Aaliyah keluar dari rumahnya untuk berjalan-jalan di taman pada waktu malam. Itulah kebiasaannya selalu. Baginya, itu boleh membuatkan dirinya rasa tenang. Dia suka akan keadaan yang tenang.
Tiba-tiba terlintas dalam kepalanya untuk singgah sekejap rumah Izhar.
Namun, sebaiknya sampai di sana, dia tidak menghampiri rumah Izhar, sebaliknya berjalan-jalan di sekitar area rumah Izhar.
Ketenangan Aaliyah terhenti apabila melihat sekumpulan lelaki membuli seorang pelajar lelaki.
'Hmm, gangster sekolah ni. Nasib bukan dari sekolah aku.' Bicaranya dalam hati.
Aaliyah tidak sampai hati melihat pelajar lelaki itu dipukul, dibuli.
Dia mengumpulkan keberaniannya dan menghadap pembuli-pembuli itu.
"Hoi, hoi, tak ada kerja lain ke buli anak orang?!" Jerit Aaliyah.
Sejujurnya sekarang ini dia merasa ketakutan namun dia menolak rasa itu jauh-jauh.
"Kau siapa sial?! Sibuk je!" Marah salah seorang dari mereka.
"Aku manusia! Korang asal pukul anak orang teruk macam tu! Tak ada belas kasihan ke?!" Marah Aaliyah saat melihat banyak kesan pukulan di muka lelaki itu.
"Nak belasah sorang budak pun memang perlukan satu geng eh? Nampak sangat pengecut korang ni!" Sambung Aaliyah lagi.
"Eh, dah melampau ah perempuan ni! We, pergi ah. Kasi nangis!" Suruh salah seorang daripada mereka.
Seorang lelaki maju merapati ke arah Aaliyah.
Aaliyah cuak namun dia tidak pergi berlari dari situ malah dia mengambil suatu barang yang boleh dikatakan agak besar dan menolak ke arah lelaki tadi.
Langsung melayang lelaki itu ke belakang.
"Jangan main-main dengan aku. Kau nak main meh sini. Aku kasi sakit!" Ujar Aaliyah lebih kepada amaran.
Aaliyah laju memukul benda besar itu ke badan mereka sorang-sorang.
'Ramai pula diorang ni. Ughh!' Bisiknya dalam hati.
Aaliyah sengaja menarikkan perhatian lelaki- lelaki itu ke arah dia dan memberi signal kepada pelajar lelaki itu untuk melarikan diri.
Pelajar itu hanya jatuhkan kepala sebagai tanda faham sambil bergetar-getar badannya lalu lari pergi dari situ.
Namun sesaat selepas itu, seseorang daripada mereka melayang kayu ke arah Aaliyah dari belakang. Kerana sibuknya memukul, dia tidak sedar kayu itu melayang ke arahnya.
Dia tersedar saat kayu itu hampir terkena mukanya kerana dia memusing kepalanya.
Aaliyah memejamkan matanya saat kayu itu hampir tepat ke mukanya.
Namun Aaliyah berasa bagai hanya ditiup angin sahaja.
'Eh, ghaib dah ke kayu tu?'
Saat dia membuka mata, dia terlihat sesosok tubuh berada betul-betul dihadapannya. Jarak mereka rapat.
Sangat rapat.
Aaliyah tahu siapa gerangan lelaki itu.
Izhar.
Tangan Izhar pula menahan kayu itu daripada terkena Aaliyah.
Seketika keadaan jadi senyap. Pembuli itu terkejut melihat kedatangan Izhar yang secara tiba-tiba itu.
Namun, kesunyian itu pecah saat Izhar mula bertanya kepada Aaliyah.
"Kau okay tak?" Tanya Izhar.
"Hah? Apa apa? Oh, err okay je." Balas Aaliyah seakan baru tersedar dari lamunannya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...