Tet......
Kedengaran bunyi mesin itu menunjukkan bahawa jantung Aaliyah tidak lagi berdegup. Semakin lebat tangisan Izhar. Perlahan dia bangun dari kerusi lalu berjalan lemah keluar dari bilik rawatan. Doktor dan jururawat pula sudah tergesa-gesa memasuki bilik tersebut.
"Kita try defibrillation! Masih ada kesempatan untuk menyelamatkan nyawa patient!" Laung doktor tersebut dapat didengari oleh keluarga Aaliyah namun tidak pada Izhar. Apa yang dikatakan oleh doktor tersebut ibarat angin berlalu sahaja. Yang dia fikir sekarang hanyalah Aaliyah.
Aaliyah, Gadis yang bertakhta didalam hatinya. Aaliyah, dia rindu masakan gadis itu. Aaliyah, dia rindukan sentuhan gadis itu. Aaliyah, dia rindukan semuanya tentang gadis itu namun gadis itu sudah tiada. Sudah kembali kepada Tuhan. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?
"Izhar?" Tegur Puan Julia. Cemas pula melihat Izhar begitu.
"Izhar!" Laung Puan Julia apabila Izhar tiba-tiba berlari pergi keluar dari hospital. Kebetulan pula hujan turun dengan lebatnya seakan faham akan isi hatinya.
Tidak diendahkan keadaannya yang sudah basah dek kerana meredah hujan. Dia terasa kosong tika ini. Tidak tahu mahu berbuat apa.
Air matanya masih mengalir dan bergabung bersama air hujan yang lebat.
"Aku minta maaf, Liyah."
"Kenapa kena tinggalkan aku?" Rintih Izhar.
Izhar jatuh berlutut sambil memegang wajah. Dia menangis sepuas-puasnya disitu. Suara tangisannya tenggelam dengan suara hujan yang semakin lebat.
Sungguh dia tidak percaya semua ini bakal berlaku. Rasa sesal, marah, sedih, semua ada. Semuanya bercampur baur. Kenangan bersama gadis itu bermain difikirannya. Sungguh dia rindu. Rasa rindu itu, entah mahu diluahkan bagaimana.
Mereka sudahlah berpisah 1 tahun dan sekarang ditambah lagi Aaliyah meninggalkannya selama-lamanya.
Tit...tit...tit...tit...tit
Doktor dan jururawat tersebut menghela nafas panjang dan lega apabila mendengar bunyi mesin yang menandakan jantung Aaliyah kembali berdegup normal.
Doktor tersebut kemudian melangkah keluar dari bilik rawatan.
Mereka yang melihat doktor tersebut, terus meluru laju ke arah doktor itu. Mahu mengetahui bagaimana keadaan Aaliyah. Doktor tersebut hanya tersenyum tipis.
"Alhamdulillah. Kami berjaya menyelamatkan dia. Jantung dia sekarang kembali normal. Mungkin Allah memberi peluang untuk dia masih hidup." Jelas doktor tersebut seraya tersenyum manis. Mereka semua menghela nafas lega mendengarkan itu.
"Alhamdulillah." Ucap Adli.
"Dia dah sedar ke, doktor?" Soal Puan Julia.
"Belum tapi dia boleh sedar pada bila-bila masa sahaja memandangkan dalaman dia kuat." Jelas doktor tersebut.
"Terima kasih, doktor sebab dah menyelamatkan anak saya. Kalau bukan sebab doktor, saya tak tahulah apa jadi pada anak saya." Ujar Puan Julia seraya menggenggam lembut tangan doktor tersebut. Doktor tersebut hanya tersenyum manis.
"Jangan cakap macam tu. Semua ini dengan izin Allah. Tanpa bantuan Allah, saya pun tak mampu nak selamatkan anak puan." Ujar doktor tersebut. Puan Julia melepaskan genggaman pada tangan doktor tersebut lalu menyeka air matanya.
"Boleh kami masuk jumpa dia?" Soal Puan Julia lagi.
Doktor tersebut tersenyum seraya berkata "Boleh tapi hanya dua orang sahaja dalam satu masa." Mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Adli, Asyraf, pergilah masuk. Mama, baba dengan adik tunggu kat sini." Suruh Puan Julia. Adli dan Asyraf mengangguk lalu memasuki bilik rawatan yabg menempatkan Aaliyah.
Terlihat Aaliyah sudah sedar tetapi gadis itu terlihat jauh termenung.
"Liyah." Lamunan Aaliyah terhenti apabila suara Adli memanggilnya.
"Bila sedar?" Soal Adli seraya melabuhkan punggung disebuah kerusi.
"Tadi." Jawab Aaliyah ringkas.
"Bekas suami aku." Langsung Adli dan Asyraf memandang Aaliyah.
"Dia tak datang lawat aku ke?" Soal Aaliyah membuatkan mereka berdua terdiam. Aaliyah mengukir senyuman kelat apabila mereka berdua hanya mendiamkam diri.
"Buat apa dia nak lawat aku kan? Aku ni dah tak ada kaitan dengan dia. Lagipun nanti dia dah nak nikah." Ujar Aaliyah sebak. Dia kembali teringat tentang sebab Izhar menceraikannya.
"Kau rehat dulu. Kau baru sedar ni. Tak payah fikir pasal Izhar." Arah Asyraf. Risau jika adik perempuannya itu banyak berfikir, akan memudaratkan pula kesihatan adik perempuannya.
Mereka berdua keluar dari bilik rawatan.
"Mama dengan baba masuklah tapi jangan kacau Liyah tengah rehat." Pesan Asyraf. Adli dan Asyraf pula duduk dibangku yang disediakan.
"Aku tak sangka dia still cintakan Izhar." Ujar Adli.
"Selama ni aku tengok dia okay je lepas kena cerai rupanya tak." Ujar Asyraf pula.
Benar. Aaliyah menutupi segala rasa didalam hatinya. Dia berpura-pura baik dihadapan orang lain tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit dan peritnya hati dia. Setiap hari, dia mengadu kepada Tuhan. Setiap hari, dia menangis diatas sejadah. Setiap hari, dia berdoa sambil menangis. Tangisannya hanya dapat dilihat oleh Tuhan sahaja, bukan kepada orang lain.
Sudah beberapa hari telah berlalu sejak dia menganggap Aaliyah sudah tiada. Izhar hanya terperap sahaja didalam rumahnya. Tiada niat langsung untuk keluar.
Ding Dong!
Bunyi loceng pintu rumah menyuruh untuk dibuka. Izhar bangun lalu berjalan ke arah pintu. Dibuka pintu itu.
Terus terpancul wajah Rahim yang kelihatan bengis namun tidak diendahkan. Dia terus berlalu pergi. Tiada niat langsung untuk menyapa tetamu. Membiarkan sahaja Rahim dihadapan pintu rumah.
Rahim kemudiam memasuki rumah lalu dihempas pintu rumah tersebut. Dia meluru ke arah Izhar yang sedang melabuhkan punggung diatas sofa.
Rahim bertindak mengcengkam kuat kolar baju Izhar.
"Kau masih cintakan dia kan?" Soal Rahim. Izhar terdiam.
"Kau tunang dengan perempuan lain sebab kau nak lupakan dia kan? Kau tak nak rasa sakit sebab tak boleh lupakan dia?" Soal Rahim. Izhar hanya mendiamkan diri. Rahim melepaskan cengkaman pada kolar baju Izhar lalu meraup kasar rambutnya ke belakang apabila Izhar masih lagi mendiamkan diri.
"Kau tahu tak?! Aaliyah pun terluka! Aaliyah pun tersakiti! Tapi dia still takkan lupakan kau! Dia still cintakan kau walaupun dia tahu, sangat sakit! Dan kau pula nak lupakan dia sebab kau rasa sakit! What the hell?!" Laung Rahim. Bergema suara Rahim didalam rumah itu.
"Kau tahu dia doa apa?" Kali ini Izhar mengangkat wajah memandang Rahim.
"Dia doa supaya Allah jangan tawarkan hati dia daripada kau. Dia minta supaya perasaan tu kekal ada sampai nafas terakhir dia." Ujar Rahim menahan amarahnya.
"Kau patut bersyukur. Dia berusaha supaya perasaan cinta dia pada kau tak menghilang. Aku pula? Secebis rasa cinta dia kat aku pun tak ada. Semuanya dah dipenuhi dengan nama kau." Sambung Rahim. Izhar tergamam.
Rahim kemudian berlalu pergi keluar dari rumah itu meninggalkan Izhar yang masih terkedu.
"Tapi sekarang dia dah tinggalkan aku." Tutur Izhar sebak. Rasa sesal mula bertadang lagi.
Buat kesekian kalinya, tangisan pecah jua hanya disebabkan oleh Aaliyah.
..................................................................
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...