"Nanti bila kita dah keluar dari sekolah ni mesti semua cari kerja, ikut haluan masing-masing kan."
Mereka semua terdiam mendengar kata-kata itu.
"Lepas tu, tak ada masa nak lepak macam sekarang ni. Semua pentingkan kerja."
"Apa kata sebelum graduate, kita pergi bercuti."
"Bercuti! Yess!"
"Kat mana? Kat mana?"
"Cameron Highlands?"
"Cameron Highlands! Yes!"
"Aku rembat semua buah!"
"Okey! Kita akan pergi bercuti di Cameron Highlands!"
"Yahhhh!!"
"Kita cipta memori dan kenangan bersama!"
"Yahhhh!!"
"Diorang betul-betul ke nak pergi." Gumam Omar perlahan apabila semua murid sibuk bersorak.
"Tapi siapa nak bawa?" Tanya Omar. Langsung mati sorakan tadi.
"Kita kumpul duit naik bas!"
"Yahhhh!!"
Omar mengeluh kecil melihat tingkah rakan sekelasnya itu.
"Eh tapi tak apa ke kalau kita tak ajak Aaliyah sekali."
Seketika kelas terdiam.
"Takyahlah ajak dia."
"Kan?"
"Takyahlah."
"Nanti berdarah telinga dengar dia bebel."
"Haihh. Aku dapat rasakan Aaliyah akan tahu pasal benda ni." Keluh Omar sendirian. Dia yakin Aaliyah pasti akan tahu tentang perancangan rakan kelasnya ini.
Shah, Omar, Harith, Ilham dan Keith balik bersama dari sekolah.
Ketika sedang rancaknya berborak, mereka terserempak dengan sekumpulan geng.
"Eh, tu Khairul kan." Ujar Ilham.
"Sejak bila korang jadi anjing cikgu ni, huh?" Tanya Khairul.
Malah mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Tatapan tajam diberikan kepada Khairul bersama anak buahnya.
Pecah tawa Khairul melihat juniornya memberikan tatapan begitu terhadapnya.
"Kenapa engkau repot? Sekarang aku dah jadi burunan polis kau tau tak, bangang." Ujar Khairul semula.
"Baguslah. Bagi terperap dalam penjara." Bidas Omar.
"At least sebelum terperap dalam penjara, aku nak buat sesuatu dulu."
"Kau nak buat apa?!" Tanya Harith geram.
"Kita boleh culik cikgu diorang tu. Apa nama dia eh? A-a-Aaliyah kan?" Ujar Khairul dengan kuat sambil menghadap anak buahnya.
Mereka berlima yang mendengar itu langsung terbuntang mata mereka.
"Jangan sentuh cikgu kitaoranglah!" Jerit Shah.
"Awww. Sayang betul eh kat cikgu korang." Ujar Khairul sinis.
"Jangan libatkan dia. Jangan sentuh dia. Kitaorang je yang terlibat." Tegas nada Shah bersuara.
"Okey." Ujar Khairul bersama senyuman sinisnya kemudian melangkah mendekati mereka diikuti oleh anak buahnya.
Ay, yay, yay, I'm your little butterfly~
Ay, yay, yay, I'm your lit-
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...