"Pergi main hujan." Serentak dengan itu, Aaliyah terus menarik laju tangan Izhar menuju ke pintu rumah. Pintu rumah terbuka lalu tangan Izhar ditarik pergi ke laman rumah yang tidak berbumbung itu.
"Aaliyah! Kau buat apa?!" Soal Izhar kuat cuba melawan suara hujan yang lebih kuat. Aaliyah hanya tersenyum tidak bersalah. Aaliyah melepaskan pegangan di tangan Izhar lalu mula terloncat gembira.
"Izhar! Aku dah lama tak main hujan tau!" Ujar Aaliyah kuat cuba untuk melawan suara hujan yang lebih kuat. Aaliyah mendepakan tangannya sambil berpusing-pusing.
Tanpa disedari, bibir Izhar mula mengukir senyuman melihat tingkah Aaliyah lalu kepalanya digeleng. Kakinya menapak laju ke arah Aaliyah yang sedang seronok bermain hujan itu.
Rambutnya yang basah sengaja dipercik-percikkan ke arah Aaliyah. Aaliyah pula mengelak sambil tertawa.
Pada saat itulah kenangan antara Izhar dan Aaliyah tercipta. Tidak mungkin di antara mereka akan melupakan saat-saat harga tersebut.
Tidak pernah Aaliyah akan menyangka bahawa Izhar akan menjadi peneman hidupnya namun entah kenapa dia sentiasa merasai bahawa Izhar bukanlah jodoh yang tepat buatnya. Dia seperti merasakan rasa bahagia ini tidak akan bertahan lama. Seperti ada kejadian buruk yang bakal menimpa mereka.
Keesokan harinya, Aaliyah menjaga Izhar yang sedang demam.
Tuala yang basah diletakkan perlahan-lahan ke atas dahi Izhar.
"Uhuk! Uhuk!" Izhar terbatuk.
"Ni semua salah kau." Izhar memandang tajam isterinya itu. Dia juga pelik mengapa dia seorang yang demam padahal isterinya juga bermain hujan pada waktu itu.
"Heh! Aku pulak!" Balas Aaliyah.
"Kalau kau tak tarik tangan aku, aku takkan demamlah." Ujar Izhar dengan suara serak basahnya.
"Engkau yang tak halang aku tarik." Bidas Aaliyah. Izhar menjeling tajam isterinya itu. Boleh pula dia menjawab
"Dah! Rehat! Marah-marah lagi, makin panas pula badan." Bebel Aaliyah. Izhar merengus kecil.
"Memang dah panas dah pun." Gumam Izhar perlahan. Aaliyah menarik sedikit comforter menutup tubuh suaminya itu sebelum dia menapak ke arah pintu bilik Izhar.
"Kalau nak apa-apa, panggil je aku tau." Ujar Aaliyah lalu keluar dari bilik Izhar. Izhar hanya menatap kosong kepergian Aaliyah.
Baru sahaja beberapa minit Aaliyah keluar dari biliknya, Izhar sudah memanggil kuat namanya.
"Aaliy...uhuk! Uhuk!" Aaliyah terus berlari laju menuju ke bilik Izhar. Pintu bilik Izhar dikuak kasar olehnya. Jelas kelihatan riak wajah Aaliyah yang risau.
"Apa?! Kenapa?!" Aaliyah terus menapak mendekati Izhar yang terbaring di atas katil.
"Woi! Rileklah." Ujar Izhar cuba untuk menenangkan Aaliyah yang kelihatan cemas.
"Aku perlukan bubur sekarang ni." Minta Izhar. Aaliyah menghembuskan nafas lega.
"Lah tu je ke. Nanti aku order ke beli ke, okey?" Baru sahaja Aaliyah ingin pergi, pergelengan tangannya terus direntap oleh Izhar lalu menariknya sehingga Aaliyah juga ikut terbaring di sebelah Izhar.
"Aku tak nak rasa bubur orang lain. Aku nak rasa bubur yang kau masak sendiri." Bisik Izhar. Aaliyah menelan liurnya kesat. Aaliyah mula meronta-ronta.
"Woi! Lepaslah! Buang tabiat ke kau ni?!" Aaliyah mula meronta-ronta namun Izhar menguatkan lagi pelukkannya pada Aaliyah.
'Kuat pulak mamat ni padahal sakit.' Omel Aaliyah dalam hati.
"Aaliyah, tolong duduk diam. Sekejap je." Rayu Izhar. Perlahan Aaliyah meredakan rontaannya. Terasa ada nafas hangat menampar kulit belakang lehernya. Izhar pula hanyut dalam pelukan itu. Entah kenapa sentuhan Aaliyah boleh meredakan sedikit demamnya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
De TodoNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...