Hari graduasi akhirnya tiba juga. Semua murid Aaliyah kelihatan kemas dan segak dalam berpakaian uniform sekolah. Bukan seperti sebelum ini. Pakaian berkusut masai.
Nama murid disebut satu persatu sehingga tiba nama murid kelas 6D disebut.
Bangga Aaliyah melihat muridnya mengambil diploma.
Selama setahun dia menghabiskan masa bersama anak muridnya itu. Terasa sebak pula apabila teringat dia akan berpisah dengan murid-murid kesayangannya itu.
Selama tiga tahun dia mengajar, tahun inilah yang membuatkan dirinya merasa seperti benar-benar seorang guru. Banyak jugalah perkara yang muridnya mengajarnya seperti dalam hal persahabatan.
Setelah selesainya majlis hari graduasi. Mereka semua beransur pulang.
Aaliyah mengiringi muridnya sehingga tiba di hadapan pagar sekolah.
"Yeyyyyyy! Dah graduate!!!" Sorak semua muridnya dengan gembira.
Namun, terhenti sorakan mereka apabila mendengar seperti tangisan seseorang. Mereka semua berpaling memandang Aaliyah.
Aaliyah menangis. Air matanya turun mengalir laju.
Mereka yang melihat itu langsung berlari anak mendekati Aaliyah.
"Woi! Aaliyah! Asal kau nangis?! Kau memang tak suka eh kitaorang graduate?!"
"Bukanlah, bodoh! Dia nangis bukan sebab tu." Ujar Omar.
"Dia nangis sebab dia akan berpisah dengan kita." Sambung Omar.
Murid lain semua sudah tertunduk mendengarkan itu. Aaliyah menyeka kasar air matanya di pipi kemudian menunjukkan senyuman.
"Dah, dah. Pergi balik!" Halau Aaliyah.
"Eh tadi dia yang beria nangis."
"Tak apa lah. Aku cau luu."
"Bye, Aaliyah! Kalau panjang umur, kita jumpa lagi. Kalau tak, jumpa kat underground."
"Ceh! Kurang asam punya budak. Mulut tak ada insurans." Gumam Aaliyah perlahan sambil melambai-lambaikan tangannya.
"Aaliyah! Kalau kereta rosak, tak ada tumpangan, cari aku!" Jerit Harith yang diterima bekerja sebagai pemandu.
"Aaliyah! Datanglah makan kat restoran jepun aku!"
"Ye, ye. Nanti cikgu singgah." Ujar Aaliyah.
"Aaliyah." Panggil Omar.
"Kau adalah cikgu kitaorang, forever and ever." Sambung Omar.
Terasa sebak memenuhi dadanya mendengar kata-kata Omar tersebut namun dia kuatkan juga dirinya untuk tersenyum dan melambai ke arah anak-anak muridnya itu.
Akhirnya tamatlah tugas Aaliyah sebagai seorang guru.
"Undur diri?!"
"Ye. Aku dah jumpa kerja yang mungkin lebih sesuai untuk aku."
"Hmm. Tak apalah. Memang itu pilihan kau kan. Sebenarnya dah lama dah aku nak kau keluar akhirnya blah juga eh kau?" Ujar Cikgu Khai selamba.
Aaliyah menjeling tajam ke arah Cikgu Khai seraya mengemas barangnya.
Usai mengemas, dia terus mengambil kesemua barangnya untuk dibawa ke kereta. Sempat juga dia mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada guru-guru lain.
Barang-banrang diletakkan di dalam bonet kereta sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Kereta bergerak laju meninggalkan kawasan sekolah menuju ke tempat yang dituju.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...