Kakinya dihayun menaiki tangga. Sesekali, matanya memerhati setiap penjuru ruangan. Berjaga-jaga jikalau ada yang ingin menyerangnya.
Ketika sudah sampai di tingkat 3 di sebuah bangunan usang, Aaliyah mengeluarkan laptopnya lalu diperhati penuh teliti laptop tersebut.
"Sah. Dia ada kat sini." Bisik Aaliyah perlahan. Matanya mula meliar ke sekeliling kawasan tersebut. Mencari kelibat seseorang.
Matanya tertancap pada sesosok tubuh yang sedang duduk bersila sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Aaliyah tersenyum senget. Perlahan kakinya melangkah mendekati jejaka tersebut.
Klak!
Ridza yang sedang berselera makan nasi goreng terus terbantut apabila menyedari sepucuk pistol sudah pun dihala tepat ke kepalanya. Perlahan dia berpaling memandang gerangan yang menghalakan pistol tepat dan rapat di sebelah kepalanya.
Zap!
Anak mata coklat tua milik Aaliyah menikam tajam anak mata kelabu milik Ridza.
"Got ya." Ridza pula sudah tersenyum misteri ke arah Aaliyah. Aaliyah membalas senyuman itu.
"You've tried so hard to come here looking for me, but do you know that you've actually walked into my trap?" Penuh sinis Ridza menyoal. Kening Aaliyah bertaut.
"Trap? Ha! Don't joke around, Ridza. Do you realize that you could die at any moment if I pull up the trigger?" Aaliyah menyoal dengan nada yang tertahan. Makin erat genggaman pada pistol tersebut.
"Don't you remember, Aaliyah? You almost die because of me and now you're still trying to fight me? Ha! Keeps dreaming!" Sinis Ridza berkata. Semakin lama, semakin bergetar tangan Aaliyah menggengam erat pistol tersebut.
"See? Your hands are shaking, Aaliyah." Semakin keras nada yang Ridza gunakan. Aaliyah berkalih memandang tangannya yang bergetar hebat. Entah kenapa dia tidak boleh mengawal kegetaran tersebut.
Tiba-tiba Ridza mulai bangkit dari duduknya. Matanya menikam tajam Aaliyah yang sedang bergetar hebat bersama peluh yang banyak di muka gadis itu. Spontan, Aaliyah terus mengundur ke belakang apabila melihat Ridza mula bangun dari duduknya. Izhar tersenyum senget melihat Aaliyah.
She's still afraid of him.
A scaredy cat.
"Still afraid of me, huh?" Sinis Ridza menyoal. Setapak demi setapak dia melangkah mendekati Aaliyah. Begitu juga dengan Aaliyah, setapak demi setapak, Aaliyah berundur.
"Jangan kacau aku!"
"Jangan kacau suami aku!"
"Jangan kacau keluarga aku!"
Bang!
Serentak Aaliyah berpaling ke belakang apabila mendengar bunyi yang kuat datang dari arah belakang.
Terus membulat mata Aaliyah tatkala melihat Izhar sedang berjalan ke arahnya dengan wajahnya tegang.
"Kita dah janji nak hadap sama-sama. Kita dah janji tak ada siapa yang pendam sorang-sorang antara kita." Keras nada bicara Izhar menegur dan memesan Aaliyah. Perlahan tangan Aaliyah yang memegang pistol itu dijatuhkan. Aaliyah menunduk menekur lantai.
"Saya minta maaf." Ucap Aaliyah perlahan. Izhar mengeluh seketika.
"Meh, bagi aku pistol tu." Izhar mengambil pistol yang berada di tangan Aaliyah lalu tubuh isterinya ditolak lembut ke belakang menjauhinya. Mata Izhar naik pula menikam tajam wajah Ridza yang hanya beriak biasa memerhatikan setiap layanan Izhar terhadap Aaliyah.
Tanpa banyak berkata, pertarungan di antara dua jejaka itu dimulai.
Aaliyah pula menjadi penonton setia di tepi dinding itu. Sempat juga dia menelefon polis.
"Argh!" Laung Ridza kuat apabila perutnya ditumbuk kuat oleh Izhar. Senak we rase!
"Kau dah lupa ke, Ridza?" Satu serangan mula dihalakan pada Izhar namun dengan pantas Izhar menepis lalu menumbuk laju wajah kacak Ridza.
"Dulu kekuatan kita sama je dalam bertarung." Sambung Izhar lagi. Ridza tidak mengalah. Sekali lagi, serangan dilepaskan oleh Ridza namun Izhar tetap menepis dan ditumbuk lagi wajah kacak Ridza. Aaliyah yang berada di tepi dinding pula sudah bertepuk tangan seolah-olah anak kecil menonton cerita kartun. Izhar tertawa kecil melihat telatah Aaliyah seraya mengangkat ibu jarinya ke arah Aaliyah. Aaliyah turut melakukan yang sama.
Terus mati senyuman Aaliyah tatkala melihat Ridza sekali lagi mahu menyerang Izhar dari belakang.
"Qaseem!" Laung Aaliyah kuat. Bergema bangunan itu dengan suara Aaliyah. Aaliyah menghela nafas lega dan panjang apabila melihat Izhar sempat mengelak serangan itu.
Buk!
Ridza sudah terbaring lemah di atas lantai. Tercungap-cungap Ridza mencari nafas.
Dia sudah lupa. Dia dan Izhar adalah antara yang paling kuat ketika bertarung dahulu. Namun sekarang, kekuatan Izhar kelihatan bertambah apabila dia berjaya mengalahkan dirinya walaupun badan Ridza sedikit berotot dari Izhar.
Kedengaran bunyi siren mendekati. Ridza sudah menjadi tidak keruan namun dia sangat penat saat ini untuk berlari akibat bertarung dengan Izhar.
"Menyerah jelah, Ridza!" Pesan Izhar.
"Kau yang pilih kerja haram ni, kau sendiri tanggung." Sambung Izhar lalu mendekati isterinya yang sedang mencangkung memerhatikan mereka berdua. Polia mula menyerbu masuk lalu tubuh Ridza yang terbaring lemah itu didekati.
"Eh! Dah Innlalillah ke?!" Soal Aaliyah tatkala melihat tubuh Ridza yang terbaring lemah di atas lantai itu seakan-akan tidak menyedarkan diri.
"Tak. Dia cuma penat." Jelas Izhar. Matanya tidak lepas dari memandang Ridza yang sudah digari oleh pihak polis.
"Aku harap kau berubah." Pesan Izhar apabila Ridza bersama dua orang lagi polis berjalan melintasinya.
Setelah kelibat Ridza telah memasuki kereta polis, mata Izhar kembali menikam tajam seraut wajah Aaliyah. Tersedak liur Aaliyah dibuatnya.
"Errr, Qaseem." Rengek Aaliyah. Izhar masih lagi menatap tajam wajahnya.
"Saya-saya minta maaf." Ucap Aaliyah bersama keluhan kecil. Izhar mengeluh kecil. Dia turut bercangkung untuk menyamai tinggi mereka.
"Kan kita dah janji, hadapi sama-sama, jangan pendam sorang-sorang." Pesan Izhar sekali lagi. Mengingatkan kembali janji yang mereka lakukan. Aaliyah menunduk menekur lantai.
"Saya-saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi." Ucap Aaliyah sekali lagi. Izhar sekali lagi melepaskan keluhan kecil. Kepala Aaliyah diusap lalu tangannya turun mencapai tangan Aaliyah.
"Jom, balik." Izhar menarik lembut tangan Aaliyah supaya berdiri. Aaliyah akur.
Mereka berdua berjalan menuju ke kereta sambil mulut Aaliyah tidak berhenti berkata-kata. Izhar pula hanya menjadi pendengar setia. Bersama sinaran matahari yang terlihat akan terbenam, tamatlah jua kisah mereka.
TAMAT
..................................................................
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
De TodoNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...