"Uihh! Ya, Allah!"
Mereka semua menoleh ke arah sumber suara.
Terkejut Asyraf apabila melihat empat susuk tubuh di ruang tamu.
"Abang Asyraf!" Laju sahaja Rahim meluru lalu dipeluk kuat tubuh Asyraf.
"Woi! Sakit, babi! Tak boleh bernafas aku! Lepaslah, babi! Woi! Kau buang tabiat ke?!" Serentak dengan itu, Asyraf menolak kuat tubuh Rahim menjauhi dirinya. Sampuk apa sepupunya itu tiba-tiba sahaja memeluknya?
"Sorrylah, Asyraf. Adik aku ni mabuk darat. Tapi lain macam mabuk darat dia." Sindir Hanafi. Aaliyah menggelengkan kepalanya melihat sepupunya yang satu itu. Walaupun Rahim hanya tua beberapa tahun dengannya, namun perangai Rahim tidak kalah dengan budak sekolah rendah.
"Haih...Johari, Johari." Lalu Aaliyah bangun dari duduknya kemudian menuju ke bilik. Izhar pula sudah memandang pelik ke arah isterinya. Siapa pula Johari ni? Tanpa menunggu lama, Izhar mengikuti langkah Aaliyah memasuki bilik.
"Siapa Johari?" Soal Izhar sejurus selepas pintu bilik ditutup oleh Izhar.
"Johari tu nama kedua Rahim. Liyah dah biasa panggil dia Johari dari kecil lagi." Jelas Aaliyah. Izhar menganggukkan kepalanya.
Keesokkan harinya, Aaliyah pergi ke warung Pak Mat yang sering didatanginya sewaktu dia kecil bersama datuknya. Masih berjalan lancar lagi perniagaan Pak Mat bahkan sehingga sekarang.
Sedangnya menikmati air teh o aisnya, tiba-tiba gegendang telinganya dapat menangkap percakapan sekumpulan gadis.
"Tulah kan Aaliyah. Suami dia hensem mat. Semalam aku ada nampak kat depan rumah Tok Yaakob masa jalan-jalan depan rumah dia." Ujar salah seorang gadis itu dengan terujanya. Sebelah kening Aaliyah terjongket sedikit mendengarkan itu.
"Tapi macam manalah suami dia tu boleh pilih perempuan macam Aaliyah. Dahlah kasar, ganas pulak tu. Tak sesuai langsung. Kalau macam Nabilah tu kan okey. Elok je. Lemah lembut, sopan, suara dia bila bercakap lembut je lepas tu bertutup sempurna. Kan sesuai tu dengan Izhar. " Kutuk salah seorang gadis itu. Sempat dia memuji rakannya yang bernama Nabilah itu. Gadis yang bernama Nabilah itu pula sudah tersipu-sipu malu lebih-lebih lagi apabila dishipkan bersama Izhar oleh rakannya. Aaliyah menolak dinding pipinya dari dalam.
Aaliyah meletakkan gelas air teh o ais yang sudah kosong itu ke atas meja dengan kuatnya sehingga mendapat perhatian daripada mereka yang berada di situ.
Aaliyah kemudiannya bangun dari duduknya lalu mendekati sekumpulan gadis tersebut. Gadis-gadis tersebut terpaksa mendongak sedikit memandang Aaliyah kerana ketinggian Aaliyah. Mereka semua menelan kesat liur. Terkejut juga dengan ketinggian Aaliyah.
"Perangai aku yang kasar dan ganas tulah yang suami aku suka. Jadi tak payah lagilah nak sibuk." Bidas Aaliyah. Sempat dia mengerling ke arah gadis yang bertutup sempurna. Mungkin itu adalah gadis yang bernama Nabilah.
"Korang banding-bandingkan aku dengan perempuan nama Nabilah tu macam aku ni tak tutup sempurna pula aurat aku. Sekarang aku nak tanya, bahagian mana yang tak sempurnanya?" Soal Aaliyah. Gadis-gadis itu mula melihat seluruh tubuh Aaliyah. Tidak dinafikan, Aaliyah memang menutupnya dengan sempurna juga.
"Tu. Apa tu?" Aaliyah menundingkan jari telunjuknya ke arah lengan salah seorang gadis itu yang tidak bertutup. Gadis itu terus menutup lengannya menggunakan sebelah tangannya.
"Tulah. Makan ludah sendiri." Sindir Aaliyah lalu beredar dari situ. Tidak betah lagi berlama-lama di situ.
"Tingginya dia." Ujar salah seorang gadis itu.
"Betul. Tinggi aku kat paras dagu dia je." Ujar salah seorang gadis pula.
"Mesti suami dia lagi tinggi kan?" Mereka semua mengangguk, mengiyakan kenyataan tersebut.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...