Aaliyah sedaya upaya memasang pintu bilik Izhar. Sendiri buat, sendirilah yang tanggung.
Aaliyah baru sahaja datang ke rumah Puan Zulaikha semula selepas mengemas pakaiannya memandangkan mereka akan bertolak pada malam ini ke Terengganu.
Azri pula khusyuk melihat Aaliyah sengsara memasang pintu. Aaliyah mengerling sekilas ke arah Azri lalu kembali fokus pada kerjanya.
"Tengok je? Tak ada niat langsung ke nak tolong?" Tanya Aaliyah.
"Tak." Sepatah yang dijawab Azri. Aaliyah merengus kasar.
"Hish! At least tolonglah sikit!" Rungut Aaliyah. Azri melepaskan keluhan lalu berjalan mendekati tangga yang dipanjat oleh Aaliyah untuk memasang skru di pintu.
"Kau nak aku tolong apa?"
"Tolong lah pegangkan pin...Huaaaa!!" Aaliyah terjerit apabila dirinya rasa di bawa graviti. Azri yang melihat Aaliyah seperti akan jatuh di atasnya itu pun terus mengelak ke sebelah. Aaliyah selamat disambut oleh lantai.
Pak!!
"Aduh mak! Aduuuh... Pinggul aku..." Aaliyah mengaduh kesakitan. Tubuh belakangnya terasa sakit.
"Hah! Tulah! Buat kerja elok-elok sikit!" Ujar Azri.
Akhirnya Azri jugalah yang memasang pintu bilik Izhar. Aaliyah hanya menolong sipi-sipi sahaja.
Aaliyah bersiap untuk pergi ke lapangan terbang. Pakaian simple dimple sahaja. Bertudung shawl navy blue, t-shirt hitam bercorak, seluar tracksuit dan juga berkasut putih. Tidak lupa juga headphone untuk mendengarkan lagu ketika dalam pesawat.
Izhar keluar dari biliknya. Pakaian Izhar juga terlihat biasa. Hanya t-shirt hitam berkolar dan jeans hitam. Ini kali pertama Aaliyah melihat Izhar mengenakan jeans.
Azri mendekati abangnya dan bertindak meletakkan telapak tangannya ke dahi Izhar.
"Hmmm. Panas lagilah. Banyak dosa ni."
Pak!
"Aduh!" Azri mengaduh kesakitan setelah belakang kepalanya ditampar kuat oleh abangnya. Abangnya ni tak boleh buat main-main.
"Aku dah sihat lah, bangang! Dosa kau tu lagi banyak dari aku! Check suhu dahi aku pun salah. Patutnya belakang tapak tangan, bukan tapak tangan!" Marah Izhar.
Mereka berpamit terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari rumah.
"Naik kereta akulah." Ujar Izhar.
"Eh, asal lak? Kalau naik kereta kau, kereta aku ni nak letak mana? Takkan nak letak je kat rumah kau ni?" Rungut Aaliyah.
"Hish! Aku kata kereta aku, kereta akulah!" Izhar tidak mahu mengalah.
"Apa pulak?! Kereta aku lah!" Aaliyah juga tidak mahu kalah.
"Asal ni gaduh pasal kereta pulak? Korang memang nak sangat ke naik berdua?" Sampuk Azri yang sedang bercekak pinggang melihat pertingkahan mereka berdua. Aaliyah dan Izhar saling berpandangan sebelum mereka masing-masing menuju ke kereta masing-masing. Dua-dua mengeluh berat di dalam kereta setelah pintu kereta ditutup rapat.
"Inilah akibat selalu naik bersama." Ujar Izhar.
"Macam mana pulak aku boleh terfikir macam tu ek?" Ujar Aaliyah.
Azri memandang kereta Izhar dan Aaliyah bersilih ganti.
Aaliyah bertindak membuka luas cermin tingkap keretanya lalu melambai ceria ke arah Puan Zulaikha. Izhar pula sudah bergerak terlebih dahulu. Aaliyah mengikuti kereta Izhar dari belakang.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
De TodoNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...