BAB 5 : OMAR DAN SHAH

20 1 0
                                    

Aaliyah memasuki kelas dan seperti biasa, kelas sangat huru-hara dan bising. Tetapi fokus Aaliyah hanya terpandangkan pada satu tempat sahaja iaitu tempat duduk Omar.

Sebelum ini dia pernah bertemu lagi dengan Omar untuk menyuruhnya hadir ke sekolah namun tetap sahaja Omar membantah.

Lama juga dia memandang tempat duduk Omar mengharapkan dengan ajaibnya manusia itu muncul.

Shah yang seakan menyedarinya apa yang difikirkan oleh Aaliyah langsung bersuara.

"Dia tak akan datang."

"Huh?" Terhenti lamunan Aaliyah apabila ada yang bersuara.

"Jelas dah kan? Dia tak akan datang. Dia pengecut." Sambung Shah lagi.

"Huh? Kenapa kamu kata dia pengecut?" Tanya Aaliyah.

"Adalah sebabnya." Balas Shah sambil ralit bermain kad.

"Sebabnya apa? Cuba bagitahu cikgu?" Tanya Aaliyah lagi.

"Jangan harap." Balas Shah. Dingin.

Aaliyah hanya melepaskan keluhan kecil sahaja seraya membuat roll eyes.





Omar menutup kelab kemudian dia berjalan ke arah rakan-rakannya yang terlihat jauh beza umur mereka. Mereka ralit bermain kad.

Omar melepaskan nafas kasar dan berjalan ke arah mereka.

"Omar! Tak balik lagi ke? Jom join sekali main kad ni." Ajak seorang lelaki.

"Eh tak apalah. Saya cuma nak beritahu yang...saya nak berhenti kerja kat sini." Ucap Omar.

Mereka yang tadinya seronok bermain kad terus berhenti. Terlihat riak wajah mereka yang seakan marah kepada Omar.

"Kau dah kerja kat sini jangan harap kitaorang lepaskan kau." Ujar lelaki tersebut.

Omar yang mendengarkan itu sudah menelan kesat air liurnya kerana dia tahu mereka tidak akan sesenangnya melepaskan dirinya.

Langkah Aaliyah yang sedang menuju ke kelab untuk bertemu dengan Omar terhenti apabila terdengar suara yang bising di belakang kelab.

Lantas dia menuju ke belakang kelab dan alangkah terkejutnya dia melihat Omar AKA anak muridnya dipukul oleh beberapa orang lelaki.

Aaliyah mahu menolong Omar tetapi dia tidak tahu bagaimana. Sakit matanya melihat anak muridnya dipukul teruk begitu.

Aaliyah menarik nafas dan melepaskannya cuba untuk mengumpul keberanian diri.

Dia memberanikan diri melangkah mendekati mereka.

Aaliyah mengambil kayu besi dan mencampakkan kayu itu ke arah mereka sambil menyembunyikan dirinya.

"Uihh terkejut aku! Siapa tu?!" Jerit salah seorang lelaki.

Salah seorang daripada mereka sudah membuat signal menyuruh mereka memeriksa siapa yang berani mengganggu mereka.

Lelaki itu mendekati tempat yang gelap di mana tempat Aaliyah bersembunyi.

Aaliyah memgambil kayu besi satu lagi dan langsung memukul kepala lelaki tersebut membuatkan lelaki itu pengsan.

Ting!

Mereka yang mendengar bunyi itu langsung mendekati tempat gelap tersebut dan satu-satu daripada mereka pengsan akibat ulah Aaliyah.

Akhirnya tinggal seorang lagi lelaki yang sedang menjaga Omar.

Aaliyah memunculkan diri bersama kayu besi bersedia untuk memukul lelaki tersebut menggunakan kayu besi.

Namun terhenti perbuatan Aaliyah apabila melihat lelaki itu mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arahnya.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now