Aaliyah dan Izhar bersiap untuk keluar dari rumah Puan Zulaikha. Mereka berdua perlu mula tinggal bersama supaya orang lain tidak mengesyaki apa-apa.
"Macam mana?" Soal Puan Zulaikha.
Aaliyah dan Izhar mengerutkan dahinya.
"Macam mana apa?"
"Macam mana malam pertama?" Soal Puan Zulaikha lebih jelas. Aaliyah dan Izhar berpandangan antara satu sama lain.
Flashback
Apabila keduanya sudah memasuki bilik, keadaan menjadi kekok.
Aaliyah yang tidak mahu terlihat kekok terus berjalan lalu menghempaskan tubuhnya di atas katil milik Izhar. Izhar pula sudah memandang pelik ke arah gadis itu.
"Huaaaa..ngantuklah." Dengan selambanya, Aaliyah menarik selimut menutupi seluruh badan termasuk kepalanya. Izhar menggulingkan matanya.
"Kau memang dah biasa tidur pakai tudung, eh?" Aaliyah terus menarik kasar tudung sarungnya lalu dicampak ke arah almari bajunya. Rambut berparas bahunya yang serabai dibetulkan sedikit menggunakan jari jemarinya lalu kembali menutupi seluruh tubuhnya. Izhar memandang kosong ke arah Aaliyah walaupun sejujurnya dia sedikit terkesima melihat Aaliyah tanpa bertudung.
Mereka berdua melelapkan mata.
End of flashback
"Errr tak ada apa-apa pun yang berlaku. Malam tadi penat sangat." Jelas Aaliyah. Izhar hanya mengangguk perlahan.
Usai bersalaman, mereka terus berpamit pergi meninggalkan kawasan rumah menuju ke rumah baru.
"Macam manalah eh rumah baru tu? Tak sabar do." Ujar Aaliyah ceria. Izhar pula hanya fokus pada pemanduannya.
Akhirnya, mereka selamat sampai ke destinasi.
Mulut Aaliyah terlopong melihat rumah tersebut.
"Asal besar sangat rumah ni?" Soal Aaliyah. Izhar hanya mengangkat bahunya sambil tangannya ligat membuka pintu rumah tersebut menggunakan kunci.
Baru sahaja kakinya mahu melangkah masuk, Aaliyah sudah terlebih dahulu masuk di celah lengannya lalu dengan pantas, memasuki rumah tersebut. Izhar pula sudah terkejut beruk. Terkejut dengan tindakan spontan Aaliyah. Masih tidak biasa lagi disentuh oleh wanita.
"Uishh! Waw! Besarnya! Power ah!" Tanpa sedar bibir Izhar mengukir senyuman kecil melihat keterujaan Aaliyah.
"Bilik semua kat atas, eh?" Soal Aaliyah. Izhar mengangguk. Laju sahaja kaki Aaliyah menaiki tangga dan mencari bilik yang sesuai untuk dirinya.
Baru sahaja dirinya ingin mempulas tombol pintu sebuah bilik, Izhar sudah terlebih dahulu menghalangnya. Tanpa disedari, tangan mereka sudah bersentuh pada pemulas tombol.
"Ni bilik aku." Keras suara Izhar. Aaliyah mencebik bibirnya.
"Lah. Dah pilih awal-awal. Tak aci." Rungut Aaliyah.
"Hmm tak apalah aku cari bilik lain ah." Terus Aaliyah berpaling mencari bilik lain. Kening Izhar bertaut. Pelik melihat tingkah Aaliyah.
Aaliyah terloncat-loncat ke dapur. Mahu membuat sandwich telur untuk dirinya.
"Nak buatkan untuk Izhar tak? Hmmm tak payahlah." Ujar Aaliyah sendirian.
Tiba-tiba dia mendapatkan panggilan dari seseorang. Melihat nama yang terpancar, laju sahaja tangannya menekan ikon hijau lalu ditekapkan di telinga dengan perasaan penuh teruja.
"Oh! Ye ke?!"
"Okey, okey! Terima kasih banyak-banyak!"
"Sekarang pun boleh!"
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE
RandomNUN AALIYAH QURISYA × IZHAR AL-QASEEM Nun Aaliyah Qurisya yang menyimpan satu perasaan pada seorang lelaki tanpa tiada siapa pun yang mengetahuinya. Dia membiarkan sahaja perasaannya ini dipendam lama. Ketika sudah berjaya menggapai cita-citanya se...