Aaliyah mengikuti langkah Izhar dari belakang. Matanya menjeling tajam ke arah semua manusia yang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
Izhar melangkah mendekati tempat parkiran motor. Aaliyah hanya mengikuti sahaja langkah Izhar dari belakang.
Akhirnya, mereka tiba di sebuah motor milik Izhar. Lantas Izhar mengambil helmetnya dan dipakai. Aaliyah hanya melihat sahaja tingkah Izhar.
"Kau? Datang naik apa? Motor?" Soal Izhar kerana gadis itu dari tadi hanya mengikutinya sehingga di parkiran motor. Dia berfikir gadis itu menaiki motor ketika mahu datang ke sini.
"Eh taklah. Kereta." Jawab Aaliyah jujur.
"Dahtu? Yang kau pergi sini buat apa? Pergilah kat kereta kau." Ujar Izhar. Motor dihidupkan. Sebelum motor itu bergerak, Aaliyah sudah menghalangnya.
"Jap! Kau suruh aku ikut kau. Masalahnya kita nak pergi mana sekarang ni?" Soal Aaliyah.
"Pergi dulu kat kereta kau. Kau ikut aku dari belakang." Balas Izhar.
Aaliyah mengangguk faham lalu berlari menuju ke tempat parkiran kereta.
Aaliyah hanya mengikut sahaja ke mana motor yang ditunggang oleh Izhar itu pergi.
Akhirnya mereka tiba di sebuah padang. Kereta diparkir terlebih dahulu sebelum Aaliyah berlari anak mendekati Izhar.
Melihat pemandangan di padang yang hanya dipenuhi oleh pemain-pemain bola sepak lelaki membuatkan Aaliyah berasa canggung kerana dia seorang sahaja berjantina perempuan di situ. Oleh disebabkan itu, dia mendekatkan sedikit jaraknya kepada Izhar. Kepala ditunduk. Tubuhnya pula disembunyikan di sebalik tubuh Izhar.
Izhar berpaling menghadap Aaliyah. Dahinya berkerut melihat Aaliyah yang dari tadi tertunduk-tunduk.
"Kau kenapa?" Soal Izhar kasar.
Mendengar soalan itu, langsung Aaliyah menegakkan tubuhnya.
"Tak ada apa-apa." Jawab Aaliyah.
Izhar memandang Aaliyah atas bawah sebelum dia mula bersuara.
"Baju kau tu tak sesuai lah pakai kat sini. Pergi pakai t-shirt jersey." Suruh Izhar.
Aaliyah menilik sebentar pakaiannya. Dia hanya memakai seluar tracksuit, berbaju hitam berlengan pendek bersama handsocks dan tudung sarung hitam.
"Kau ada nampak aku ada bawa apa-apa baju t-shirt jersey? Tak ada kan?" Soal Aaliyah. Geram apabila disuruh begitu.
Izhar mengeluh panjang sebelum melangkah kaki menuju ke lokernya dan mengambil t-shirt jersey lebih yang berada di lokernya. Baju itu terus dicampak ke muka Aaliyah.
"Pakai tu." Suruh Izhar.
Terkebil-kebil Aaliyah apabila baju itu dicampak tepat ke muka sehingga menutupi mukanya. Matanya dikecilkan memandang Izhar lalu terus pergi untuk menukar pakaiannya.
Izhar mengeluh kasar ketika menunggu Aaliyah yang sedang mengganti pakaiannya. Lama.
Akhirnya keluar jugalah manusia itu berpakaian baju jersey bertuliskan nama 'Seem' di bahagian belakang baju.
Izhar terpesona seketika melihat Aaliyah. Bajunya besar apabila Aaliyah memakainya. Kelihatan comel di mata Izhar. Sedar sahaja apa yang dilakukannya terus sahaja matanya melarikan pandangan dari Aaliyah ketika mata milik gadis itu hampir berlanggar dengan matanya.
"Kau dah kenapa?" Soal Aaliyah kasar. Pelik melihat tingkah Izhar itu.
"Apa, apa? Kau tu tukar baju pun lama rasa macam setahun tunggu." Bidas Izhar.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...