Seperti biasa, sebelum memasuki kelas, Aaliyah menarik dan menghembuskan kembali nafasnya dan melangkah masuk ke kelas.
"Assalammualaikum!!!!" Ucap Aaliyah ceria.
"Waalaikummussalam!!" Jawab mereka serentak.
"Uuu. Bagus, bagus. Ada penambahbaikan." Ujar Aaliyah sambil membuat gaya thumb up.
Langsung mati senyuman lebar Aaliyah saat melihat 5 kelibat manusia tiada di dalam kelasnya.
"Eh kejap. Mana Shah, Omar, Harith, Keith dan Ilham pergi?"
Mereka semua hanya mengangkat bahu sambil membuat aktiviti masing-masing.
"Ini mesti ponteng ni. Eeeeee! Geram!" Gumam Aaliyah cukup untuk membuatkan dirinya sahaja mendengar.
*Tamat waktu persekolahan
"Bye, Aaliyah."
"Bye!"
"Aaliyah! Bye!"
"Ye, ye, bye!"
Tersenyum bahagia Aaliyah dibuatnya. Terdapat perubahan sedikit sikap muridnya melayaninya. Walaupun mereka tidak menggunakan panggilan 'Cikgu' sebaliknya menggunakan namanya, tidak masalah bagi Aaliyah.
Dalam perjalanan balik, Aaliyah ternampak 2 sosok pelajar sepertinya sedang dimarahi oleh seorang guard penjaga kawasan.
Walaupun dari jauh, Aaliyah sudah dapat mengagak siapa 2 'ekor beruk' itu.
Tiba-tiba sahaja mereka ditarik untuk pergi ke balai polis.
Lantas Aaliyah memecut pergi ke balai polis tersebut. Terlihat juga Shah, Omar dan Ilham berada di luar balai polis.
Aaliyah menghampiri mereka. Tidak terlupa pandangan tajam ke arah mereka. Mereka yang sudah melihat itu menelan air liur kesat ketika Aaliyah semakin menghampiri.
"Ish! Nak marah tapi kena sabar. Dah cepat cerita apa jadi! Kenapa sampai kena bawa sini dua ekor beruk tu." Marah Aaliyah.
"Okey, sabar. Ceritanya macam ni........
Flashback
"Woohoo! Laju lagi kayuh, Keith!" Jerit Harith.
Harith dan Keith menaiki basikal dengan posisi Keith mengayuh manakala Harith duduk di tempat duduk belakang. Bukan duduk tetapi berdiri.
"We! We! Tengok depan, we! Kau dah nak langgar pakcik tu! Arwah nanti, we!"
Keith menambah kelajuan sehingga mereka terlanggar seorang lelaki tua.
End of flashback
"Pakcik yang diorang langgar tu, guard yang tengah buat rondaan. Lepas tu habis teruk diorang kena marah. Pakcik tu ingat basikal yang diorang naik tu, basikal curi sebab tu la diorang kat dalam sana tu." Jelas Shah panjang lebar sambil menunding jari telunjuknya ke arah dalam pejabat polis.
Aaliyah melepaskan keluhan kasar. Haih.
"Jadi betul ke, tu basikal curi?" Tanya Aaliyah.
"Eh! Engkau ni! Mana ada! Kitaorang pinjam dari Hannan. Hannan dari kelas 6A." Jelas Omar lagi seraya menundingkan jari telunjuknya kepada Hannan yang kebetulan lewat di situ kerana mahu mengambil kembali basikalnya.
"Betul ke, Hannan?" Tanya Aaliyah kepada Hannan.
"Ye betul. Diorang cakap kalau saya tak bagi nanti diorang belasah saya." Jelas Hannan.
Aaliyah yang mendengar itu langsung menjeling tajam ke arah tiga lagi ekor beruk di belakangnya itu.
"Maaf lah ye, Hannan. Hannan dah boleh balik ye."
"Baik. Terima kasih, cikgu." Ujar Hannan lalu pergi dari situ.
Shah mendecit.
"Tch! Jujur sangat la budak tu!" Bisik Shah perlahan kepada Omar dan Ilham tapi cukup untuk membuat Aaliyah mendengarnya.
"Dah, jom. Akan aku bawa balik dua ekor beruk tu!" Ujar Aaliyah lalu pergi masuk ke dalam balai. Mereka bertiga hanya mengikut sahaja langkah Aaliyah dari belakang.
"Maaf ye, tapi diorang berdua memang tidak salah. Mereka hanya meminjam sahaja basikal tu."
Berkali-kali Aaliyah merayu supaya melepaskan Harith dan Keith, hanya polis itu sahaja seakan malas untuk melayaninya.
"Lepaskan jelah, dasar bapak tua." Sinis Shah.
"Shah! Jaga mulut tu."
Shah hanya menjulingkan matanya ke atas seraya menyilangkan lengannya di perut.
"Tolonglah, encik. Lepaskan diorang. Diorang tak buat salah apa-apa." Rayu Aaliyah lagi.
"Jadi kau percayalah?" Suara garau itu menusuk masuk ke gegendang telinganya.
Dia berpaling kepala dan melihat sesosok tubuh tegap datang dan terus duduk di kerusi sambil kakinya di naikkan ke atas meja.
"Apa salahnya kalau saya percaya?" Tanya Aaliyah kembali.
"Well, berurusan dengan polis is a proof that they up to no good. So, you better be careful. Meletakkan kepercayaan kepada mereka yang tak ada masa depan ni....hancur." Sinis inspektor tersebut.
"Kau cakap apa?!" Pecah amarah Aaliyah apabila anak muridnya dihina begitu. Lantas Shah, Omar dan Ilham menghalang Aaliyah daripada menumbuk inspektor tersebut.
Fuh, boleh tahan kasar juga si Aaliyah ni.
"Kita datang sini nak lepaskan Harith dengan Keith bukan cari gaduh kan." Bisik Omar perlahan kepada Aaliyah.
Aaliyah menarik dan menghembuskan kembali nafasnya. Mahu menghilangkan rasa amarah yang sedang bergelodak.
Dia berpaling menghadap inspektor sambil tersenyum lebar. Salah satu cara dia mahu menghilangkan perasaan marahnya.
"Err...maaf ye. Lepaskan diorang ye!" Ujar Aaliyah. Sengaja menggunakan nada comelnya.
Mereka berenam kini berada di sebuah kedai mamak.
"Hah makan,makan. Jangan tak makan. Cikgu belanja."
"Wah! Terbaik lah cikgu!" Ucap Harith sambil membuat gaya thumb up kepada Aaliyah. Tersenyum lebar Aaliyah dibuatnya.
"By the way kan, inspektor tadi tu, mulut dia tak ada insurans langsung. Rasa nak cili je mulut dia tu." Geram Aaliyah sambil mengetuk-ngetuk tangannya ke meja.
Mereka yang baru sahaja menjamu selera terhenti kerana perbuatan Aaliyah yang mengetuk-ngetuk meja. Omar hanya menggelengkan kepalanya melihat Aaliyah.
"Dah, dahlah, Aaliyah. Tak apa, kitaorang dah biasa dengar mulut orang macam tu. Dah, jangan ketuk-ketuk meja. Makan!" Suruh Shah.
Aaliyah hanya membuat muka tidak bersalah dan makan.
Selesai sahaja makan, mereka semua balik.
Aaliyah menawarkan diri untuk menghantar mereka balik rumah tetapi mereka semua menolak kerana tidak mahu menyusahkan Aaliyah. Banyak kali mereka menyusahkan Aaliyah namun Aaliyah tidak masalah bagi Aaliyah.
Akhirnya mereka balik ke rumah masing-masing.
Hubungan Aaliyah bersama muridnya juga semakin baik.
.........................................................................
Bila Izhar nak muncul eh? 🤔
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...