Beberapa hari telah berlalu setelah kejadian Asyraf babak belur dikerjakan bapanya. Asyraf kini tinggal sebentar di rumah Aaliyah.
Aaliyah dipanggil oleh ibunya untuk datang ke rumah. Katanya ada urusan penting yang harus dibicarakan. Sepanjang perjalanan ke rumah ibu bapanya, dia terfikir apa yang penting sangat.
Sesampai sahaja di rumah ibu bapanya, dia mendapati Encik Hussein dan Puan Julia sedang menunggu ketibaannya. Jarang sekali mereka bertingkah begitu.
Aaliyah merapati ibu bapanya yang berada di sofa. Disalam ibu bapanya sebelum turut melabuhkan punggung berhadapan dengan ibu bapanya. Sempat juga dia menangkap Qareesya memandangnya seolah-olah tidak berpuas hati dari hujung tangga. Dia kembali menatap kedua ibu bapanya. Riak wajah mereka kelihatan serius. Aaliyah menelan air liur kesatnya. Berdebar pada apa yang bakal dibicarakan.
"Aaliyah. Umur Aaliyah dah berganjak 26 tahun, kan?" Soal ibunya. Aaliyah mengangguk.
'Ingat pula umur aku.' Kutuk Aaliyah dalam hati.
"Mama nak Liyah kahwin." Mulut Aaliyah langsung terlopong mendengarkan itu.
'Hah?! Siyes ah?!' Omelnya dalam hati.
"Huh?! Kenapa? Kenapa tiba-tiba?!" Tanya Aaliyah.
"Kenapa? Liyah dah jumpa ke calon? Kalau dah, bawa dia jumpa kami." Ujar Puan Julia.
"Tak. Liyah tak ada tapi kenapa tiba-tiba nak Liyah kahwin?" Soal Aaliyah lagi.
"Tak ada kenapa-kenapa. Yang penting mama dengan baba nak kamu kahwin. Kami dah jumpa calonnya. Kaya." Ujar Puan Julia. Aaliyah merengus kasar. Geram. Boleh pula ibu bapanya itu sesuka hati berbuat demikian. Amarahnya cuba dikawal.
"Tak, ma. Liyah tak setuju. Liyah tak suka mama dengan baba putuskan siapa yang Liyah akan kahwin. Liyah tak suka." Tolak Aaliyah.
"Ni semua demi kebaikan kamu, Liyah!" Encik Hussein mula bersuara. Aaliyah terkedu. Apabila ayahnya mula bersuara, dia jadi takut. Aura ayahnya membuatkannya sangat gerun jadi dia takut akan ayahnya itu.
"Tapi Liyah tak nak kahwin dengan orang yang Liyah tak cintai. Liyah nak kahwin dengan orang yang Liyah cinta dan orang tu pun cintakan Liyah." Jelas Aaliyah. Dia tidak akan berkahwin selain daripada lelaki yang bernama Izhar Al-Qaseem kerana lelaki itu sahaja yang berada di hatinya sekarang namun dia tidak pasti akan perasaan lelaki itu terhadap dirinya.
"Tak kisahlah kau suka ke tak, kau kena kahwin!" Bentak Encik Hussein. Puan Julia sudah tersenyum senget melihat Aaliyah. Dia tahu Aaliyah akan jadi kecut perut bila bertantangan dengan ayahnya. Amarah Aaliyah mula membuak-buak. Dia takut akan ayahnya tetapi sekali pecah amarahnya, mungkin ayahnya pula yang akan takut kepadanya.
"Ma, ba. Boleh tak stop putuskan hidup Liyah. Liyah tak suka. Liyah nak ikut kehendak Liyah. Liyah tak nak kahwin dan takkan kahwin." Tolak Aaliyah dengan lembut.
"Oh, sekarang kau rasa kau dah pandailah. Kau rasa pilihan kau tu terbaik buat diri kau. Eh, Aaliyah! Kami buat ni semua untuk kebaikan kau tau, kebaikan kau! Kebaikan kita semua!" Tempik Encik Hussein.
"Ni bukan kebaikan kita, ba. Ini kebaikan untuk mama dengan baba je." Ujar Aaliyah masih lagi menolak. Namun apakan dayanya jika dia menolak. Dia tahu dia pasti akan berkahwin juga dengan jejaka itu. Namun sedaya upaya dirinya untuk cuba menolak.
"Aku tak kisah! Aku tak nak dengar lagi alasan kau dah! Kau kahwin! Nanti kau akan jumpa dengan keluarga bakal suami kau! Muktamad! Noktah!" Ujar Encik Hussein lalu menaiki tangga memasuki biliknya diikuti Puan Julia yang sudah tersenyum sinis melihat anak perempuan.
Adli turun tangga kemudian mendekati Aaliyah.
"Kau ikut je apa yang baba dan mama suruh." Ujar Adli mendatar. Aaliyah menjeling tajam ke arah abang sulungnya itu.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...