Aaliyah tidak senang untuk berehat. Badannya beralih-alih baring mengiring. Tubuhnya masih lagi terasa panas. Kepala pula pening dan sakit.
"Assalammualaikum, Aaliyah!" Ucap Sarah ceria yang baru tiba di bilik rawatan itu.
"Waalaikummussalam." Jawab Aaliyah. Nadanya dibuat-buat ceria.
"Eh! Aaliyah! You dah tak pengsan lagi kan?!" Soal Sarah yang kelihatan risau.
"Pengsan?"
"Ye tadi you pengsan. You pengsan dalam tidur. I pun pelik juga, ada ke orang pengsan dalam tidur?" Jelas Sarah. Aaliyah pula terkelip-kelip matanya memandang Sarah.
"Pengsan? Sejak bila aku pengsan? Aku tidur jelah." Jelas Aaliyah.
"Eh! You tidurr ya tadi? I ingat you pengsan sebab banyak kali I kejut you tak bangun-bangun. Farhan pula ingat you sudah mati. Hmm...I rasa you tidur matilah." Jelas Sarah pula.
Aaliyah sudah merengus kasar.
'Dia ingat aku mati?! Farhan memang dari dulu sampai sekarang tak berubah! Hish!' Marahnya dalam hati.
"Ini semua you punya pasal lah! Mati-mati I ingat you dah mati!" Marah Sarah.
"Yang kau pergi percaya sangat kat Farhan tu dah kenapa? Aku ni sakit, Sarah. Layanlah elok sikit. Tak payah nak tinggikan suara." Ujar Aaliyah semakin lemah dan perlahan.
"Eh! Sorry, sorry." Ucap Sarah. Nadanya juga bertukar lembut.
"Eh! You tak makan ke bubur ni? Penat-penat Izhar belajar cook untuk you." Jelas Sarah jujur. Aaliyah mengerutkan keningnya.
"Izhar? Masakbbubur ni? Untuk aku?" Soal Aaliyah. Tidak percaya pula lelaki itu sanggup berbuat begitu demi dirinya. Sarah menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Ye. Makanlah. Izhar angkat you sekali tau untuk bawa you pergi bilik ni." Jelas Sarah lagi.
Tangan Aaliyah yang mahu mencapai bubur itu pun serta-merta terhenti mendengar apa yang diungkapkan oleh Sarah. Mukanya pula mula merona merah.
'Izhar? Angkat aku?!' Laungnya dalam hati.
Terus Aaliyah berbaring semula membelakangi Sarah. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya hingga kepala. Sarah yang yang melihat tingkah Aaliyah itu pun terkedip-kedip matanya.
"Err...aku nak...rehat dulu la...se-sekejap. Bu-bur tu nanti aku...makan. Tak ada selera pula sekarang ni." Ujar Aaliyah berusaha untuk tidak gagap.
"Err..okay. You rehatlah. I keluar dulu ye." Ucap Sarah lalu melangkah keluar daripada bilik rawatan dengan terkebil-kebil.
Setelah mendengar pintu bilik rawatan tertutup, Aaliyah melepaskan nafas lega. Makin panas badannya mendengar apa yang diceritakan Sarah tadi.
Aaliyah kembali bangun dari baringnya. Terasa denyutan dahsyat di kepalanya namun dia tetap jua gagahkan diri untuk bangun. Tangan mencapai bubur yang dimasak oleh Izhar itu.
"Curious pulak rasa bubur ni." Gumamnya perlahan. Tangannya mencapai pula sudu lalu menyuapkan bubur itu ke mulutnya. Satu senyuman terukir apabila merasai bubur itu.
"Sedap."
Langit sudah beransur malam. Sarah dan Farhan juga beransur pulang. Nasib Aaliyah sempat menunaikan solat Maghrib.
Aaliyah masih lagi terbaring lemah di atas katil di bilik rawatan. Tidak sedar yang waktu sudah hampir lambat.
Izhar berjalan ke arah motornya namun langkahnya terhenti apabila teringatkan sesuatu.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
DiversosNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...