"Korang dua...kenal ke?"
"Mana tak kenalnya bang? Minah nilah yang langgar aku malam tu!" Jelas Azri. Aaliyah membulatkan matanya memandang Azri.
'Eh! Dia buat cerita pulak! Kau yang langgar aku pastu acah-acah jadi mangsa!'
Jika Puan Zulaikha tiada di sini, memang dipijak-pijak dah si Azri tu oleh Aaliyah.
"Hish! Dahlah! Kita makan dulu. Sejuk makanan tu nanti!" Puan Zulaikha mula bebel.
Mereka mula menjamu selera. Ketika makan, Azri kerap menatap tajam ke arah Aaliyah. Aaliyah perasan akan itu namun dia buat tidak endah sahaja.
Izhar merasai masakan Aaliyah iaitu ayam masak merah. Sungguh dia begitu gemar akan air tangan Aaliyah.
"Ibu! Sedapnya ibu masak!" Puji Azri sekali gus cuba untuk memujuk ibunya.
"Ni bukan aku yang masak. Ni Aaliyah yang masak." Jujur Puan Zulaikha.
Azri terus berhenti menguyah sebaik sahaja mendengarkan itu lalu kembali menguyah.
'Nasib baik sedap. Kalau tak, memang aku dah siku-siku kepala kau!' Omel Azri dalam hati.
Setelah selesai makan malam, Aaliyah dan Puan Zulaikha berbual sebentar. Sudah lama mereka tidak bertemu. Pasti ada banyak cerita yang dibualkan.
"Okeylah, makcik. Dah lambat ni. Saya balik dulu ye." Pamit Aaliyah.
"Hah ye."
Aaliyah fikir dia akan balik jalan kaki ke rumah walaupun jauh.
"Izhar, Pergilah hantar dia balik. Tak elok tau perempuan balik sorang-sorang, malam pula tu. Kang ada terjadi apa-apa kat dia tu. Pergi, pergi." Suruh Puan Zulaikha sambil menyiku-nyiku lengan Izhar sekali gus menghalau anak lelakinya itu.
Aaliyah menyarung dan mengikat tali kasutnya. Izhar pula sudah berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi pintu rumah.
Usai mengikat tali kasut, Aaliyah bangun mahu beredar namun terbantut.
"Aaliyah!"
Aaliyah memejam erat matanya. Entah kenapa apabila Izhar menyeru namanya, hatinya bagai hendak pecah. Perlahan-lahan dia berpaling memandang Izhar.
"Betul ni kau nak balik jalan kaki, sorang-sorang?" Soal Izhar. Aaliyah mengangguk.
Izhar mengangguk sebelum kakinya melangkah pergi ke kereta miliknya.
"Dah masuk. Aku hantar."
Mereka selamat sampai di hadapan apartement yang diduduki oleh Aaliyah. Aaliyah berpamit sebelum keluar dari perut kereta milik Izhar. Izhar memandang susuk tubuh itu yang kian menjauh.
Seperti biasa, Aaliyah merebahkan tubuhnya terlebih dahulu di atas sofa. Selepas beberapa minit, barulah dia bangun untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak.
"Assalammualaikum, Sarah!" Sapa Aaliyah ceria.
"Wah, Aaliyah! You nampak ceria dari sebelum ni. Good."
Aaliyah tersenyum mendengarkan itu tetapi senyumannya langsung memudar apabila melihat susuh tubuh yang melabuhkan punggungnya tidak jauh dari tempatnya.
Sah Kenjiro!
"Eh, Sarah. Apa mamat tu buat kat sini?" Tanya Aaliyah.
"Dia kata dia nak tengok adik dia je." Jelas Sarah.
Aaliyah memincingkan matanya memandang Kenjiro. Bukan boleh percaya mamat ni.
"Aaliyah! You tahu tak, perlawanan itu lusa ni!" Melopong mulut Aaliyah mendengarkan itu.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RastgeleNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...