"Aaliyah."
Saat mendengarkan namanya disebut oleh suara garau yang amat dikenalinya, laju sahaja kepala Aaliyah berpaling sekilas sebelum dia berlari mahu pergi dari situ namun tidak sempat apabila lengannya tiba-tiba direntap.
"Jangan lari, Aaliyah. Aku dah penat kejar kau."
"Siapa suruh kau kejar aku?" Bidas Aaliyah tanpa memandang Izhar.
"Aaliyah. Kau jealous ke?"
"Bapak kaulah jealous. Tak ada masa aku." Bidas Aaliyah kembali. Dia memandang sekilas Izhar dari ekor mata.
"Bapak aku tu, bapak mertua kau juga tau." Aaliyah terus berpaling mencerlung tajam suaminya itu.
"Aaliyah. Perempuan tu tak ada kena mengena pun dengan aku. Dia cuma minta tolong tunjukkan jalan je." Jelas Izhar dengan tenang.
"Aku tak tanya pun." Bidas Aaliyah kembali.
"Ye, aku tahu kau tak tanya tapi dengar jelah penjelasan aku!" Tinggi suara Izhar gunakan. Aaliyah memandang tajam suaminya itu.
"Jangan risau. Perempuan yang aku rapat dalam dunia hanya ibu, opah, Nazmeen dengan kau je." Ujar Izhar sambil menarik lembut lengan Aaliyah ke jambatan semula lalu dia menyandarkan tubuhnya di situ.
"Tapi orang yang kau rapat tak mungkin adalah orang yang dapat tempat dalam hati kau." Gumam Aaliyah perlahan namun cukup membuatkan Izhar mendengarnya.
"Tak semestinya. Ibu dapat tempat pertama dalam hati aku." Ujar Izhar.
"Dan kau juga dapat tempat di hati aku." Sambung Izhar. Terus Aaliyah berpaling memandang suaminya.
"Aaliyah. Kau adalah orang yang paling aku selesa bila bersama." Ungkap Izhar.
"Orang yang layak bergelar isteri aku cuma sorang sahaja iaitu kau."
"Sebelum ni aku ragu dengan perasan aku tapi lama kelamaan aku jadi yakin I'm fell head over heels for you, Aaliyah." Izhar menatap dalam anak mata milik Aaliyah.
Izhar kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya lalu menunjukkan seutas gelang perak di hadapan muka Aaliyah. Jelas terlihat satu nama yang diukir di sekeliling gelang tersebut 'IZHAR AL-QASEEM'.
Izhar lalu menggapai lembut tangan Aaliyah lalu gelang itu dipasang ke pergelangan tangan Aaliyah. Aaliyah hanya diam memerhati tingkah suaminya itu.
"Wo aini." Bisik Izhar. Aaliyah tersenyum.
"Kenapa nama kau pulak ada kat sini?" Soal Aaliyah pelik. Izhar tersenyum penuh makna.
"Supaya orang tahu yang kau adalah milik Izhar Al-Qaseem." Aaliyah menyembunyikan senyumannya mendengarkan itu.
Izhar lalu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya lalu ditunjukkan di hadapan muka Aaliyah.
"Keychain ni pulak aku yang guna." Keychain yang dipegang oleh Izhar itu terukir satu nama 'AALIYAH' di situ.
"Waw. Sejak bila pulak kau start pakai keychain ni?" Izhar berdecit.
"Suka hati akulah."
"So, kita takyahlah nak berpura-pura bagai depan orang lain." Ujar Izhar.
"Sebab sekarang kita adalah pasangan yang sebenar." Sambung Izhar seraya menggamit tangan Aaliyah. Aaliyah mengangguk.
Tidak pernah Aaliyah sangka bahawa Izharlah yang akan mengungkapkan perasaannya terlebih dahulu walaupun Aaliyahlah yang terlebih dahulu menaruh hati terhadap Izhar dan sekarang cintanya terbalas.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...