"Aaliyah!"
Aaliyah yang sedari tadi cuba untuk melenakan mata terus terasa terganggu apabila seseorang melaung kuat namanya.
"Ish!"
"Aaliyah! Aku bawa buah anggur!" Ujar Azri seraya menunjukkan buah anggur tepat dihadapan muka Aaliyah.
"Ish! Tak payahlah nak sua dekat-dekat!" Marah Aaliyah. Buah anggur yang berada dihadapannya itu ditepis.
"Haish, kau ni. Nasiblah sakit, kalau tak, dah lama aku smackdown. Karang bertambah sakit." Ujar Azri. Aaliyah hanya menjeling tajam Azri.
"Wei. Bila benda alah ni nak lepas do? Aku dah rasa semak dengan benda ni kat kepala aku." Ujar Aaliyah seraya memegang balutan yang berada dikepalanya.
"Buat apa tanya aku? Aku bukan doktor, aku pelayan hotel." Bidas Azri mendapat jelingan tajam dari si Aaliyah.
"Oh, ye! Cakap pasal pelayan hotel, aku nak kau cepat-cepat sembuh." Ujar Azri.
"Kenapa?" Soal Aaliyah.
"Sebab aku buat semua kerja tau tanpa kau. Penat sial. Kerja kau, semua aku kena buat." Jelas Azri seraya menggeliat kecil. Aaliyah tersenyum senget.
"Baguslah." Sengaja Aaliyah berkata begitu. Azri langsung mencerlung tajam ke arah Aaliyah yang selamba memakan buah anggur yang dibawa olehnya.
"Oh, ye! Azri, mana air kotak aku?" Soal Aaliyah. Kening Azri bertaut.
"Air kotak?" Sengaja dia berpura-pura tidak tahu.
"Air kotak aku!" Gesa Aaliyah.
"Aku tak ada lah."
"Nak!"
"Tak ada."
"Nak!"
"Tak ada."
"Nak!"
"Aku kata tak ada, tak adalah!"
"Aku nak! Kau jangan nak menipu! Tak baik tau bohong dengan orang sakit! Aku nampak air kotak dalam plastik kau tengah sorok kat belakang tu! Sekarang bagi aku! Aku nak!" Aaliyah tetap tidak mahu mengalah. Azri menggulingkan matanya seraya melepaskan keluhan kecil. Siapa yang lebih muda sekarang ni?
Plastik berwarna merah jambu yang disembunyi dibelakangnya dikeluarkan lalu air kotak tersebut diserahkan kepada Aaliyah. Laju sahaja tangan Aaliyah merampas air kotak tersebut.
"Air kotak susu coklat Dutch Lady!" Ujar Aaliyah teruja. Terus dia menebuk straw ke dalam lubang tersebut. Bibir atas Azri ternaik sedikit lalu kepalanya digeleng.
"Kau budak ke?" Soal Azri. Aaliyah yang sedang menghirup air kotak tersebut memandang Azri.
"Entah. Masa sakit ni banyak betul aku mengidam. Sakit-sakit nilah kita dapat layanan puteri kan?" Sengaja Aaliyah mahu menyakitkan hati Azri. Azri mencerlung tajam ke arah Aaliyah. Yang tukang layannya, aku!
"Ha ye! Akulah tukang melayan semua benda yang kau ngidam!" Ujar Azri geram. Aaliyah pula sudah tertawa terbahak-bahak.
"Ibu kata nanti dia datang melawat kau. Buat masa sekarang ni, dia tak ada masa nak jumpa." Jelas Azri seraya mencampak buah anggur ke dalam mulutnya. Aaliyah mengangguk. Mulutnya penuh dengan nasi gulai kambing yang dibawa oleh Azri.
"Emmmm! Sedapnya!" Puji Aaliyah. Azri mengerling sekilas ke arah Aaliyah lalu kembali mencampak buah anggur ke dalam mulutnya.
"Oh, ye." Langsung Aaliyah menghentikan suapannya lalu berpaling memandang Azri.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
DiversosNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...