BAB 28 : KELUARGA

7 1 0
                                    

Izhar mendekati pancuran air. Tanpa sedar Aaliyah telah mengikutinya sepanjang perjalanan. Aaliyah mengikutinya kerana tidak sanggup lagi tidak diendahkan oleh lelaki itu jadi dia memutuskan untuk bertemu lelaki itu.

Perlahan-lahan Aaliyah mendekati Izhar dari belakang. Sedang tenangnya menghirup udara segar, dia disergah oleh Aaliyah.

"Izhar!" Izhar terkejut sehingga membuatkan dirinya terjatuh dan terjebak dalam pancuran air. Aaliyah juga ikut turut terjatuh. Hampir sahaja Aaliyah menghempap tubuh Izhar namun ditahan oleh tangannya. Dengan jarak mereka yang sudah dekat, mereka saling bertatapan tanpa menyedari mereka sudah basah lencun di bawah pancuran air. Lamunan mereka terhenti apabila menyedari apa yang telah berlaku. Laju sahaja Aaliyah bangun sebelum Izhar juga turut bangun.







"Nah." Izhar menyuakan tuala kepada Aaliyah. Perlahan-lahan tangannya mencapai tuala dari Izhar lalu menutup pakaiannya yang sudah basah itu. Bergigil-gigil Aaliyah dibuatnya. Air pancuran itu boleh tahan sejuk.

"Kenapa kau bawa tuala?" Tanya Aaliyah.

"Entahlah. Aku rasa macam aku akan jatuh kat pancuran tu jadi aku bawalah. Tak sangka pula memang betul-betul jatuh bila kau muncul." Jelas Izhar terselit perli sambil tangannya mengeringkan rambutnya menggunakan tuala yang dibawa. Aaliyah tersengih. Rasa serba salah pula. Niat lain tetapi lain pula yang berlaku.

"Kau? Buat apa kat sini?" Soal Izhar.

"Jumpa kau." Izhar menjongketkan sebelah keningnya.

"Nak buat apa?" Aaliyah menarik kemudian menghembuskan kembali nafasnya.

"Kenapa kau palau aku?" Izhar terdiam mendengarkan pertanyaan itu. Aaliyah melepaskan keluhan berat.

"Aku.....

"Aku?" Aaliyah menanti apa yang akan dikatakan oleh Izhar. Izhar melepaskan keluhan kecil.

"Kenapa kau tak ada semasa perlawanan aku berlangsung?"

"Hah? Pasal tu je ke?"

"Tak. Bukan pasal tu je."

"Banyak lagi tapi aku tak nak cakap. Buang masa." Sambung Izhar.

"Masa tu aku tak ada tu sebab....

"Sebab?" Giliran Izhar pula yang menanti apa yang bakal dikatakan oleh Aaliyah.

"Sebab? Sebab...aku pergi jumpa nenek aku! Ye! Nenek aku!" Terkebil-kebil Izhar memandang Aaliyah. Minah ni asal?

"Nenek kau? Time perlawanan?" Aaliyah mengangguk.

"Oh. Ingatkan jumpa Kenjiro." Terus Aaliyah berpaling memandang Izhar.

"Asal tiba masuk Kenjiro pula ni?" Tanya Aaliyah. Izhar hanya mengangkat bahunya.

Bukan Izhar tidak nampak yang Kenjiro menarik Aaliyah pergi ke tempat lain pada hari perlawanan tersebut.

"Kenji suka kau, Kenjiro pun suka kau. Dua beradik tu kau rembat eh." Ujar Izhar.

"Eh! Mana ada! Diorang tu yang sibuk!" Nafi Aaliyah. Izhar menyembunyikan senyumannya melihat reaksi Aaliyah. Comel!

"Oh, ye. Kau dengan Kenji apa kes?" Soal Aaliyah. Izhar menjongketkan kening sebelahnya mendengarkan soalan itu.

"Apa kes? Banyak kes." Balas Izhar malas. Aaliyah terdiam mendengar balasan Izhar. Dia tahu jika disebut nama lelaki itu, mood Izhar terus tak baik.

"Dia suka rampas sesuatu, faham?" Jelas Izhar setelah lama mereka berdiam diri.

"Rampas sesuatu? Rampas apa?" Tanya Aaliyah lagi.

"Dia rampas jawatan aku sebagai ketua team." Jelas Izhar.

"Lah! Kan kau dah dapat balik jawatan tu."

"Ye tapi ada benda yang dia cuba nak rampas lagi."

"Apa benda tu?" Tanya Aaliyah curiga. Izhar terdiam seketika.

"Dia cuba nak rampas kaulah dari aku!" Gumam Izhar perlahan.

"Hah? Apa? Rampas apa?" Tanya Aaliyah apabila kata-kata Izhar tidak jelas di pendengarannya.

"Tak ada apa-apalah. Dah! Jom balik!" Terkebil-kebil Aaliyah memandang Izhar.

"Lah. Tibe marah." Omel Aaliyah lalu mengikut langkah Izhar yang sudah menjauh.






Aaliyah berniat mahu menjenguk keluarganya setelah sekian lama tidak berjumpa namun apabila tiba di rumah ibu bapanya, dia mendengar teriakan orang yang sedang marah. Tidak lain dan tidak bukan Encik Hussein.

Terus dia meluru laju ke suatu bilik sumber teriakan itu berada.

Alangkah terkejutnya dia melihat abangnya sudah babak belur dikerjakan ayahnya. Seorang lagi abangnya dan adik perempuannya langsung tidak mahu menolong. Mereka melakukan hal masing-masing.

Saat satu lagi penumbuk yang bakal dilepaskan Encik Hussein ke muka abangnya, Asyraf, lantas Aaliyah menghalangnya.

"Ya Allah! Baba! Jangan!" Halang Aaliyah.

"Kau! Baru nak datang jenguk?! Baru ingat kau ada mak bapak?!" Marah Encik Hussein.

"Kau orang dua pergi berambus! Aku dah tak nak tengok muka korang! Karang berkecai muka dua orang ni!" Tempik Encik Hussein lalu berjalan pergi dari situ. Aaliyah memandang tajam ke arah adik-beradiknya yang lain.

"Asal korang tak tolong dia? Asal tengok je?" Soal Aaliyah. Geram.

"Kak. Adik ada banyak kerja nak buat tau." Balas adik perempuannya, Aalyah Qareesya selamba. Manakala seorang lagi abangnya, Adli hanya memberikan tatapan beku sebelum berjalan pergi. Aaliyah mendengus kasar. Geram dengan tindakan adik beradiknya. Dia memapah Asyraf untuk keluar dari rumah ini.



"Apa jadi, Syraf?" Soal Aaliyah sambil menghulurkan tuala kecil kepada abangnya. Matanya masih fokus kepada pemanduan.

"Macam biasalah. Kena tuduh. Adik curi duit mama, aku yang kena tuduh. Katanya aku ni anak tak guna." Balas Asyraf tenang. Seolah-olah sudah biasa dengan situasi begitu. Aaliyah memegang kuat stereng keretanya. Geram.

"Bodoh! Adik tak guna! Siallah!" Aaliyah bersumpah manakala abangnya hanya menayangkan riak biasa.



Sampai sahaja di rumah, Aaliyah membantu abangnya merawat luka-luka abangnya.

"Siallah! Teruk sial kau kena!" Tempik Aaliyah sambil menekan kuat ais ke muka Asyraf dek kerana geram. Asyraf mendesis kesakitan

"Sakitlah bodoh! Tahulah bengap. Tak payahlah nak tunjuk kat depan aku." Marah Asyraf.

Inilah yang selalu berlaku di dalam keluarga Aaliyah. Asyraf pasti akan menjadi sasaran sekiranya terjadi sesuatu. Aaliyah sentiasa berada di sisi Asyraf apabila bapanya itu bertindak memukul abangnya. Ibunya pula hanya diam memerhati manakala adik perempuan dan abang sulungnya hanya melakukan hal masing-masing seolah-olah tiada apa yang berlaku. Adik perempuannya pula sentiasa dimanjakan oleh ibu bapanya. Apa yang dikatakan oleh Qareesya, akan mereka turuti. Apa yang dikatakan oleh Qareesya, akan juga mereka percayai. Setiap kata-kata benar yang keluar dari mulut Aaliyah dan Asyraf langsung tidak dipercayai. Abang sulungnya pula menjadi kebanggaan ibu bapanya. Adli terlalu sempurna. Semua boleh dilakukan olehnya. Aaliyah juga menjadi kebanggan ibu bapanya tetapi layanan mereka terhadapnya berbeza. Dia kerap sekali dipaksa melakukan sesuatu yang tidak dia ingini. Semua keputusan ditentukan oleh ibu bapanya terhadap dirinya. Mereka langsung tidak mahu mendengar alasan Aaliyah. Aaliyah mengikut segala kehendak ibu bapanya namun ada beberapa kali dia menentang dan mempunyai pergaduhan besar antara dia dan ibu bapanya. Kadangkala Adli cemburu akan Aaliyah kerana Aaliyah lebih bagus berbanding dirinya menyebabkan Adli sentiasa membuli Aaliyah ketika di rumah. Asyraf pula menentang sepenuhnya keputusan yang dilakukan ibu bapanya terhadap dirinya sendiri. Kerana itulah Asyraf selalu salah di mata mereka. Namun Aaliyah dan Asyraf sentiasa ada di sisi mereka masing-masing sekiranya berlaku apa-apa. Itulah yang menyebabkan mereka kuat menghadapi apa-apa tantangan dan kerana itulah hubungan mereka dari sejak kecil memang rapat.














..................................................................


UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now