BAB 43 : BERBAIK

12 1 0
                                    

Aaliyah membawa air coklat panas yang sudah siap dibuat tadi menuju ke meja makan. Dilabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Matanya memandang kosong ke arah video TikTok yang discroll laju seraya menghirup sedikit air coklat panas tersebut.

Tiba-tiba sahaja dia mendapatkan panggilan daripada ibunya. Dengan pantas, tangannya menjawab panggilan tersebut.

"Helo, mama." Sapa Aaliyah di corong telefon.

"Liyah....." Meleret suara Puan Julia memanggilnya. Aaliyah pula sudah mengerutkan dahi. Tidak pernah lagi ibunya itu memanggilnya dengan begitu.

"Hmm, kenapa?" Soal Aaliyah pelik.

"Liyah okey ke tu? Anak mama okey ke? Liyah keseorangan ke lepas kena cerai?" Soal Puan Julia bertalu-talu membuatkan Aaliyah tergamam.

"Sekarang baru nak tanya aku okey ke tak? Dah setahun aku kena cerai, sekarang baru nak tanya aku keseorangan ke tak?" Sinis Aaliyah berkata perlahan. Terselit tawa hambarnya.

"Liyah okey je. Kenapa mama tanya?"

"Mama nak ajak Liyah datang rumah. Kalau boleh menginap terus sini beberapa hari. Rumah ni Liyah juga kan yang beli untuk mama, baba." Ujar Puan Julia. Aaliyah terdiam. Mengapa pula Puan Julia berkata begini? Pasti ada sesuatu yang dia ingin Aaliyah lakukan.

"Hmmm. Okeylah. Liyah sibuk. Kalau ada masa nanti Liyah datang menginap sana." Balas Aaliyah sebelum menamatkan panggilan tersebut. Aaliyah mengeluh seketika.








Kereta Aaliyah terparkir elok di hadapan rumah. Dirinya keluar dari perut kereta lalu melangkah menuju ke pintu rumah. Pintu rumah dibuka.

Terus terpancul dua sosok tubuh yang amat dikenali. Encik Hussein dan Puan Julia.

Puan Julia terus memeluk erat tubuh anak perempuannya itu. Aaliyah terkedu. Adakah ibunya baru sahaja memeluknya?

Pelukan terlerai. Aaliyah berpaling pula memandang Encik Hussein. Buat kesekian kalinya, Aaliyah meneguk liur yang terasa pasir. Wajah bapanya sekarang ini sukar untuk ditafsirkan bagaimana.

"Jom, jom. Makan malam dah siap. Jom kita makan sama." Ajak Puan Julia lembut. Aaliyah hanya akur.

Mereka sekeluarga bermakan malam bersama kecuali kelibat Asyraf sahaja yang tiada dirumah itu.

Usai makan malam, Aaliyah menapak menuju ke bilik yang akan diinapnya. Saat dalam perjalanan menuju ke biliknya, Qareesya mula bersuara membuatkan langkahnya terbantut.

"Entah rasuk apalah mama dengan baba tiba suruh akak datang." Sinis Qareesya. Aaliyah berpaling memandang kosong ke arah Qareesya yang sedang menyandarkan tubuhnya didinding.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah setapak, Qareesya sekali lagi mula bersuara.

"Kesian kan? Tak sampai setahun dah kena cerai. Adik dah agak. Tiada lelaki yang nak kat perempuan ganas macam akak ni." Sinis Qareesya berkata.

"Haih. Perempuan yang sesuai dengan dia tu macam adik. Cuba akak tengok. Sempurna kan adik? Akak patut belajar daripada adiklah walaupun umur kita beza jauh." Sambung Qareesya. Sengaja mahu menyakitkan hati kakaknya itu namun dia berubah menjadi gerun tatkala melihatkan senyuman menyeramkan Aaliyah. Senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

Zap!

Entah kenapa dia tidak perasan bahawa dalam sekelip mata dia sudah berada dalam cekikan Aaliyah.

"Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ni."

"Aku tahu, kau kalau nak keluar minta izin mama, berpakaian tutup aurat tapi lepas sampai je tempat yang kau nak pergi, tudung kau hilang, baju boleh pula bertukar ketat ye." Sinis Aaliyah berkata. Qareesya sudah meneguk liurnya kesat. Tidak pernah lagi dia melihat Aaliyah begini dan bagaimana kakaknya ini boleh mengetahui semuanya?

"Aku tahu semua benda, dik. Aku tahu. Aku tahu apa yang kau buat. Selama ni aku diam aje. Kau tuduh aku macam-macam selama ni sampai aku kena pukul teruk, aku diam je, dik. Aku diam tak bermaksud aku bodoh, dik. Tak. Kau ingat kau hebat sangat ke sempurna sangat ke sampai kepala semua orang kau pijak? Rumah ni pun aku beli untuk mama dengan baba bukan untuk kau tapi kau tinggal sini. Aku boleh je halau kau tau." Ujar Aaliyah berbaur amaran. Sudah mulai biru wajah Qareesya dicekik Aaliyah. Aaliyah meleraikan cekikan itu.

"Sempurna konon." Aaliyah memandang Qareesya atas bawah sebelum melangkah pergi menuju ke biliknya. Qareesya pula sudah terduduk lemah. Tidak sangka kakaknya orang yang begitu.



Setelah beberapa hari menginap, sudah tiba masanya untuk Aaliyah pulang ke rumahnya namun baru sahaja dirinya mahu melangkah keluar, dia dicegah oleh Puan Julia.

"Eh! Kejap, Liyah! Tak boleh ke kalau tinggal sini beberapa hari lagi?" Soal Puan Julia lembut. Aaliyah hanya menghadiahkan senyumana tipis sebelum menggeleng.

"Tak boleh, mama. Liyah ada kerja. Liyah sibuk." Tolak Aaliyah.

"Liyah!" Secara tiba-tiba, tangisan Puan Julia mula pecah. Dia memeluk erat lutut Aaliyah sambil menghamburkan tangisan sepuas-puasnya. Aaliyah bingung.

"Mama! Mama dah kenapa?! Kenapa menangis?! Kenapa peluk lutut Liyah?!"

"Maafkan mama, Liyah. Maafkan mama. Mama banyak dosa dengan Liyah. Banyak dah ujian yang Liyah hadapi selama Liyah hidup tapi Liyah tetap kuat walaupun kena cerai dengan Izhar sekalipun, Liyah tetap terlihat kuat. Mama dengan baba mak bapak yang tak guna! Menggunakan anak demi kepentingan kami sendiri!" Ujar Puan Julia. Tangisannya semakin kuat dirumah itu.

"Mama...mama janganlah cakap macam ni.." Pujuk Aaliyah lembut. Dia membangunkan Puan Julia dari memeluk lututnya.

Encik Hussein datang mendekati isteri dan anak perempuannya itu lalu tubuh mereka berdua dipeluk erat. Tangisannya juga sudah tidak dapat ditahan. Rasa bersalah terhadap anak perempuannya itu sudah membuak-buak. Kesal dengan layanan dan tindakannya terhadap anak perempuannya itu.

"Baba pun minta maaf. Baba banyak buat salah dengan Liyah. Baba pukul Liyah, baba dera Liyah tapi Liyah tak pernah pun kata sakit sebaliknya Liyah diam je. Anak baba memang kuat." Tangisan Encik Hussein semakin melebat. Aaliyah membalas pelukan kedua orang tuanya itu.

"Liyah kena balik. Banyak kerja. Biasalah kerja dengan Tengku Don bukan senang." Ujar Aaliyah lembut setelah pelukan mereka terlerai. Puan Julia mengangguk. Mereka menghantar kepergian Aaliyah dengan mata yang masih tersisa air mata.

Aaliyah membuka pintu kereta pada tempat duduk pemandu. Terkejut Aaliyah dibuatnya apabila melihat seorang manusia sedang terduduk tenang pada tempat pemandu tersebut.

"Along?"

"Aku hantar. Kau duduk tepi." Ujar Adli tenang. Aaliyah pula sudah ternganga. Pelik dengan tingkah tiba-tiba abang sulungnya itu namun dia tetap akur.



Sepanjang perjalanan, keadaan didalam kereta hanya sunyi dan hening. Tiada siapa mahu membuka bicara. Kejanggalan memenuhi suasana.

"Aku minta maaf." Ucap Adli memecahkan suasana sepi tadi. Aaliyah terus berpaling memandang abangnya itu.

"Hah?"

"Aku minta maaf. Aku pun ada banyak salah dengan kau. Kau dengan Asyraf kena pukul, aku langsung tak tolong korang. Aku memang abang sulung tak guna." Ujar Adli. Aaliyah tergamam.

"Ini bukan salah kau cuma cara mama dengan baba didik kita tu salah." Ujar Aaliyah cuba untuk meredakan rasa bersalah dalam diri abangnya itu.

Sebenarnya hubungan mereka berdua boleh dikatakan rapat. Adli sangat menyayangi Aaliyah namun hanya disebabkan sifat hasad dengki, dia mula membenci Aaliyah dan hubungan mereka mula retak. Betullah, sifat buruk manusia boleh memutuskan hubungan antara keluarga.

Namun sekarang, Aaliyah berasa bersyukur kerana dapat membaiki hubungan mereka kembali sebelum terlambat.

"Kau kena minta maaf dekat Asyraf juga tau." Ujar Aaliyah.

"Ye. Nanti ada masa aku jumpa dia." Balas Adli sambil menganggukkan kepalanya.

Dia akui, adik perempuannya itu adalah seorang yang kuat. Dari dulu lagi dia perhati, tidak pernah lagi setitis pun air mata gadis itu mengalir. Tidak pernah lagi dia mendengar permintaan tolong dari gadis itu. Ketika jatuh, dia sendiri akan bangkit kembali tanpa ada sokongan dari ahli keluarga, darah dagingnya sendiri.















..................................................................

UNEXPECTED LOVEWhere stories live. Discover now