Beberapa hari telah berlalu dan Aaliyah masih lagi mendapat gangguan daripada Kenjiro. Tiada siapa yang tahu tentang hal itu kerana Aaliyah memutuskan untuk tidak memberitahu sesiapa.
Izhar perasan akan perubahan Aaliyah. Gadis itu sekarang kelihatan stres dan mudah marah lebih-lebih lagi apabila sedang memesej seseorang atau sedang menjawab panggilan telefon. Pasti ada sesuatu yang mengacau fikiran gadis itu.
"You tak makan ke, Aaliyah?" Soal Sarah yang melihat Aaliyah dari tadi ralitnya bermain telefonnya. Dia juga perasan yang berat badan Aaliyah semakin susut.
"Tak lapar. Tak ada selera." Balas Aaliyah mendatar. Matanya masih lagi melekat ke arah skrin telefonnya.
"Bagitahu I dah berapa lama you tak makan?" Soal Sarah. Geram pula melihat Aaliyah yang seperti acuh tidak acuh sahaja menjawab.
"Lama." Jawab Aaliyah sepatah. Izhar menatap lama wajah Aaliyah sebelum bangun daripada duduknya untuk membeli makanan.
Usai membeli, makanan tersebut diletak di atas meja lalu ditolak ke arah Aaliyah.
"Makan."
Aaliyah menatap lama makanan itu sebelum kembali mengalih kepada telefonnya.
"Tak nak."
"Makan, Aaliyah." Suruh Izhar. Nadanya bertukar lembut tetapi tegas.
Aaliyah sudah memejam erat matanya.
'Aduh..sengaja eh sebut nama aku lembut-lembut gitu nak suruh aku makan.' Bisik Aaliyah dalam hati
Ting!
Tiba-tiba Aaliyah mendapatkan pesanan mesej daripada Kenjiro namun tidak diendahkan oleh Aaliyah.
Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!
Pesanan mesej masuk lagi berkali-kali. Tentu saja daripada Kenjiro. Aaliyah menjadi geram. Laju sahaja tangannya menaip untuk membalas.
Kau nak apa sial?!!!!
What the heck you're talking?
I told you I didn't know how to speak your langguage
Jangan kacau aku sial!!!!
How many times do I have to tell you? I DON'T KNOW HOW TO SPEAK YOUR LANGGUAGE
Nî zhuāng shâ jiùshì shâ!!!!
'Ambik kau aku bagi bahasa cina terus!!!' Omel Aaliyah dalam hati.
Terjadilah perang mesej di antara Aaliyah dan Kenjiro. Izhar sudah mengetap kuat giginya melihat Aaliyah semakin fokus pada telefonnya. Izhar bertindak merampas telefon Aaliyah lalu dilihat penuh teliti skrin telefon Aaliyah.
"Oi! Izhar! Kau buat apa?!" Marah Aaliyah. Spontan dia bangun dari duduknya
"Kenjir...
Aaliyah bertindak merampas kembali telefonnya.
"Kenjiro? Kenapa? Kenapa kau ada nombor dia?" Soal Izhar.
"Tak payah sibuk lah hal aku." Bidas Aaliyah. Izhar yang mendengar itu sudah meraup kasar wajahnya. Belum sempat mahu membuka mulut, seseorang sudah menyampuk.
"Nani? I heard my name being called many times." Sampuk Kenjiro selamba lalu melabuhkan punggung di sebelah tempat duduk Aaliyah.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...