Sedangnya menyapa semua tetamu yang hadir, mereka berdua dipanggil untuk menangkap gambar sebagai pasangan di atas pelamin. Aaliyah dan Izhar akur.
Mereka berdua melabuhkan punggung di atas pelamin. Fotografer tersebut bersiap sedia untuk menangkap gambar pasangan sejoli itu. Mereka berdua masing-masing tersenyum pada kamera.
Klak!
"Okay! Thank you! Beautiful!" Puji fotografer tersebut. Aaliyah hanya tersenyum janggal pada fotografer tersebut.
"Okay! Got to go!" Setelah menangkap beberapa gambar, fotografer tersebut berpamit pergi. Aaliyah melambai ke arah fotografer yang peramah itu. Senang untuk dibual bersama. Aaliyah berpaling pula memandang Izhar yang sekali lagi sudah sah bergelar suaminya.
"Asal?" Soal Aaliyah pelik melihat wajah tegang Izhar.
"Seronok nampak." Ujar Izhar sambil memandang Aaliyah dari ekor mata.
"Memanglah seronok."
"Maksud aku, seronok dengan cameraman tu." Bibir Izhar memuncung menunding ke arah pintu di mana fotografer tersebut pergi. Aaliyah menampar kuat lengan Izhar.
"Awak ni! Itu pun nak cemburu! Dah dia peramah, nak buat macam mana lagi? Bukan macam awak! Dengan orang tak bercakap langsung. Terpaling introvert!" Bebel Aaliyah sedikit panjang. Mata Izhar langsung membulat mendengarkan itu.
"Aku? Cemburu?" Soal Izhar sambil jari telunjuknya ditunding ke arah diri sendiri.
"Yelah! Siapa lagi?" Izhar mendengus lalu menjeling Aaliyah.
"Dahlah dia sebab majlis kita lambat berlangsung!" Sambung Aaliyah. Izhar langsung berpaling memandang isterinya.
"Aku lambat sikit je." Izhar mempertahankan dirinya. Aaliyah mencerlung tajam suaminya itu.
"Banyaklah awak punya sikit! Saya hampir ingat awak batalkan last minute tau majlis perkahwinan kita." Marah Aaliyah.
"Kau ingat aku nak lari?" Soal Izhar.
"Hmm macam tulah kot saya fikir." Izhar melepaskan keluhan kecil.
"Jangan risau. Aku tak lari. Malam ni, jangan pulak engkau yang lari." Ujar Izhar berbaur amaran. Aaliyah pula sudah meneguk liurnya yang terasa kesat. Dijauhkan sedikit tubuhnya dari suaminya.
"Awak nak buat apa kat saya malam ni?!" Soal Aaliyah. Izhar menahan tawa namun terletus juga tawanya.
"Otak kau ni kotor betul." Ujar Izhar seraya menunjal lembut kepala isterinya. Muka Aaliyah terus berubah cemberut.
"Kembali kepada tajuk kita. Awak lambat datang majlis perkahwinan kita!" Aaliyah cuba untuk kembali kepada topik sebelumnya. Izhar mengeluh seraya menggulingkan matanya.
"Siapa yang ajak aku tukar baju pengantin last minute malam tadi?" Soal Izhar. Aaliyah mengerutkan dahinya menahan geram.
"Aku tidur lambat sebab kau tau!" Sambung Izhar masih lagi mempertahankan diri sendiri. Aaliyah mendengus kasar seraya mencemberutkan mukanya.
"Merajuk?" Soal Izhar apabila melihat isterinya berdiam diri menoleh ke arah lain.
"Eh! Taklah! Tak merajuk pun!" Laung Aaliyah kuat ketika memandang Izhar lalu mukanya kembali cemberut ditoleh ke arah lain.
"Aku tak reti nak pujuk."
"Pujuk apa?" Soal Aaliyah bersama wajah polos.
"Pujuk kaulah!"
"Kenapa nak pujuk saya?" Soal Aaliyah kembali. Sengaja dia membuat muka polos. Izhar mendengus kasar.
"Amboi! Pengantin! Gaduh ke tu?!" Laung seorang tetamu diikuti oleh tawa tetamu yang lain. Aaliyah dan Izhar serentak berpaling memandang si empunya suara lalu mereka berdua tersenyum janggal.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...