Aaliyah melepaskan keluhan kasar sebelum merebahkan dirinya di atas katil. Serabut memikirkan masalah yang dihadapinya. Tudung di kepalanya digosok kasar.
Izhar dan Hazwan sedang menunggu rakan mereka di sebuah kedai mamak.
"Jealous do aku dengan kau Seem. Asal cita-cita kau tercapai, cita-cita aku tak." Ujar Hazwan kepada Izhar sambil menyeka matanya yang tiada air. Berpura-pura menangis.
Izhar hanya menjeling tajam ke arah rakannya itu. Setiap kali berjumpa pasti itu juga hal yang dikatakannya seperti tiada hal lain.
Beberapa minit kemudian, muncul sosok Farhan, Iskandar dan Lokman mendekati mereka.
Ketika mereka mempunyai waktu lapang, mereka akan bertemu dan lepak bersama di kedai mamak tersebut.
"Bang! Macam biasa ah bang!" Jerit Hazwan kuat.
"Okey dik!"
"Okey! Sudah shiap!"
"Wei. Apa cerita korang?" Tanya Lokman sebelum menghirup air teh o aisnya.
"Tu ah. Macam mana? Aku dengar korang lawan dengan pasukan dari Kelantan. Budak Kelantan kasar woo. Jangan main-main. Sorry juga ah sebab tak dapat datang tengok. Busy." Ujar Iskandar pula.
"Busy konon padahal busy dengan bini dia." Perli Hazwan.
"Haz sibuk siak cakap pasal bini nasi kandar padahal diri dia tu single sampai jannah. Kan, Izhar. Kitaorang semua dah ada awek. Iskandar dah ada bini. Engkau?" Ujar Farhan pula.
"Eh. Bila masa Seem ada awek. Dia dengan perempuan pun anti macam mana nak ada awek padahal ramai je perempuan nak kat dia." Ujar Hazwan kembali.
"Yela, at least ada perempuan nak kat dia. Engkau? Ada? Engkau mana ada!" Sinis Farhan.
"Ish ish ish. Dah berjaya sekarang makin kurang ajar eh kau Farhan. At least aku tak buaya macam kau. Ex ada 50 lebih!" Ujar Hazwan kembali.
"Okey ah! Daripada kau satu hapak pun tak nak kat kau. Aku? Petik jari dah beratur dah perempuan." Bidas Farhan. Kali ini dengan bangganya.
"Eh dahlah! Engkau ni Hazwan dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung. Perangai macam budak-budak." Iskandar bersuara.
"Entah! Apa benda do Hazwan. Oh jap. Tadi kau tanya pasal kitaorang lawan pasukan kelantan an? Wei, Izhar. Kau cerita ah." Ujar Farhan.
"Alhamdulillah. Win, bro!" Ujar Izhar tenang sebelum menghirup air teh o aisnya.
"Woooo!" Farhan bersorak.
Tiba-tiba Izhar kembali mengingati tentang Aaliyah. Patutnya, tarikh peperiksaan akhir tahun telah tamat beberapa hari lalu, namun, tiada langsung kelibat gadis itu untuk menemuinya. Malah dia juga tidak menelefonnya. Dia mula berfikir yang mungkin Aaliyah telah menolak tawarannya. Keluhan kecil dilepaskan.
"Eh, tapi an, apa cerita do Ridza sekarang?" Soal Hazwan secara tiba-tiba.
Mereka semua terkedu mendengar nama yang disebut Hazwan sebentar tadi.
"Tak tahulah. Dia tu.....haish." Keluh Lokman.
"Dia pernah try nak sakiti isteri aku." Ungkap Iskandar.
"Wei! Siyes ah?!" Farhan terkejut. Bukan Farhan sahaja tetapi mereka semua.
"Ye. Sekarang ni isteri aku dalam jagaan ketat aku. Aku takkan bagi sesiapa pun sentuh isteri aku." Tegas Iskandar.
"Cuma aku nak korang hati-hatilah sebab dia takkan sakiti kita tapi dia akan sakiti orang yang kita sayang sebab dia nak tengok kita merana." Sambung Iskandar lagi lebih kepada amaran.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...