Iphone kembali ditekap ke telinga. Dia berjalan ulang-alik dari situ ke sini, dari sini ke situ.
Sudah berkali-kali dia mencuba untuk menghubungi nombor yang digunakan oleh Ridza ketika menghubunginya namun tidak dapat dikesan. Ridza adalah orang yang licik.
Aaliyah pula hanya memandang pelik tingkah suaminya saat ini. Jika Izhar bergerak ke kiri, maka matanya juga turut ke kiri memandang Izhar. Jika Izhar bergerak ke kanan, matanya juga turut bergerak ke kanan.
"Kenapa, Qaseem?" Soalan Aaliyah itu mendapatkan keluhan berat terbit dari bibir Izhar.
"Tak dapat call lah." Jelas Izhar. Aaliyah hanya menganggukkan kepalanya.
"Tak apalah. Jom! Kita keluar berdua! Liyah ingat nak beli novel baru!" Aaliyah mula memeluk lengan suaminya itu bagi menenangkan sedikit rasa gusar di hati Izhar. Izhar melepaskan keluhan. Ya, dia berasa tenang sedikit.
"Jom." Pipi Aaliyah dicuit.
Aaliyah bersiap di hadapan cermin. Dia berpakaian kemeja hitam bersama seluar jeans biru. Tudung shawl berwarna brown dililit kemas. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, barulah Aaliyah turun menuju ke kereta dimana Izhar menunggunya di sana.
Kasut bot menjadi pilihan lalu disarung ke kakinya lalu dia berjalan mendekati suaminya.
"Jom." Izhar menganggukkan kepalanya lalu berjalan masuk ke dalam perut kereta.
Usai membeli belah, mereka berdua pulang ke rumah.
Baru sahaja ingin melangkah masuk, tiba-tiba sahaja dia mendapatkan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Dahinya berkerut. Terus sahaja dia menjawab panggilan tersebut.
"Up here, Izhar." Mendengarkan suara garau itu kembali berjaya membuatkan hatinya kembali gusar. Dia mengangkat wajah memandang sebuah bangunan usang yang sememangnya sudah lama ditinggalkan. Walaupun jauh namun matanya masih lagi dapat menangkap susuk tubuh yang dikenali tersebut. Tatapan tajam diberikan kepada lelaki yang berada di tingkat teratas bangunan itu.
"Let's meet, Ridza." Keras sahaja nada yang digunakan oleh Izhar kepada Ridza.
"10 minutes start from now." Sinis Ridza memberi amaran.
"Masuk, Liyah." Keras nada Izhar mengarah Aaliyah seakan-akan sedang menahan marah.
Aaliyah terpinga-pinga. Walaupun begitu, dia tetap akur.
Izhar mengunci pintu rumah sejurus setelah Aaliyah memasuki rumah.
"Duduk rumah diam-diam." Pesan Izhar sebelum dia melangkah laju menuju ke kereta.
Laju sahaja kereta yang dipandu oleh Izhar membelahi jalan raya. Keretanya sekarang menuju ke bangunan usang tersebut.
Usai sampai di tempat tersebut, Izhar menilik tingkat teratas. Sudah tiada lagi kelibat Ridza di sana namun dia pasti Ridza masih lagi berada di dalam bangunan usang tersebut.
Dirinya memberanikan diri untuk memasuki bangunan tersebut.
Akhirnya, sampai sudah Izhar di suatu tingkat dimana tempat Ridza sedang menunggunya.
Perlahan Ridza memusingkan tubuhnya menghadap Izhar.
"Long time no see." Sinis sahaja bicara Ridza menusuk gegendang telinganya.
"Tolonglah, Ridza. Jangan sentuh bini aku. Jangan sentuh sesiapa sahaja." Izhar merayu.
"Kau tengah merayu ke sekarang ni?" Sinis Ridza menyoal. Izhar mendengus kasar. Kakinya menghayun laju mendekati lelaki itu lalu kolar lelaki itu digenggam kuat manakala Ridza pula hanya menayangkan riak wajah yang tenang seakan-akan tidak terkesan dengan panahan tajam mata Izhar menusuk matanya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
SonstigesNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...