BAB 34 : MENGIGAU

12 1 0
                                    

Hari demi hari berlalu. Sejak kejadian malam itu berlaku, Aaliyah berusaha supaya tidak bertentang mata dengan Izhar. Setiap kali di rumah, dia akan mengurung diri di dalam bilik.

Terjengket-jengket kaki Aaliyah menuju ke pintu rumah supaya tidak membuat sebarang bunyi. Dia perlu pergi menemani Nazmeen yang mempunyai penggambaran di sebuah studio.

"Aaliyah!" Aaliyah yang berada di hadapan pintu itu sudah berhenti apabila mendengar suara Izhar memanggil namanya. Kepala berpaling memandang Izhar.

"A-apa?"

"Kau nak pergi mana?" Soal Izhar janggal.

"Pergi teman kakak kau."

"Aku-aku nak cakap sikit ah." Izhar mula menggosok belakang lehernya. Aaliyah pula setia menanti apa yang bakal dikatakan oleh Izhar.

"Aku pergi bercuti dengan team aku dan kau sebagai asisten aku kena ikut juga!" Naik sedikit suara Izhar bagi menghilangkan rasa janggal.

"O-oh. Sarah pun...ada ke?"

"Ye. Jangan risau. Sarah ada." Aaliyah melepaskan nafas lega mendengarkan itu.

"Nanti kemas baju. Kita pergi lusa." Ujar Izhar lalu menaiki tangga menuju ke biliknya. Aaliyah pula masih lagi tercegat di hadapan pintu rumah.







"Siapa drive?"

"Naik kereta mana?" Serentak pertanyaan itu keluar daripada mulut mereka.

"Kaulah drive. Aku nak tidur dalam kereta. Mengantuk." Ujar Aaliyah sambil menguap.

"Hmmm." Balas Izhar.

"Aaliyah, letak beg kat dalam bonet kereta aku ni."

"Oh, kita naik kereta kau? Okeylah." Aaliyah mengambil begnya lalu diletakkan di dalam bonet kereta.

Mereka berdua memasuki perut kereta apabila semuanya sudah selesai. Izhar mula memandu.

Ay, yay, yay, I'm your little butterfly
Ay, yay, yay, I'm your little but....

Terus Aaliyah menjawab panggilan daripada Sarah itu. Izhar pula sudah memandang pelik ke arah isterinya sebelum kembali memandang hadapan. Banyak-banyak lagu, lagu itu jugalah yang diletak.

"Sarah!"

"Aaliyah! You dah gerak ke?"

"Ye. Dah gerak beberapa minit yang lalu."

"Oooo. Okay! Nanti kita jumpa bila dah sampai sana."

Lampu isyarat bertukar merah. Izhar memberhentikan sejenak keretanya. Kepala dipaling memandang Aaliyah di sebelahnya apabila menyedari Aaliyah mula mendiamkan diri.

Terlihat Aaliyah sedang lena dibuai mimpi. Panggilan sarah masih belum diputuskan. Izhar mengambil telefon pintar Aaliyah lalu menamatkan panggilan. Telefon Aaliyah diletakkan kembali. Izhar kembali memandu apabila lampu isyarat bertukar hijau sehingga akhirnya sampai ke destinasi.

"Huaaaa.....eh. Dah sampai." Ujar Aaliyah baru bangun dari tidur lenanya.

"Hmmm...ingatkan dah Innalillah. Rupanya ada lagi. Baru nak kejut." Ujar Izhar terselit sindiran lalu keluar dari perut kereta. Aaliyah pula sudah memandang jengkel kepada Izhar.

"Memang nak terperap dalam kereta tu je ke?" Sinis Izhar. Aaliyah merengus kasar. Geram. Dia keluar dari perut kereta lalu menghempas kuat pintu kereta.

"Jahanam juga pintu kereta aku." Guman Izhar perlahan.

"Aaliyah!" Laung Sarah sambil melambai-lambai ke arah Aaliyah. Aaliyah terus mengorak senyuman lebar melihat Sarah.

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now