Berita mula tersebar luas tentang perhubungan diantara Aaliyah dan Tengku Don. Ada yang berasa sesuai jika mereka adalah pasangan dan ada juga yang disebaliknya namun kenyataannya...
...benarkah mereka mempunyai hubungan yang istimewa?
"Aaliyah, cari siapa yang mula sebar berita palsu ni." Arah Tengku Don tegas. Aaliyah hanya menjatuhkan kepalanya lalu melangkah keluar dari pejabat bosnya.
Tengku Don menyandarkan kepalanya ke kerusi. Dipicit perlahan pelipisnya.
"Makin lama, makin beku pula aku tengok dia ni." Bisik Brianna yang melihat Aaliyah sedari tadi hanya menatap laptopnya.
"Beku?" Semua berkalih memandang Diana yang sedang mengerutkan dahi.
"Haih...budak innocent ni." Gumam Brianna perlahan.
"Aaliyah, kau okey tak?" Soal Athena. Aaliyah sudah memandang pelik ke arah sahabatnya itu.
"Okey je. Kenapa tanya?" Soal Aaliyah sambil menjongketkan sedikit keningnya.
"Kau macam bukan Aaliyah yang aku kenal dulu." Ungkap Athena membuatkan Aaliyah terdiam.
"Dulu kau orang paling ceria tapi sejak cerai kau makin pendiam." Sambung Athena.
"Maaf kalau korang nampak macam diri aku dah berubah." Ujar Aaliyah setelah lama mereka mendiamkan diri.
"Tapi aku tetap akan cuba untuk jadi macam Aaliyah yang dulu!" Ujar Aaliyah sambil tersenyum ceria. Mereka semua tersenyum lega apabila melihat Aaliyah kenbali tersenyum. Sudah lama mereka tidak melihat senyuman cantik si Aaliyah itu. Biasanya, dialah yang selalu tersenyum.
Namun senyuman itu dibuat-buat agar dapat menutup hati sahabat-sahabatnya yang gusar. Aaliyah fikir dia dapat menutup segala rasa kesedihan dan keperitannya namun sahabatnya pula menyedarinya.
"Aaliyah." Panggil Asnira. Aaliyah berpaling memandang sahabarnya itu. Fokusnya kini diberikan sepenuhnya kepada Asnira.
"Betul ke pasal berita tu?" Aaliyah mengerutkan dahi. Berita apa pula?
Oh! Beritu tu! Aaliyah memetik jarinya.
"Sebenarnya tak betul pun." Jelas Aaliyah.
"Ada orang buat berita palsu." Gumam Aaliyah.
Rasa bersalah mula menghurung dirinya apabila teringat kembali kepada tunang Tengku Don. Sekarang semua orang salah faham akan hubungan mereka.
Aaliyah menyelidik tentang berita palsu tersebut. Disebabkan Tengku Don mengetahui tentang kepakaran godamnya, Tengku Don menyuruhnya untuk menyiasat tentang pembawa berita itu. Aaliyah faham. Ada hati yang perlu dijaga.
Diselidik penuh perhatian pada berita palsu tersebut.
Ahah!
Aaliyah menjumpai satu akaun misteri. Akaun itu mungkin adalah akaun yang memuat naik tentang berita palsunya.
Diselidik penuh teliti akaun itu. Aaliyah mula berfikir. Mengapa akaun itu masih ada lagi? Kenapa pemilik akaun itu tidak membuang terus akaun tersebut setelah memuat naik sesuatu yang palsu? Adakah kerana pemilik akaun tersebut bodoh? Tidak! Kerana pemilik akaun itu memang sengaja tidak membuang akaunnya. Pasti ada sebabnya dia berbuat sedemikian.
Tiba-tiba Aaliyah menjumpai sebuah logo 'R'. Dia kembali teringat tentang sekumpulan lelaki yang datang menyerang abangnya dan Izhar juga pernah berkata itu adalah Ridza. Masalah sekarang, dia sendiri tidak tahu langsung tentang siapakah sebenarnya Ridza ini. Takkan mahu bertanya kepada Izhar pula? A big no!
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...