BAB 33 : FIRST KISS?

17 1 0
                                    

Ding Dong!

Serentak, Aaliyah dan Izhar menoleh ke arah pintu.

"Kau pergilah buka dulu pintu tu. Aku nak mandi jap." Izhar mengangguk lalu kakinya meluncur laju ke arah pintu. Aaliyah pula sudah naik ke atas mahu membersihkan dirinya terlebih dahulu.




Aaliyah menuruni tangga setelah selesai mandi. Izhar yang sedar akan kedatangan Aaliyah langsung mendekati gadis itu.

"Aaliyah. Ni kakak aku nak jumpa kau. Dia tak boleh datang hari perkahwinan kita tu jadi tak boleh jumpa. Sekarang baru boleh." Ujar Izhar.

"Kakak?" Aaliyah mengangguk. Matanya tidak lepas dari memandang belakang wanita bertudung itu. Seperti kenal pula.

Perlahan-lahan wanita itu berpusing tubuh menghadap Aaliyah. Terus ternganga mulut Aaliyah melihat gerangan di hadapannya itu.

Nazmeen Zahreen!

Nazmeen juga terkejut melihat Aaliyah namun dikawal secepat mungkin riak wajahnya. Wajahnya bertukar sinis.

"Oh! What a coincidence." Sinis Nazmeen berkata. Sengaja mahu menakutkan isteri adik lelakinya itu. Izhar pula sudah memandang pelik ke arah kakaknya.

"Akak! Saya buat air dulu!" Aaliyah terus berlari pergi ke dapur.

Sampai di dapur, dia cuba mencerna apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba terasa seperti ada genggaman di lengannya.

"Kau kenal ke dengan kakak aku sebelum ni?" Soal Izhar curiga.

"Kakak kau tu majikan aku!" Bisik Aaliyah perlahan supaya tidak didengari oleh Nazmeen yang berada di ruang tamu.

"Majikan?"

"Aku ni bodyguard dia!" Bisik Aaliyah.

"Bodyguard?" Berkerut kening Izhar mendengarkan penjelasan itu.

"Korang buat apa?" Spontan, Izhar terpeluk Aaliyah dari belakang.

"Hehe. Tak ada apa-apalah." Izhar tersengih.

"Mana air I?"

"Eh! Jap, kak! Akak tunggu kat sana dulu, saya pergi buat air jap! Kejap je! Lepaslah!" Seakan menyedari apa yang telah dilakukannya, Izhar terus melepaskan pelukan dari Aaliyah. Izhar dan Nazmeen menuju ke ruang tamu.

"Tak habis-habis dengan I younya." Ujar Izhar menyampah.

"Suka hati akulah!" Marah Nazmeen. Izhar merengus kasar. Matanya menjeling tajam kakaknya itu.

"Tak sangkalah kan? Rupanya bodyguard aku sendiri yang telah berjaya menawan hati beku adik lelaki aku ni." Ujar Nazmeen sambil tersenyum. Lagi dan lagi, Izhar menjeling kakaknya itu.

"Senang kata, Aaliyah ni perempuan yang special sebab dia satu-satunya perempuan yang kau rapat selepas ibu dan aku. Kau pun bukannya rapat sangat dengan perempuan kan?" Sambung Nazmeen.

"Bila masa pulak aku rapat dengan dia?" Gumam Izhar perlahan namun boleh didengar oleh kakaknya.

Pak!

"Heh! Aku dengarlah!"

"Sakit, babi." Tangannya naik menggosok belakang bahunya yang ditampar kuat oleh Nazmeen.

Nazmeen menjenguk sedikit Aaliyah di dapur. Aaliyah membancuh teh dengan laju dan professional. Itu membuatkan Nazmeen terkesima.

Teh sudah siap dibuat. Mulutnya terkumat-kamit membebel sendirian.

"Adik beradik jenis apalah macam ni. Nama pun lain-lain. Sorang Izhar, sorang Azri lepas tu tersesat Nazmeen pulak. Dah, tu, abang dia tu nama apa pula? Razi?" Bebel Aaliyah lalu berjalan bersama dulang yang dibawanya ke ruang tamu.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now