Izhar bersama pasukannya giat berlatih di stadium memandangkan hari perlawanan besar semakin dekat. Aaliyah pula relaks membaca novel di tempat duduk yang telah disediakan. Sarah datang bersama air kotak.
"Nah!" Tawar Sarah ceria. Aaliyah mengambil pemberian air kotak Sarah. Straw ditebuk lalu diminum.
"Aaliyah!"
Sedang seronoknya melayan perasaan membaca novel, seseorang menjerit namanya. Terkejut beruk Aaliyah dibuatnya.
'Hish! Apa mamat ni?' Omelnya dalam hati. Buku novel ditutup sebelum matanya memandang Izhar yang berlari ke arahnya.
"Apa?" Soal Aaliyah.
"Ambil air aku." Suruh Izhar. Aaliyah menurut. Dia langsung ke beg milik Izhar lalu kembali kepada lelaki itu. Mahu menyerahkan air mineral.
Belum sempat Izhar ingin mencapai air mineral tersebut, seseorang sudah merampasnya dari tangan Aaliyah. Aaliyah terus berpaling memandang gerangan yang merampas air mineral Izhar dengan pandangan tidak puas hati. Seketika Aaliyah terkedu melihat ketampanan gerangan lelaki yang merampas air tersebut. Langsung dia menggelengkan kepalanya. Menyedarkan dirinya dari lamunan.
"Thanks." Ucap lelaki itu dan dengan selambanya dia meneguk habis botol air mineral milik Izhar.
"Ah. Lega rasa tekak dapat minum lagi-lagi bila dapat botol ni daripada bidadari depan aku ni. Oops! Alamak. Terlepas cakaplah pulak." Ujar lelaki itu lalu menekup mulutnya seakan-akan terlepas cakap. Aaliyah terus memandang jijik ke arah lelaki itu namun lelaki itu masih tayang senyuman manisnya kepada Aaliyah.
"Goodbye, gorgeous." Ucap lelaki itu. Sempat juga dia mengenyitkan matanya kepada Aaliyah. Aaliyah pula sudah berpura-pura termuntah. Geli dengan perbuatan lelaki itu.
Setelah lelaki itu beredar, Aaliyah mengerling sekilas ke arah Izhar. Terkejut Aaliyah melihat wajah tegang Izhar memandang kepergian lelaki tadi. Seram pula melihat riak wajah Izhar begitu.
"Kenji." Ujar Izhar perlahan. Aaliyah yang mendengar itu langsung mengerutkan dahinya.
"A-a-apa? Apa tadi? Ke-Ke-Kenji?"
Izhar tidak mengendahkannya sebaliknya terus melangkah pergi meninggalkan Aaliyah yang masih terpinga-pinga. Mahu pergi membeli air mineral di sebuah mesin air.
Aaliyah kembali mengingati wajah kacak lelaki tadi. Tidak dinafikan lelaki itu memang kacak tetapi di dalam fikiran Aaliyah, lelaki itu buaya. Tengok dari segi dia melayan Aaliyah tadi pun sudah boleh tahu.
Baru sahaja Aaliyah mahu melangkah pergi, seseorang sudah memanggilnya.
"Oi!"
Aaliyah terus berpaling menghadap lelaki yang menjerit itu. Berkerut dahinya memandang lelaki tersebut.
"Mamat jepun mana pulak ni?" Bisiknya perlahan.
Lelaki-lelaki itu datang merapati Aaliyah.
"Izhar wa dokodesu ka? (Mana Izhar?)" Soal salah seorang lelaki dengan kasarnya.
Aaliyah berkerut seribu mendengar pertanyaan lelaki itu.
'Tanya apa? Tak faham lah' Omelnya dalam hati.
"Ure wa tazuneta! Izhar wa dokodesu ka?! (Aku tanya! Mana Izhar?!)" Soal lelaki itu lagi dengan perasaan marah seraya menarik kasar kolar baju Aaliyah.
Aaliyah pula terkejut lelaki itu menarik kolar bajunya sehingga hampir terangkat tubuhnya.
"Eh! Jap! Encik! Encik! Jangan macam ni, encik! Kita boleh buat bincang! Tolong jangan tarik baju kolar saya ke atas, encik! Kaki saya ni dah hampir tak pijak tanah!" Rayu Aaliyah.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...