Sebelum Aaliyah melangkah masuk ke kelas, dia menarik kemudian menghembuskan nafasnya. Inilah yang selalu dilakukan oleh Aaliyah sebelum masuk ke kelas
Masuk sahaja ke dalam kelas, terlihat Cikgu Khai seperti sedang menenangkan anak muridnya.
"Woi! Khai! Kau buat apa kat kelas aku?"
Melihat Aaliyah sudah sampai, lantas dia menyembunyikan tubuhnya di belakang Aaliyah.
"Wei, Aaliyah. Kau tenangkan diorang ni dulu. Takut pula aku."
"Kelas! Apa jadi!" Jerit Aaliyah.
"Semalam mafia bangang tu dah culik Azat, Abdul dengan Zayyan! Jadi kitaorang nak serang markas diorang lepas Shah dah sampai!" Jelas Harith tidak puas hati rakan sekelasnya di culik.
"Culik?! Asal tak buat repot polis je?!"
"Polis tu mana percaya kat kitaorang!" Balas Harith.
"Dah tu, korang sesuka hati nak serang diorang, korang tahu tak diorang tu mafia! Mafia boleh buat macam-macam lagi tau daripada ni!"
"Hah, tak kisah aku. Kita pergi serang markas diorang lepas Shah dah sampai."
Tanpa disedari, Shah sudah pun sampai di luar kelas.
"Jangan buat tindakan bodohlah!" Omar mula bersuara.
"Tindakan kau dulu lagi bodoh plus pengecut." Keith mengungkit apa yang dilakukan Omar dahulu.
"Tak!"
Terdiam satu kelas apabila Ilham mula bersuara.
"Tu bukan salah Omar."
"Bukan salah Omar?"
"Apa kau merepek ni?"
"Aku, aku yang salah-
"Ilham!" Omar memotong.
"Omar buat semua tu sebab aku."
"Sebab aku!"
"Ilham! Stop it!"
"Mak aku bahagia sebab aku bertahan tak buat apa-apa masalah sampai aku berjaya masuk ke sekolah menengah. Kalau aku dikeluarkan nanti mak aku sedih dia kecewa. Aku tak nak dia kecewa. Dia berharap banyak sangat kat aku."
"Jadi aku minta tolong Omar. Omar kata 'Tak apa, biar aku settlekan.' Sampai Omar dengan Shah bergaduh hanya disebabkan aku!" Sambung Ilham dengan matanya yang sudah mengalir air matanya.
"Jadi....ni bukan salah Omar. Ni salah aku! Aku minta maaf!" Ucap Ilham sambil menundukkan badannya.
Shah pula telah mendengar cerita sebenar dari luar kelas di tingkap yang terbuka sedikit membolehkannya dengar semua kebenaran.
Seketika suasana kelas senyap apabila mendengar cerita sebenar.
Kata-kata Aaliyah kembali terngiang-ngiang di kepala Shah.
"Kamu kuat dalam berlawan tak bermakna kamu kuat dalam pelbagai hal."
"Cukup kamu dipanggil kuat jika kamu mampu mempertahankan apa yang bagi kamu sangat penting untuk dijaga."
Shah kembali menyandarkan kepalanya di dinding. Keluhan kasar dilepaskan.
"Okey. Sekarang ni kita kena fikir macam mana nak bawa balik Azat, Abdul dengan Zayyan. Entah apa si mafia tu buat dekat diorang." Aaliyah terlihat tenang namun dalam hatinya tidak. Sejak mengetahui anak muridnya diculik, tidak berhenti-henti dia membaca doa di dalam hati supaya ketiga-tiga anak muridnya itu selamat.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...