaliyah di dalam hatinya.
Pak!
Terhenti lamunan Aaliyah saat merasa dahinya ditepuk.
"Amboi, bukan main jauh ye kau termenung." kata dengan nada yang garang Athena.
"Lantaklah aku nak termenung sejauh mana pun." balas Aaliyah pula.
"Kat belakang tu kenapa ada masalah ke?" Tanya Cikgu Lina dengan nada yang lembut.
Aaliyah hanya tersenyum kekok sahaja ke arah Cikgu Lina.
"Bangun, Aaliyah selesaikan masalah kat depan ni." Kata Cikgu Lina.
Aaliyah cuak. Dia tidak bergerak langsung, hanya memandang sahaja muka Cikgu Lina yang tiada riak itu.
Aaliyah dapat merasakan seakan dirinya diperhati oleh seseorang. Izhar. Izhar memandangnya dengan jelingan maut ekor mata itu.
Walaupun dia memandang Cikgu Lina tapi dia masih boleh rasa Izhar menjelingnya seakan tidak puas hati.
'Dia benci aku ke?' Tanya Aaliyah di dalam hati. 'Tapi kenapa dia benci aku?' Sambungnya di dalam hati.
Lamunan Aaliyah terhenti saat semua murid bangun dari duduk.
"Terima kasih, cikgu" Jerit satu kelas.
Dirinya tidak sedar waktu matematik sudah pun tamat. Terlepas dia kali ini dari Cikgu Lina.
Soalan itu bermain di fikirannya. 'Dia benci aku ke?'
Hari berikutnya
Waktu PJ, laju sahaja kelasnya itu turun untuk bersukan. Dia juga mahu bermain Badminton bersama Athena.
Sampai sahaja dia mengambil peralatan badminton, Dia ternampak Izhar memegang raket. 'Aik, hari ini dia tak main bola ke.' Soalnya dalam hati.
Namun, dia pura-pura tidak mengendahkan.Terlihat juga pelajar lelaki yang lain mengambil raket, bermain badminton. Dia bertambah pelik. 'Buang tebiat ka? Tiba main badminton ni selalunya main bola je' kata Aaliyah dalam hati. Ada dua tiga pelajar lelaki sahaja yang bermain bola takraw.
Saat seronoknya bermain badminton, tiba-tiba, dia mempunyai firasat buruk. Dia memandang ke arah Farhan yang menendang kuat bola sepak itu ke arah Izhar. 'Aik, tadi bukan main bola takraw ke asal lak..' Saat melihat bola sepak itu semakin dekat ke arah Izhar, tanpa berfikir panjang Aaliyah menahan bola itu daripada terkena Izhar. Agak kuat jugalah tendangan Farhan tu.
"Oops, sorry, hehe." Farhan tersenyum seperti kerang busuk.
"We Aaliyah, kau ok ak, ada cedera kat mana-mana ak?" Tanya Athena gelabah.
Aaliyah hanya tersenyum sebelum berkata "Tak adalah, aku kan kua..." Sebuah bola sepak melayang ke hidung Aaliyah menyebabkan gadis itu hilang keseimbangan dan terjatuh. Darah mula keluar mengalir dari lubang hidungnya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...