BAB 35 : PERCUTIAN

9 1 0
                                    

Mereka kini berada di sebuah tasik yang berada berdekatan dengan tempat penginapan mereka. Mereka akan berjalan-jalan menaiki bot di tepi tasik.

"Aaliyah! Jom naik bot berdua!" Tanpa menunggu balasan Aaliyah, terus Sarah menarik lengan Aaliyah pergi ke penjaga bot.

"Pakcik, kami naik berdua." Ujar Sarah mesra.

"Okey, baiklah. Silakan naik. Nikmatilah." Ujar penjaga bot tersebut.
Sarah terus menarik lengan Aaliyah menaiki bot.

"Aku kayuh lah." Pelawa Aaliyah. Makin melebar senyuman Sarah mendengarkan itu.

Aaliyah mula mengkayuh manakala Sarah sibuk menangkap gambar di sekelilingnya.

"Aaliyah! Smile!" Tidak tertinggal juga gambar Aaliyah ditangkap.

Aaliyah juga melihat sekeliling tasik. Memang menenangkan. Dia suka akan tempat yang menenangkan.

Sedangnya sibuk mengamati keindahan tasik, Aaliyah perasan beg yang dipegang oleh Sarah hampir sahaja mahu terjatuh ke dalam tasik. Laju sahaja tangannya menghalang beg itu daripada terjatuh.

"Sarah, beg kau!" Entah dimana silapnya, ketika sedang menghalang beg Sarah daripada terjatuh ke dalam tasik, tangan Aaliyah tersadung dan menyebabkan dia pula yang terjatuh ke dalam tasik.

"Aaliyah!" Laung Sarah.

Terkapai-kapai Aaliyah. Tasik itu boleh tahan dalam. Sudahlah Aaliyah tidak reti untuk berenang.

Izhar yang dari tadi hanya melihat isterinya dari kejauhan, terus berlari laju mendekati tasik apabila melihat sang isteri jatuh ke dalam tasik.

Tanpa memikir, dirinya terus melompat masuk ke dalam tasik lalu berenang menuju ke arah Aaliyah yang masih terkapai-kapai.

Tangannya menarik Aaliyah keluar dari tasik. Tubuh Aaliyah dicempung menuju ke tempat duduk yang berdekatan. Aaliyah diletakkan kembali. Menyuruh gadis itu untuk melabuhkan punggung di tempat duduk tersebut. Izhar mencangkung di hadapan Aaliyah.

Jaket yang tersauk pada tubuhnya, ditanggalkan sebelum disauk ke tubuh Aaliyah pula. Jarang sekali dirinya ingin memakai jaket. Entah apa yang merasuki dirinya untuk memakai jaket hari ini.

"Kau okay?" Soal Izhar risau. Aaliyah hanya mengangguk sambil bergetar-getar.

"Kita balik homestay dulu eh?" Tanpa menunggu lama, tangan Aaliyah dicapai dan digenggam erat. Sebelah tangannya lagi membetulkan sedikit jaket di tubuh isterinya supaya tidak kelihatan tubuh isterinya yang basah itu tanpa menyedari dirinya juga basah.

Ketika sampai di homestay terus mereka berdua mandi, membersihkan diri.

"Terima kasih, Izhar." Ucap Aaliyah kepada Izhar setelah selesai membersihkan dirinya. Izhar hanya sekadar mengangguk. Terasa janggal pula. Hari juga kian bertukar malam.

Keesokan harinya pula mereka pergi ke pantai pada senja hari kerana bagi mereka, pantai kelihatan lebih cantik pada waktu itu. Sedang mereka semua sibuknya mengamati suasana di pantai, tiba-tiba Farhan mula bersuara.

"Guys! Apa kata kita tinggalkan pasangan sejoli ni berdua?" Mereka semua berkalih memandang Izhar dan Aaliyah.

Perlahan mereka semua menapak pergi dari situ meninggalkan Aaliyah dan Izhar berdua di pantai. Terjengket-jengket kaki mereka pergi dari situ.

"Eh! Mana yang lain?" Soal Aaliyah apabila menyedari mereka yang lain sudah tiada di situ. Izhar berpaling, mencari kelibat rakannya.

"Diorang dah balik kot." Balas Izhar tenang. Aaliyah memandang Izhar.

"Eh! Jarang kau nak keluar pakai kemeja. Kemeja bercorak pulak tu." Ujar Aaliyah.

"Suka hati akulah nak pakai apa pun." Balas Izhar. Mereka berdua kembali menatap laut yang tersergah indah.

Tudung Aaliyah bergerak-gerak dek kerana ditiup angin sepoi-sepoi indah. Nasib angin itu tidak terlalu kuat. Kalau tidak, boleh mahu tercabut tudung Aaliyah dek kerana angin yang kuat meniup.

"Dahlah. Jom kita balik. Nanti masuk Maghrib." Aaliyah mengangguk. Izhar tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada Aaliyah tanpa memandang ke arah Aaliyah. Terkebil-kebil Aaliyah memandang tangan Izhar.

"Ada yang memerhati." Ujar Izhar.

Perlahan tangan Aaliyah menyambut huluran Izhar. Izhar mengeratkan lagi pegangan pada tangan Aaliyah sebelum mereka berdua berjalan pergi. Aaliyah menahan dirinya daripada tersenyum.

Benar kata Izhar. Ada yang sedang memerhatikan mereka berdua. Siap menangkap gambar lagi.

"Dapat ke?" Tanya Farhan kepada Sarah.

"Alhamdulillah. Dapat bos!" Balas Sarah ceria. Mereka berdua bersembunyi di sebalik pokok kelapa yang berdekatan untuk menangkap gambar Izhar dan Aaliyah.

Setelah beberapa hari bercuti, akhirnya mereka semua pulang.


Izhar dan Aaliyah baru sahaja pulang ke rumah. Mereka baru balik dari bertemu dengan Iskandar. Katanya ada hal penting yang harus dibincangkan.

Aaliyah mula risau tatkala melihat wajah Izhar yang jelas kelihatan cukup bengis.

Iskandar hanya mahu menemui Izhar di sebuah kafe. Aaliyah mengikut hanya kerana untuk menemani suaminya sahaja.

Tiba-tiba Iskandar menyuruhnya untuk menempatkan diri jauh dari tempat yang diduduki oleh Iskandar dan Izhar. Katanya kerana hal ini tidak boleh didengari oleh Aaliyah. Walaupun perasaan curiga menyelubungi diri, namun Aaliyah tetap akur. Dia hanya perhati sahaja dari jauh perbualan Iskandar dan Izhar. Wajah mereka berdua jelas menunjukkan riak serius.

"Aku dapat tahu yang Ridza sekarang tengah rancang sesuatu. Kau better hati-hati. Dia mungkin akan sakiti isteri engkau. Bila-bila masa je dia boleh datang serang. Ingat, Izhar. Ridza not the person we always thought he used to be. He's dangerous." Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Iskandar di telinga. Nada lelaki itu cukup keras memberi amaran. Stereng kereta makin digenggam kuat. Kelajuan kereta juga semakin meningkat.

Pintu rumah dihempas kuat. Terkejut Aaliyah dibuatnya dek kerana tindakan Izhar.

Izhar melangkah menuju ke sofa lalu melabuhkan kasar punggungnya di atas sofa. Lidahnya menolak dinding pipi dari dalam. Aaliyah pula sudah menggaru kepalanya yang bertutup tudung itu. Apahal pulak dengan mamat ni? Bengang aje nampak.

Benar. Jelas kelihatan riak wajah lelaki itu bengang sejak Iskandar dan Izhar sedang membicarakan tentang sesuatu hal. Aaliyah tidak mahu bertanya banyak kerana takut akan menaikkan lagi sahaja amarah lelaki di hadapannya itu.

'Ya, Allah. Nasi kandar, kau bincang apa dengan laki aku?' Omel Aaliyah dalam hati.

"Woi! Kau pahal?! Beremosi je dari tadi! Period ke?!" Naik seoktaf suara Aaliyah menyoal setelah lama mendiamkan diri. Tidak betah lagi melihat wajah Izhar yang jelas kelihatan marah sejak berjumpa dengan Iskandar tadi. Izhar pula sudah memandang tajam isterinya itu.

Dasar bini! Boleh pulak dia kata aku period!

Izhar melepaskan keluhan panjang lalu menatap wajah Aaliyah. Tatapan itu.....

.....dalam.

"Tak ada apa-apalah." Nafi Izhar. Aaliyah menggelengkan kepalanya melihat Izhar.

Aaliyah memandang ke arah luar tingkap. Tiba-tiba muncul satu idea di benak fikirannya.

"Kalau tak ada apa-apa, jom teman aku."

"Teman kau? Pergi mana?" Berkerut dahi Izhar mendengar permintaan isterinya itu.

"Pergi main hujan."













..................................................................

Boleh pulak si Aaliyah ajak suami dia main hujan.....









UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now