BAB 24 : FITNAH

10 1 0
                                    

"Aaliyah!" Panggil Puan Zulaikha. Aaliyah tersenyum manis memandang Puan Zulaikha. Sempat dia mengerling sekilas gadis di belakang itu.

"Izhar demam ye? Budak tu memang tak reti jaga diri lah." Bebel Puan Zulaikha.

"Oh! Ye. Ni Qaleesya. Anak buah makcik." Puan Zulaikha memperkenalkan Qaleesya kepada Aaliyah. Aaliyah hanya tersenyum janggal. Sempat dia menangkap Qaleesya itu menjelingnya.

"Eh. Baju siapa ni? Macam kenal je." Tegur Qaleesya yang melihat baju yang dipakai oleh Aaliyah. Belum sempat Aaliyah mahu membuka mulut, seseorang sudah menjawab.

"Baju aku. Kenapa? Ada masalah ke dengan kau?" Cantas Izhar laju. Tangannya memegang kain basah di dahinya supaya tidak jatuh. Qaleesya tersenyum.

"Tak adalah. Tanya je."

Puan Zulaikha dan Qaleesya menapak ke ruang tamu.

"Izhar! Asal kau bangun?" Bisik Aaliyah.

"Biarlah aku nak bangun!" Izhar juga berbisik.

"Kau tu sakit!"

"Jadi?"

Aaliyah menggulingkan matanya. Penat melawan. Izhar pula sudah terhuyung-hayang menuju ke katil.

"Aaliyah. Stay lah sini dulu, esok baru balik. Boleh?" Tanya Puan Zulaikha lembut. Aaliyah mengerling sekilas ke arah Qaleesya. Gadis itu membuat muka tidak puas hati.

"Okeylah. Lagipun dah lewat." Balas Aaliyah.










Aaliyah tidur di bilik tetamu. Nasib rumah Puan Zulaikha ini agak besar. Dia berbaring sambil memikirkan Qaleesya. Kenapa pula gadis itu seakan-akan tidak suka dengannya? Namun dibuang perasaan itu jauh-jauh. Kenapa pula dia perlu kisah jika gadis itu suka atau tidak dengannya.?






Aaliyah memasak nasi goreng di dapur Puan Zulaikha. Tiba-tiba seseorang menjerit namanya.

"Aaliyah!"

Aaliyah terus berpaling melihat Izhar yang terhuyung-hayang keluar dari biliinya.

"Hari ni! Kita pergi Terengganu! Sekarang dah pukul 9!"

"Flight 9 malam, bukan 9 pagi." Balas Aaliyah mendatar. Izhar memegang kepalanya. Berdenyut di situ.

"Aduu. Macam mana aku nak lawan esok?" Ujar Izhar sambil memicit-micit pelipisnya.

"Sebab tulah kau kena cepat-cepat sembuh. Makan dulu nasi goreng lepas tu baru makan ubat." Suruh Aaliyah. Izhar menggeleng.

"Aku tak ada seleralah."

"Engkau ni sakit banyak songeh eh!" Bebel Aaliyah.

"Dahlah! Nantilah aku makan. Nak rehat dululah." Ujar Izhar lalu berjalan masuk ke biliknya. Aaliyah melepaskan keluhan kasar.

"Memang kalau sakit tu, memang degil eh?" Gumamnya sendirian tanpa sedar Qaleesya sudah berada di belakangnya.

"Hai, akak!" Sapa Qaleesya ceria. Aaliyah berpusing tubuh memandang Qaleesya. Dapat Aaliyah rasakan senyuman itu adalah senyuman palsu namun dia balas juga.

"Assalammualaikum." Ucap Aaliyah seraya tersenyum manis. Sengaja mahu menyentapkan gadis itu.

"Oh. Err waalaikummussalam." Qaleesya menjawab salam.

"Eh. Akak masak nasi goreng ke? Saya baru aje nak masak sebab orang kat dalam rumah ni memang sukakan nasi goreng air tangan saya. Diorang takkan makan nasi goreng orang lain. Tak apalah. Akak sorang jelah yang makan nasi goreng ni. Saya kena masak nasi goreng lain. Takut tak tepati selera penghuni rumah ni pulak." Ujar Qaleesya terselit sindiran.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now