BAB 11 : TIDAK TERIMA

21 1 0
                                    

Aaliyah yang sedang dalam perjalanan ke kelas terasa seperti diikuti oleh beberapa orang di belakangnya. Bila ditoleh, tiada langsung kelibat manusia. Dia tidak mengendahkannya dan terus sahaja berlalu untuk ke kelas.

Terasa semakin lama, semakin dekat gerangan orang yang mengikutinya.

"Aaliyah!"

"Ahhhh! Allahuakbar! Astaghfirullahalazim." Ucap Aaliyah sambil mengusap-usap dadanya. Terkejut apabila dijerkah begitu oleh muridnya.

"Ya Allah, Ilham! Korang dah kenapa?!" Marah Aaliyah dibuatnya.

"Hehe. Sorry, sorry. Kitaorang nak tanya something je." Ujar Harith.

Berkerut dahi Aaliyah lalu dia mengangkat sedikit keningnya.

"Tanya apa?" Soal Aaliyah kasar.

"Kau dengan Izhar buat apa kat cafe hari tu?" Soal Keith.

Cuak Aaliyah dibuatnya. Jika dia memberitahu hal sebenar, pasti muridnya itu bakal tidak menerima hal itu.

"Eh! Tak ada apa-apalah! Hal orang dewasa! Sibuk je nak tahu!"

"Dah tu asal sampai lari dari kitaorang?" Tanya Shah pula. Keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Hah? Errr.......Ah! Dahlah! Tak ada apa-apalah! Ish!" Marah Aaliyah lalu melangkah pergi sempat juga dia menolak sedikit bahu Omar yang menghalang laluannya untuk ke kelas.

Mereka yang berada di situ sudah pelik melihat Aaliyah bertingkah begitu.

"Hal orang dewasa? Hmmm...Ahah!" Ujar Harith sambil memetik jarinya lalu berjalan mendekati Aaliyah yang berada di depan. Badan dibongkokkan sedikit supaya tingginya bersamaan dengan tinggi Aaliyah. Shah, Omar, Ilham dan Keith hanya memerhati sahaja tingkah Harith.

"Ke.....engkau dengan Izhar rancang nak kahwin?!

Terkejut Aaliyah dibuatnya apabila muncul sebuah kepala di sebelah telinganya.

"Ka-ka-kahwin?! Eh! Mana ada! Kamu ni kan, fikir yang bukan-bukan je!" Cebik Aaliyah lalu kakinya melangkah laju meninggalkan mereka.

"Hmmm. Yela tu." Ujar Harith lalu melangkah mengikuti Aaliyah yang sudah jauh.

Omar pula sudah curiga akan Aaliyah.




Aaliyah menunggu 5 manusia itu untuk memasuki kelas.

"Dah, dah. Cepat masuk!" Suruh Aaliyah sambil tangannya sudah bergerak-gerak menyuruh mereka masuk.

"Okey kita akan teruskan ulangkaji ye."






Aaliyah sedang duduk di sebuah taman sambil tangannya memegang air tin kopi. Termenun lama.

Tiba-tiba muncul sosok tubuh Omar yang datang menghampirinya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Aaliyah.

"Kau sebenarnya ada apa dengan Izhar?" Tanya Omar.

Namun Aaliyah hanya diam tidak menjawab. Matanya memandang air tin kopi tersebut.

"Kau boleh cerita kat aku tau." Ujar Omar. Walaupun kelihatan dingin tetapi Omar masih mengambil tahu tentang dirinya.

"Sebenarnya lepas peperiksaan akhir tahun, cikgu akan berhenti." Jelas Aaliyah.

"Berhenti?!" Omar seakan tidak menerimanya. Yalah, Aaliyah adalah guru pertama yang betul-betul kisah akan mereka. Sentiasa berada bersama mereka sama ada ketika susah mahu pun senang. Bukan seperti guru mereka yang sebelum ini hanya pandai menggurui mereka. Jikalau mereka terlibat masalah, gurunya akan hanya buat tidak tahu sahaja.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now